Tuesday, September 27, 2011

Ye..ini saya.. :)

Assalamualaikum semua!! Salam ceriaa selalu.. senyum sokmo deh!

Apa yang nak dikongsikan pada harini ye??..emm.. Tentang 'bercakap sorang2'.. :)

Saya ni jenis yang suka bercakap sorang diri, tak kiralah waktu belajar dekat meja masa di U dulu, ataupun di tempat kerja sekarang, sampai rakan ofis ada yang tanya sambil muka berkedut 'Mariah, U cakap dengan siapa?'.... ~~~soalan biasa untuk habit saya ni... hehe

Kalau di rumah, tak usah cerita panjang lebar la, sampai hangit dengan perangai saya yang diorang masak ni.. (ayat bijak untuk cover malu...)

Itu adalah 1% daripada habit saya atau sudah menjadi sebahagian dari character diri saya, dan saya memang tak malu untuk mengaku bila orang bertanya macam soalan muka berkedut di atas tadi dengan berbekalkan jawapan sambil buat muka tak bersalah 'tak, saya cakap sorang2, saya memang suka cakap sendiri...hehe'... dan lepas tu, mereka tak akan bertanya lagi bila dengar suara saya yang tak berapa kedengaran tapi nampak mulut terkumit kumat... !

Apabila kita sudah cangkul dalam-dalam tentang sifat-sifat diri kita yang berlaku dalam situasi yang berlainan, kita sudah kenal kita ni macam mana bila dalam situasi yakin, situasi takut, situasi gembira dan apa sahaja situasi yang mempengaruhi pembentukan sifat kita pada waktu itu, ianya lebih mudah sedikit dan menampakkan keyakinan kita (walau kita tahu kita tak berapa yakin), namun bukan pula membangga diri ye..

Apabila kita kenal itulah sifat kita sama ada kita boleh ubah atau tidak, ianya lebih baik dari kita tidak nampak  sehingga kita tidak mampu untuk bermuhasabah..

Apa yang saya cuba ceritakan secara ringkas di atas tentang salah satu sifat saya adalah cara kita menerima tabiat kita yang bukannya kita saja-saja nak build up.. kan..

Jangan sesekali menghina diri kita kerana kelemahan kita atau tabiat kita yang tidak dapat / dapat dikawal..

Namun jangan pula melampau penerimaan sifat diri kita sehingga kita tak sedar sifat itu menyusahkan dan menyekitkan hati orang seperti cakap lepas...

Cukup untuk permulaan pada menambah keyakinan diri dengan menerima sifat kita seadanya, mengakui itulah kelemahan kita, supaya kita tak mengkritik diri dan mudah putus asa bila kelemahan kita menjadi asbab kegagalan..

'Boleh jadi apa yang kita tidak suka adalah perkara yang baik bagi kita'... tidak sesenang menaip bait ayat ini, menerima ia sebagai kenyataan perlu ada ilmu juga..

Jadi....jangan kata TIDAK pada ilmu walau ia disampaikan dari medium budak kecil sekalipun...

Wassalam... taqabbalallahu minna waminkum...

Tuesday, September 20, 2011

Under Construction..

Selekehnya blog saya... :(

what to do.. masa yang benar-benar tak nak beri saya peluang untuk mengadap apa saja sumber internet bagi mengemaskini blog ini..

Beri saya masa lagi ye pada kawan-kawan semua....

p/s: segala dalam blog ini masih belum permanent.. as title la.. huhu..

Thursday, August 25, 2011

... mewujudkan hati yang jujur berpositif ...

Anda ambil berat tak dengan kata-kata 'motivator terbaik adalah diri sendiri' ?

Sejauh mana kita tahu kelemahan kita? Sedalam mana kita kenal karakter kita bila berada dalam situasi tertentu?

Adakah kita ini tergolong dalam 'kurang keyakinan diri' ? Bagaimana pula kita nak tahu kita ni 'kurang keyakinan' ?

1. Adakah kita ini - selalu memberi 'laluan' pada orang lain sehingga kita tahan perasaan kita ?

- Terlalu mengharapkan pada orang sehingga jika orang itu marah, turut beri kesan pada diri kita?

- Tidak boleh terima nasihat orang, bila orang mula kritik kita, dengan mudah kita melawan semula 'eh, mana ada aku macam tu'...

- Tidak dapat untuk pertahankan pendirian walaupun kita benar.. *tapi tak bermaksud suruh berdebat ye*   ^_^

- 'emm, yela, aku ni memang jenis cuai'.. selalu berfikiran negatif dan mudah pengaruh dengan kritikan orang tapi tak mahu nak ubah perangai..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau kita ni tak dapat kenal kelemahan diri sendiri, jangan cuba untuk nilai kelemahan orang lain..

Apabila kita tahu satu kelemahan kita, cuba untuk terima hakikat memang inilah diri kita.. Mengetahui kelemahan boleh diambil kira dari segi pengulangan kritikan yang diterima oleh orang yang selalu berdamping dengan kita *mak, ayah, beradik, kawan2 yang dah lama kenal*...

>>> Jangan pula cepat terpengaruh dengan kritikan orang yang baru kita kenal.. *kau ni sengal juga eh* kalau kata-kata ni keluar dari kawan yang baru kenal selama 2jam 45saat, janganlah pula kita terus down.. ^_^ ..

Berbalik pula pada topik di atas, lebih mudah untuk kita berhadapan dengan lebih yakin, kalau kita dapat terima sesuatu kekurangan kita malahan dapat pula mengeksploitasi kelemahan itu *haah, aku ni memang lambat sikit nak faham, hehe*... Tapi taklah bermaksud kita merendahkan diri sehingga membiarkan orang pijak kepala  0_o'

Apabila kita sudah kenal siapa kita dan dapat terima kekurangan diri, bukan ke lebih mudah kita menerima kelemahan orang lain dan takkan mudah mengutuk orang .. dan takkan mudah mewujudkan 'jamuan makan daging manusia'..

Itu sebab, Islam menyuruh kita BERMUHASABAH selalu..

Kesannya, kita akan terhindar dari bersangka buruk, menambah aura negatif, mengecilkan akal, merosakkan hati, bermasam muka, merendahkan orang lain, marah, dan lain lain nye..

Assalamualaikum.. *maaf kalau penulisan tidak berapa sistematik* huhu

Wednesday, August 24, 2011

Bersatu Kita..


Teruskan langkah kita..
walau dipandang ketinggalan..

Kuatkan hati pabila sedang melawan arus..

Banyakkan doa..
Semoga Kita semua dilindungi Allah..
di mana sahaja kaki kita melangkah..


Tuesday, August 23, 2011

Ini Bahagian Saya!!

Pernah tak anda mengalami situasi yang teramat marah?
Sama ada marah yang mencabar kemarahan, atau marah yang apabila sesuatu tidak sempurna..
Kita kerja, masing2 ada time frame kan.. atau deadline la.. dan dalam nak maintain kan perjalanan mengikut time frame tu, TAK MUNGKIN perjalanan itu smooth yang disangka  atau yang telah dirangka dalam time frame..
PASTI, ada sesuatu masalah yang berlaku WALAUPUN masalah itu kita dah cuba tangani, mungkin juga masalah itu datangnya dari pihak lain.. biasalah kan..
Tambah berdebar lagi bila kita bukanlah BOSS, tetapi orang kecil sahaja yang PERLU siapkan tugasan mengikut time frame/ ARAHAN.. bila tak dapat sharp to deadline, makanya kita akan buka MEETING table..dan yang seronoknya masa meeting ini adalah anak-anak buah, yang tidak perlu menjawab apa-apa .. masa untuk bagi peluang pada bossy untuk jawab ‘kenapa tak dapat catch deadline’!!..hehe.. J (termasuk saya ni)..

******************** ironinya
Macam mana kita boleh jangka bahawa perjalanan seharian kita di muka bumi ini boleh smooth.. boleh ikut apa sahaja yang kita nak.. boleh berlaku seperti yang kita rancang..

Sedangkan..
Skop kerja yang kecil itu pun sudah pelbagai masalah diantara starting date dengan deadline itu sendiri (itupun duration yang bukanlah bertahun-tahun)..
**********************
Dalam kita memulakan perjalanan seharian dan seterusnya,
Perlu ada perancangan, dan laluilah perancangan itu dengan MENJANGKAKAN bahawa akan ada UJIAN untuk setiap kita ini.. dan UJIAN tersebut TIDAK sama diantara kita.. kita punya bahagian masing-masing… DITEKANKAN, kita punya bahagian masing-masing..
MEMANG, bila melihat pada orang lain, mudah untuk kita mengeluh dan cemburu ..kadang-kadang kita taknak bertemu dengan orang tersebut hanya kerana cemburu.. itu REALITI..
CEMBURULAH.. tak mengapa.. asalkan jangan sampai kita tak boleh STEP FORWARD untuk terus menggapai bahagian kita pula walaupun lambat dari yang lain..
JADI, tak kisahlah dalam skop apa sekalipun, JANGANLAH kita mudah hemburkan marah, SABAR sangat-sangat ye.. kalau tak, lidah kita ini akan buat hati orang lain terluka yang takde ubatnya..
Katakan : INI BAHAGIAN SAYA!!

Monday, August 22, 2011

Contest Aku Berpuisi - Diri Penentu Destinasi



 

 
Ilmu itu ada di dada,
Namun seringkali disalah guna,
Sehingga nafsu yang menentu hala,
Akal berundur tanpa dibela..

Bila aku jatuh kerana kezaliman sendiri,
Sakit tatkala rasa berdosa amat tak terperi,
Bukan lagi manusia yang perlu dicari,
Tetapi Ya rabbi yang menanti,
Menanti Dia adalah menanti untuk mengampuni,
Tetapi hanya jika sendiri yang mengingini..
****************
Dunia hanya permainan,
Telahpun difirmankan Allah SWT di dalam AL-Quran,
Jika terus dicari maka makin banyak yang diinginkan,
Material, branded, loaded, itulah kepuasan,
Membazir, menjadi satu keharusan..
****************
Sama ada aku memilih untuk kembali pada Rabbi yang Maha Suci,
Atau kembali mengikuti rentak permainan duniawi,
Ianya terpulang pada pilihan diri,
Jangan dibiarkan satu saat nanti,
Teramat menyesali tika dihakimi Mahkamah ukhrawi..

Karya Asal Oleh :  Mariah Binti Abd Rahim
12:19 PM
22 Ramadhan 1432 H
Subang

>>>> Tag :



Saturday, August 13, 2011

Entri Berbagai..

Assalamualaikum..

Kepada semua muslimin muslimat yang kini sedang menjalani ibadat puasa.. semoga beristiqamah dalam menjalankan ibadat pada bulan seterusnya..

Mungkin kerana terlalu banyak yang hendak ditulis sehingga tak tertulis di dalam entri dimana idea hanya menerawang di dalam kepala.. dan hari ini, untuk tidak terus berhenti menulis hanya kerana banyak sanagt yang nak ditulis, maka entri kali ini pun diberi tajuk Entri Berbagai.. :)

Benarlah kata-kata yang pernah didengar suatu ketika, "apabila kita sudah banyak ilmu dan sudah banyak yang kita tahu, sebenarnya kita makin banyak tak tahu".. sebab itu jangan sesekali berpuas hati dengan ilmu yang kita ada..

Dimana saya nak mula? :)

1. Menghargai diri sendiri
- Idea ini timbul apabila saya tiba-tiba di usia 22 tahun ini, mendapat petunjuk tentang diri saya yang tidak menghargai diri sendiri..
- Saya terlalu memikirkan perasaan orang lain sehingga memaksa saya untuk selalu beralah dan membiarkan saya menyalahkan diri sendiri walhal saya tahu saya benar... saya terlalu ingin menggembirakan orang lan sehingga saya stress :)
- dan Alhamdulillah, Allah swt memberi petunjuk tentang cara menghargai diri sendiri dan kemudian itu akan memberi impak pada sekeliling.
- macammana? kalau kita tak mampu gembirakan diri sendiri, mustahil untuk kita menggembirakan orang lain, walaupun saya rasa dengan beralah itu dapat gembirakan hati orang, tapi itu hanya seketika, kemudian hati orang akan kembali 'lesu', dan sekali lagi saya beralah, kemudian ianya akan berterusan begitu tanpa ada penyelesaia.
- tetapi, suatu ketika, saya cuba cara baru, jika itu menggembirakan hati dan menyenangkan hati saya, maka saya buat dan teruskan tetapi tidak akan menafikan hak orang lain, saya akan terus tekan butang STOP seandainya fikiran mula berlegar memikirkan apa orang akan kata.. "ini adalah keputusan untuk kebaikan diri saya dan anda, jadi apa kata anda, idaklah memberi impak pada saya, semoga anda dirahmati"..bisik hati kecil tatkala nak tekan butang STOP tu..

Nak tahu tak sikap terlalu nak mengembirakan orang hanya kerana takut kehilangan adalah salah satu simptom LOW SELF-ESTEEM???

2. Saya rindukan ukhuwah fi sabilillah..
- Terkenang saat berkumpul dalam Usrah sewaktu belajar dahulu.. saat berbuka bersama di dalam dulang.. ye, ukhuwah ke jalan Allah swt itu amat teguh didalam hati, sehingga tidak pernah wujud kebencian, malah makin rindu dikejauhan ..
- kini, saya selusuri kehidupan yang memerlukan perhatian penuh saya dan memberhentikan seketika untuk memperjuangkan ukhuwah fi sabilillah.. maafkan ana wahai ukhti-ukhti semua yang mana anan tidak dapat meluangkan masa untuk keluar berjumpa.. Insyaallah ana yakin hasrat dan niat hati ini akan terlaksana kemudian hati...

3. Kita takkan mampu mengubah semuanya..
- Jika saya tidak gembira dengan sasuatu, saya belajar untuk berdiam daripada memberi pendapat, saya berdiam sama juga saya memilih untuk ubah sikap saya daripada saya mengharapkan perubahan dari orang lain..
- "boleh jadi apa yang kita tak suka itu adalah yang baik untuk kita"... terngiang Firman Allah swt saat diri saya tidak dapat terima sesuatu yang saya tidak suka..

Syukran pada yang sudi membaca entri bercampur baur ini :)

Kehidupan kita bukanlah semudah :
marah bila marah
sedih bila sedih
kecewa bila kecewa
kutuk bila tak suka
cela bila benci
buang bila tidak habis

namun kehidupan ini memerlukan IMAN sebagai sahabat setia seiring waktu berputar dan jasad yang diberi amanah untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian yang dapat ditafsir hikmahnya atau tidak..

Allah swt ,
PadaMU hati-hati kecil ini
yang lemah tidak berdaya ini
memohon sentiasa agar diberi kekuatan
dalam menyelusuri kehidupan duniawi yang hanya permainan cuma..

Tidaklah Engkau menciptakan kami untuk kami siakan dengan mudah..

LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.......

Tuesday, July 26, 2011

Belajar dari sekeliling..

Assalamualaikum..

Setelah 4 bulan saya bekerja di tempat baru ini,pelbagai perkara baru yang mula berebut nak menampilkan diri pada saya..

Samada untuk saya mengambil pengajaran, atau saya berkongsi pelajaran.

Namun, sesuatu yang saya dapat lihat disini adalah berkaitan ukhuwah.. Ye, ukhuwah yang pelik bagi saya. Mungkin kerana sebelum ini saya sudah terbiasa berkawan dengan satu 'pattern' ataupun sebaya, tapi bila masuk kerja lain pula dan kadang-kadang buat saya tergelak sendiri.

Sebelum memasuki alam pekerjaan lagi, saya dah sematkan dalam fikiran, mesti ada perbezaan pendapat, mesti akan ada yang pelik sikit perangainya, mesti saya akan buat silap dan saya mesti kuat.

Dalam ukhuwah kita sendiri, perlu selalu kita mohon pada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapai pelbagai ragam agar kita tidak mudah menghukum atau dihukum apabila menghadapi masalah tertentu.

Mengetahui hak orang lain sepertimana kita tahu hak kita itu perlu. Dan saya mengambil langkah membaca dahulu sifat orang sebelum masuk campur untuk berukhuwah agar saya tidak akan berkecil hati dan tidak mengecilkan hati orang pula. Tidak terlalu rapat juga adalah cara saya, dan sedikit mementingkan diri sendiri untuk memberitahu orang bahawa saya juga berperasaan.

Jenis saya, adalah mudah memikirkan tentang orang lain sehingga boleh jadi saya pening satu hari.

Dan saat ini, saya lebih terbuka untuk menerima kekurangan masing-masing dan tidak terlalu membiarkan saya fikir tentang orang lain lagi walaupun kadang-kadang nampak macam pentingkan diri sendiri.

Wasalam..

Thursday, July 21, 2011

Penting Bagi Kita ..

Assalamualaikum..

Sila klik dan jadikan sebagai rujukan anda dimana-mana supaya kita tidak was-was..


http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Thursday, July 14, 2011

Hati perlu pujuk diri meniti duniawi dengan hati-hati...

Ye, saya memang ada masalah...

Ye, inilah kekurangan saya...

Ye, inilah situasi hari-hari saya..

Ye, inilah tanggungjawab saya..

Ye, waktu ini adalah waktu perit bagi saya dengan ujian yang berat ini..

............................................................................................................

Pertama,
Cuba kenali diri kita, pencipta kita..

Kedua,
Cuba fahami konsep kehambaan..

Ketiga,
Cuba fahami susun atur hidup yang telahpun Diaturkan ..

Keempat,
Tahu sikap-sikap orang sekeliling, gali kenapa mereka bersikap begitu sebelum meletakkan label..dan kalau boleh tak perlu berlabel pun.. ^_^

Kelima,
Terima kekurangan diri dan merendah diri selalu tetapi bukannya menghina diri..

Keenam,
Sabar di waktu ada percanggahan...sabarrrr...sabarrr... Pujuk hati "aku tidak selalu benar"......

Keseterusnya....
Hidup ini ada Qada'dan Qadar.. Berbahagialah kita kerana kita umat terpilih.. Apabila melihat mereka yang bukan islam, kasihan kerana mereka tidak tahu.. kerana itu sangat berbeza mereka yang 'tahu' dengan 'tak tahu'..

Apabila sudah yakin dan percaya pada Rukun Iman, maka kita tidak akan mudah sedih apabila kecelakaan dan tidak mudah ketawa terbahakkk apabila menerima kegembiraan... Akhirnya kita akan jumpa SYUKUR..kita akan kenal Kehambaan..Kita akan lebih Sabar.. Kita akan bertemu Taqwa..InsyaAllah...

Meluas lagi ilmu..
Maka luaskanlah akalmu..
Pujuklah hatimu agar melihat lebih dekat, setiap yang berlakuuu... :)

Allah Maha Mengetahui...
Lahaulawala quwwata illa billah!..........

Friday, July 8, 2011

Langkah Harus dimulakan!!

Berpagi-pagi kedengaran suara DJ radio yang mengulas berita yang berlaku, dan telinga menangkap satu berita yang biasa didengari tapi tidak bisa untuk dilupakan :)

Seorang suri rumah yang menolong 2 orang lelaki yang bertanya jalan rumah mungkin, tiba-tiba rantai emas dileher yang diragutnya, sambil pisau diacu.. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku kerana suri rumah itu 'degil' untuk terus menjerit..

Semalam pula, satu muka surat akhbar tempatan berkisarkan tentang berita anak gadis yang mati dibunuh dan dibakar..

Sebelumnya pula, menceritakan tentang seorang isteri yang telah diselamatkan anak-anaknya dari terus menjadi mangsa deraan seksual suami dengan melaporkan pada pihak polis..
Bayangkan perasaan anak-anaknya..bertahun di dalam rumah, melihat sendiri ibunya dibelasah... Astaghfirullah..

Lain pula dijalanan, didepan mata kepala akal sendiri.. disajikan dengan budaya anak muda yang nak lari dari kecelaruan di rumah.. Kawanlah penenang, kawanlah pendengar yang baik, lagu-lagu yang memang akal tak dapat tafsirkan lirik dan maksudnya, tetapi itu yang menjadi santapan telinga mereka dek kerana kebuntuan pada masalah di rumah mungkin..

Melihat mereka, bagaikan melihat adik sendiri, tiada kebencian malah kasihan pada mereka..kasihan pada hati kecil mereka yang seringkali berbisik yang kita tidak dapat faham.. Subang bertindik di telinga, mungkin meluahkan rasa kurang didengari suara mereka oleh ibubapa.. balik rumah mungkin subang itu dah tak dipakai.. Muka yang menggambarkan kemurungan, seolah memperlihatkan hati mereka yang menjerit memanggil amanah dari ibubapa..

Komunikasi yang tidak lancar antara anak muda dengan para ibubapa sangatlah memberi impak kepada satu saat pun kehidupan anak muda.. Ye, betul, apabila ibubapa sibuk kerana mencari duit untuk memenuhi tuntutan dunia yang dimanipulasi material ini, kerana itulah amanah mendidik dan duduk bersama anak-anak untuk memeluk mereka dan mendengar kata hati mereka, AMAT KURANG dan mungkin menjadi satu perkara yang janggal.. amat janggal..

Susah dan amat sederhana tetapi penuh kasih sayang, ibubapa dapat sendiri hantar dan ambil anak-anak, dapat makan bersama, dapat bertentang mata, salah faham antara ibubapa 'disembunyikan' hanya antara mereka, ibu hormat ayah, ayah perihatin tentang ibu, tiada kata-kata kasar, tiada mencela sikap masing-masing, itulah Baiti jannanti..

Itulah mungkin bisikan hati kecil yang dilindungi egois dalam diri anak-anak muda yang tidak rela sebenarnya memilih untuk melepak bersama kawan-kawan.... yang tidak membenarkan mungkin diri mereka melawan ibubapa, atau lewat pagi baru balik dari rumah..

Tetapi, kerana kebuntuan dan tiada perubahan dari yang lebih senior, maka terus membisu dan memberontak di luar rumah, atau memperlihatkan kebolehan di luar rumah, atau dikagumi di luar rumah, atau mungkin mereka baru sedar mereka ada kebolehan itupun lepas kawan-kawan atau cikgu menghargai, tetapi bila pulang ke rumah, mungkin kembali senyap, dan terus 'sudi' menerima kritikan..

"kamu ni, apa nak jadi ni....."

............................................

Dari corong radio, akal berputar memaksa mata hati melihat keadaan sekeliling, membawa diri termenung seketika... langkah harus dimulakan!!

Syukran sudi baca ye..

Wednesday, July 6, 2011

Perlu sabar dan tolak tambahkan ansur...

"Pinn!!"

Begitulah seolahnya bunyi hon saya yang jarang sekali saya nak tekan.. >_<

Bukan apa, pemandu seorang ni, dia nak masuk simpang dimana saya nak keluar dari simpang itu, kemain lagi saya dengan seorang penunggang motosikal menunggu dia yang hampir kerana kami rasa dia nak jalan terus sebab takde signal dari dia pun..

Tapi, dengan muka yang penat agaknya baru balik dari kerja, terus masuk kekiri simpang, saya pun tertekan hon tanda teguran mungkin..

Takkanlah awak tak nampak ada pemandu atau penunggang menunggu untuk beri awak jalan, tiba-tiba awak nak masuk simpang tanpa signal..

yeee.... ini memang perkara biasa bagi kita yang memandu atau menumpang..

Sebelum-sebelum ni pun pernah berlaku tapi saya masih belum beri hon saya berbunyi..

Tapi yang semalam mungkin kerana penunggang dihadapan saya seolah nak keluar simpang tapi berhenti mengejut sebab dia baru perasan kereta tadi tu... jadi penunggang tu pun beri lah laluan terus pada kereta tadi.... alih-alih lain pula jadinya..

.................................................................................
Menyenangkan pemandu atau penunggang lain di jalanraya juga salah satu tindakan mulia dan pekerti yang tinggi..

InsyaAllah, jika kita mudahkan orang lain di jalanraya, kemudian nanti apabila kita berhadapan situasi sama, kita juga akan dipermudahkan..

P/S : Betul ke tindakan saya dengan membunyikan hon tu????

Tuesday, June 28, 2011

Ilmu la..

Assalamualaikum...

Ilmu yang akan membawa kita untuk menjadi siapa kita di khalayak ramai..

Untuk mendapat ilmu pula, jangan diharapkan buku bergolek depan mata la, tetapi subjektifnya pada mencari ilmu itu..

Membiarkan diri terus menerus selesa dengan sikap sendiri amatlah bukan rutin yang baik di bumi ini, seolah juga tak berpijak di bumi yang nyata..

Merasa diri adalah yang terbaik, lalu mudah sekali berburuk sangka dengan orang lain, adalah salah satu minor impak pada kurangnya kita memperhati kekurangan diri..

Hidayah dari Allah swt juga merupakan salah satu altenatif utama pada kita mengharapkan agar diri ini sentiasa dapat mengaku salah diri dan mengiktiraf kelebihan atau kebenaran yang sampai pada kita walau sakit telinga masa dengar tu..

Tegarnya seseorang pada pendirian dia, bukanlah pada ketegasan dia pada mempertahankan pandangan dia tanpa berfikir, lagi-lagi pandangan yang sememangnya lari dari landasan Islam! (faham-fahamkan)..

Tegarnya pendirian dia adalah pada kemampuan dia mempertahankan cara hidup ISLAM yang kini terasing dan dianggap melawan arus moden!..

Apapun, tujuan utama adalah menangkis pendapat manusia kini yang mengambil ala kadar sahaja tentang ilmu agama ISLAM itu..

-dah pakai tudung, jadi takde masalah if pakai lengan pendek..
-sy qadha' di rumah untuk waktu zohor.. sbb surau kena kongsi dengan lelaki, jadi xselesa.. (???)
-bahagian lengan bukan lagi menjadi kawasan aurat.. walaupun baju kurung (contoh), sememangnya berlengan panjang.. apatah lagi kawasan kaki..

Ini hanya sedikit..
Selebihnya kita sama-sama muhasabah dan meneliti kembali..

Segalanya ILMU...

Wallahu'Alam..

Thursday, June 16, 2011

Sifat tersirat..

Seorang suami yang soleh, membawa pulang buah tembikai yang dikirim isterinya. Sehingga sahaja buah tembikai itu dibelah lalu dimakan, isteri tadi merungut sehingga menaikkan suaranya terhadap suami.

"tawarnya buah ni!!!".. Dan disambung dengan ayat-ayat yang kurang senang didengar..

Lantas seusai habis mendengar omelan isterinya, suami yang soleh tadi berkata dengan nada yang lembut..

"Awak marahkan siapa ni?"

"Bagi abang, semasa membeli buah tadi, pastilah abang ingin membeli yang manis kerana nak beri keluarga abang makan"

"Bagi penjual buah ini pula, pastilah dia ingin menjual yang manis-manis belaka"

"Jadi, pada siapa amarahmu itu dilontarkan? Ianya pada Allah swt tanpa kamu sedar"..

...........................................................................

Meletakkan sifat kehambaan dalam diri kita seiring setiap yang berlaku amat susah kebelakangan ini.

Memahami bahawa kita tidak memiliki sesuatu yang seringkali menyebabkan kita marah, amat kurang kini.

Apabila bermuhasabah kembali (termenung), bagaimana penerimaan kita apabila barang kita diguna oleh orang lain tanpa kebenaran kita? Adakah sampai ke akar umbi kita cuba menyiasat? Pastilah lebih tenang kalau kita memilih untuk terima seadanya takdir waktu itu lantas tidak marah dengan kejadian tadi.

Mari kita sama-sama mencari lagi ilmu dan mendengar nasihat agar kita tidak pernah akan lupa tentang 'sifat kehambaan'...

Assalamualaikum..

Thursday, May 12, 2011

Saat hati kecil sedih...

Kita tahu tak siapa kita? Apa peranan kita, tak kira di rumah atau di tempat kerja..

Ada mereka yang tidak tahu tanggungjawab, maka akan diambil mudah semua perkara, lari dari masalah mungkin, ataupun kembali salahkan orang lain..

Apabila kita tidak dapat melihat dan memahami tanggungjawab kita, ketahuilah akhirnya kita sendiri yang akan susah, dan susahnya itu melebihi susahnya berbanding semasa kita sedang melalui saat diuji atas tanggungjawab itu..

Ye, memang pahit liku-liku memegang amanah ini, tidak kira sekecil hingga sebesar mana pun amanah kita. Tipu jika kita tidak akan melalui saat getir, saat dilanda masalah, saat jantung berdegup kencang, saat bermasam muka, saat dan ketika kita terbuat silap.. Itu semua pandangan akan datang yang perlu di set kan dalam minda supaya hati dan akal bersedia menghadapi apa jua kemungkinan..

Tipu juga kalau kita kata, dapat kecap kejayaan hanya dengan sekali usaha, atau hanya dengan sekali sedih, atau hanya dengan sekali terluka..

Apapun, ingat Allah swt pada setiap hela nafas, tidak rugi, sangat tidak rugi.. Sesekali terbuat silap, kembali beristighfar.. Tak mungkin kita boleh tenang berhadapan dengan ujian, kalau hubungan kita dengan Yang Memberi ujian itu rapuh... Tak mungkin sekali..

Andai sedih dihatimu,
Saat berhadapan dengan arus deras,
Mata dan telinga manusia hanya mampu melihat dan mendengar,
Namun tidak dapat memberimu ketenangan,
Saat itu,
Kembalilah dirimu pada fitrah,
Tinggalkan sebentar 'permainan' dunia,
Allah SWT menunggu pengaduanmu..

Wassalam.

Friday, May 6, 2011

Pilihan kita..

Berpagi-pagian dengan Allah SWT..

Mengaji.. Mentadabbur.. Bermuhasabah.. Berniat berubah..

Kita perlu mencari ketenangan, jika kita tidak tenang..

Kita perlu berubah, bila kita rasa sudah sesak,

Kita yang membuat pilihan, maka jangan pilihan itu dijadikan alasan..

...................................................................................

"Semalam Tilah tido lambat tau kak, itu sebab penat siang hari ni".. Jawab adik lelaki saya selepas kena ceramah sikit dari kakaknya akibat tak menolong kemas rumah diwaktu dia ada kelapangan cuti semester ni..

"Tilah yang pilih untuk tidur lambat, jadi jangan bagitahu akak sebab akak hanya akan anggap itu alasan ok"..

Saya selalu mengingatkan diri dan mereka disekeliling saya, agar tidak menjadikan pilihan yang kita buat itu sebagai alasan apabila ianya memberi kesan negatif.. 

Sentiasa bermuhasabah dan merubah diri adalah jalan dan pilihan yang baik dan memberi kesan positif pada kerja kita..

Wassalam..

Tuesday, May 3, 2011

Saya tak boleh, dia boleh pula...

"kenapa you tak boleh shake?"..

Itu antara pertanyaan supplier apabila kami ada pertemuan di syarikat saya juga. mungkin sebab dah 2 kali dia cuba hulur tangan tetapi tak bersambut, maka dia ajukan soalan tu..

"I can't".. jawapan dengan senyuman mengharap dia mengerti.

"tapi, sebelum ni, mereka boleh je salam dengan I"..

"Actually, kami tak boleh".. Dan dia mengangguk sambil berkata "oh, really?"

"tapi bukan ke lebih mesra if we shake?''... :) dia kembali bertanya..

........................................................................

Itu adalah serba sedikit tentang perbualan saya.. sebelum-sebelum ni pernah berlaku juga, antara engineer pun pernah berlaku.. Dan pasti mereka akan soal semula "Kenapa kawan saya boleh salam?"..

Mereka terkeliru..

Saya Islam..

Kawan dia Islam..

Saya perempuan..

Kawan dia perempuan..

Tetapi, kenapa saya tak boleh salam...

Dan, kawan dia boleh salam..

Sama juga dengan bab aurat. ...

..............................................................

Entri yang simple, yang memerlukan perbincangan dan pendapat dari anda.. :)

Wednesday, April 27, 2011

Mereka masih kanak-kanak..

Bercakap dan berbual dengan kanak-kanak, jujurnya boleh menampakkan siapa kita yang sebenar..

Kanak-kanak, sifatnya amat berlainan, dan kadang-kadang tanpa kita sedar, separuh dari yang ditonjolkan kanak-kanak adalah merupakan 'copy paste' dari sifat ibu bapa sendiri.

Bila kita buat, diistilahkan, TAKPE.

Bila sampai pada kanak-kanak yang buat, TAK BOLEH, JANGAN.

Kadang-kadang ianya berlaku antara saya dengan adik kecil saya. Sampai pada dia yang memperlakukan, saya mesti tegah dan marah..

Persoalan yang saya dapat dari dia.. "akak buat dulu takpe"...

....Kembali bermenung, kerana apa yang disampaikan dia merupakan pandangan dia yang jujur...

Dan kini, saya mula berhati-hati pada sesuatu perbuatan atau percakapan yang KITA sama-sama tidak boleh lakukan.. ye dik.. :)

..................................................................
Kembali pada topik atas sekali, jika anak nakal, akan terselah kurang sabarnya kita, dan amarahnya kita.. Seperti kes-kes dera yang tidak berkesudahan..

Kenapa dengan kawan-kawan, atau dengan yang sebaya, atau yang terlebih sabaya dengan kita, kita mampu untuk sabar dan tahan marah?

Sedangkan kalau benar waktu itu, mereka memang buat silap, diterjemahkan pula dengan kedewasaan mereka yang sepatutnya lebih mampu berfikir, mereka boleh ditegur dan mungkin dimarah..

Tetapi, kita masih boleh sabar.....

Bila melibatkan anak-anak kecil pula, sebagai contoh, ditumpahkan air, terus tangan kita cepat je naik nak pukul..

Itu baru satu contoh.. Kenapa ye susah waktu tu untuk kita bersabar dengan ANAK-ANAK KECIL, ditegaskan dan diulang, anak-anak kecil... yang sudah semestinya belum masih mampu berfikir sebaiknya dan membezakan mana baik dan buruk..

Amat mudah pula untuk kita marah mereka macam tu je, seolah perasaan dan kesedihan mereka amat tidak penting sekali!.. Boleh kita mereka berkata dalam hati "takpela, aku bersabar je kena marah".. Boleh ke?

Tidak.. Mereka akan terkesan dengan amarah kita atau pukulan kita, tanpa kita jelaskan pula kenapa mereka diperlakukan begitu.. Dah marah, dah pukul, kita berlalu,... tangisan mereka seolah kepuasan kita... sehinggalah kita menyesal, tapi masa tu anak-anak sudah menyimpan sedikit kecewa sebab mereka tidak tahu macam mana nak hilangkan kecewa itu... mereka masih kanak-kanak...

Walaupun saya masih belum berumahtangga dan memiliki anak, tetapi kerana saya tinggal satu bilik dengan kanak-kanak, maka ia sedikit sebanyak menguji juga saya, mengajar juga saya pada mengenali sikap saya yang sebenar...

Wassalam..

Thursday, April 21, 2011

Saya dengan dia....

Berselisih faham?..

Ye, manusia tak lari dari kesilapan samada sengaja atau tak.. saya sendiri, pernah berselisih faham dengan roomate ..

Antara kami berdua, memang tak pernah sama citarasa.. tapi kami memang sangat rapat dan akrab untuk permulaan semester..

satu hari, mungkin masing2 memendam dan hari tu, kami membuat 'mesyuarat'... maka, disitu bermula ketidak teguran.... saya menginsafi kelemahan waktu itu..

...............................................................................

Dalam hati ni, sentiasa berdoa, agar dapat kembali bertegur dan bersapa dengan dia (semester seterusnya, kami berpisah bilik) :)... kenapa saya nak sangat bertegur dan berbaik? Kerana saya tahu walau dia kearah 'kebaratan', dan tak sama cara hidup kami, namun hati dia sangat baik, saya akui tu..

"mariah, Aina (bukan nama sebenar) kena sengat lebah!"... kata kawan saya dibalik pintu tentang kejadian yang menimpa Aina (ex-roomate tadi) selepas dia mandi..

terkocoh-kocoh saya keluar bilik dan tanya Aina mandi dekat bilik mandi mana.. Sampai sahaja di bilik mandi tu, saya terus nampak lebah yang dah mati, dan tanpa fikir panjang, "ini kot lebahnya"..

Saya menuju ke bilik Aina dengan kawan tadi..

Tangan menggigil, hati berdebar..yela, nak berhadapan dengan Aina setelah dah lama tak bertegur..

"mana ye tangan yang kena tu?"... konon2 confident saya ni..

Aina : "ni ha".. bila dia nampak je saya nak tenyeh belakang lebah tu dekat jari dia, dia pun tanya "eh, awak nak buat apa ni?"

Konon2 yakin lagi, saya jawab " saya nak tenyeh belakang lebah ni dekat tempat awak kena sengat, supaya dapat kurgkan sengatan sebab ada penawar"... macam tulah agaknya ayat saya..

Muka dia berkedut... muka saya berkerut.. :)

Lepas dah habis bagi rawatan, dia agak meraung sikit, "takpe, mula2 ni pedih sikit, lepas ni InsyaAllah dah baik".. doktor mariah kata..

..............................................dia ucap terima kasih dan saya pun berlalu.....................

Dalam 15 minit kemudian, dia lalu depan pintu bilik saya, dia nak keluar kot, sambil lalu, kebetulan pintu bilik saya terbuka, dengan senyuman, dia lambai saya dan cakap "hai"........

Alhamdulillah, Allah dengar doa saya..

Sejak hari tu, kami dah berbaik semula... dan saya tersangatlah gembira...

Dan dia merupakan salah satu kenangan terbaik saya di kolej.. Salah seorang kawan yang sangat menghargai persahabatan dengan saya.. Dan kawan pertama yang saya kenal semasa interview lagi...

Assalamualaikum...

Tuesday, April 19, 2011

Pandangan Hati, Tangan Berkata

Merasai ketenangan pada kita melakukan rutin harian, tidak cukup sekadar mampu menyelesaikan amanah di tempat kerja, tetapi mampu pada memberi kesenangan dan pertolongan pada sekeliling kita.

Suka untuk merasa susah dahulu, membuatkan kita lebih yakin pada kejayaan yang akan digapai esok hari. Apabila minda sudah set untuk melalui kesusahan, maka satu anggota badan InsyaAllah akan mudah untuk menghadapi liku-liku keperitan dahulu.

Beranggapan baik sentiasa, walaupun di'cop' lurus, itu lebih baik dari ada sedikit anggapan buruk yang akan menyebabkan kita menghukum sebelum waktunya. Manusia tidak selalunya buruk, di suatu sudut yang lain dia masih ada kemampuan. Maka, luaskan pandangan dan anggapan.

Bersabar tika tengah marah teramat sangat lebih baik dari kita mengeluarkan logik dan fakta yang akan hanya membangkitkan pergaduhan. Ketahuilah, fakta dan logik itu akan sendirinya keluar suatu ketika nanti.

Melihat setiap yang berlaku disekeliling, seperti baru-baru ini saya melihat pergaduhan sepasang manusia yang telahpun bercerai, mengeluarkan kata-kata hamun dan carut dihadapan anak-anak mereka, satu kawasan rumah kami dengar pertengkaran mereka itu... bagaimana agaknya rasa hati anak-anak mereka?? Semoga kita dijauhkan ..

Menghadkan membeli yang dikehendaki. Itu dah dikira membazir. Sedangkan pada pengambilan wuduk itu sendiri, ada pembaziran jika tidak menghadkan, apatah lagi pada pembelian barang yang kita suka semata.. melainkan suka tetapi barang itu kita nak hadiahkan pada orang lain..itu lebih baik.. :)

Senyum sentiasa, tidak bermasam muka dengan orang sekeliling, dengan orang bawahan, dengan mak cik yang tolong sapu ofis, nanti kita akan beri semangat pada mereka pula.. Alhamdulillah..sebarkan senyuman, sorok sedihmu, ALLAH yang berhak tahu kesedihan itu, disitu pengaduan kita.

Sentiasa motivasi diri pada setiap pagi..

Sentiasa muhasabah diri..

Sentiasa termenung setiapkali melihat atau melalui sesuatu, supaya kita dapat lihat disebalik tabir sesuatu kejadian itu...

Itu sahaja motivasi pagi saya untuk saya dan anda semua..

Terus memperbetul kesilapan diri dan terus Bersyukur..... Alhamdulillah..

Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikum..kembali berblog semula..

Sudah hampir pertengahan bulan 4, bermaksud setengah bulan saya meninggalkan dunia blog buat seketika.. Untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru..

Pertama kali menggalas tugasan yang berat, amanah dari Allah jua..

Ye, setiap yang kita pikul ini, walaupun sebagai seorang pekerja, juga merupakan amanah.. Bagaimana kita mahu menjaga amanah ini?

Bukan senang, mahunya lagi kita bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai ragam tersendiri. Si polan suka siapkan kerja dengan cepat, maka prosedur dipintasnya supaya lebih mudah.. Si polan itu pula lambat kerjanya, betul2 mengikut prosedur, cerewet dikatakan..

Kita berada dalam situasi yang perlu menggunakan akal sebaiknya.. dan kadang-kadang Human Being itu, perlu ditolak tepi, lagi-lagi tugasan yang ada dead line..

Tidak pernah bekerja dalam industri yang besar ini, memerlukan saya berdikari kerana jawatan yang diperoleh merupakan jawatan penting dan saya tiada rujukan melainkan bertanya pada mereka dari bahagian yang lain..

.......................................................................

1. merendah diri - sangat perlu ada dalam diri saya yang masih fresh ini. sekalipun di luar sana.. kerana apabila kita sedar tahap pengalaman kita yang cetek ini, kita tahu kita perlu belajar, kita tahu kita perlu bertanya apabila sudah benar-benar buntu, maka di situ tidak ada masalah untuk menunjukkan yang kita memang tidak tahu, dan orang lebih faham dan mudah menolong kita...

2. kena bersemangat - ye...tiap-tiap hari saya mesti mulakan doa di dalam hati, agar satu hari ini yang saya lalui dipermudahkan, diberi keyakinan, diberi kesabaran..... bersemangat selalu..lawan ngantuk! :)

3. setkan minda - ye! ini pun salah satu cara saya memulakan hari saya.. bila masuk tempat kerja baru, saya tahu akan bertemu dengan pelbagai ragam yang terselindung mahupun tak. Perkara pertama, saya kata dalam diri ni, 'tak mahu dgr apa kata mereka, nak berhadapan dulu dengan org tu, baru nak buat penilaian'.. ini berlaku apabila ada pula mulut-mulut yang mula nak buka aib orang... aahhh, tak mahu dengar... ubah topik atau tak beri respon!.. hehe

4. planning.... - yup, paling penting..

..........................................................................

Ya Allah, sesungguhnya gaji yang hamba terima ini, datang dariMU Ya Rabbul Izzati.. bukan dari mereka, tetapi dariMU..

maka setiap yang diperbuat, yang telah diamanahkan, segalanya ditawakkal kan padaMU kembali..

Amanah adalah pencetus kejayaan! seandainya kita tahu apa maksud amanah itu!

........................Salam........................... >>best tak topik ni?? ^_~

Thursday, March 31, 2011

UNDER CONSTRUCTION

JUMPA LAGI ..

INSYAALLAH..



~ ~ ~ ~

Alhamdulillah...

Setelah melalui pelbagai 'proses' yang diciptakan sendiri, Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir saya di tempat kerja yang mana esok akan bermula di tempat kerja baru yang lebih mencabar sebagai seorang yang baru berjinak di dalam industri ini.

Kalau ada yang ingat dan baca entri lepas berkaitan interview saya, maka mereka akan tahu apa jawatan yang saya sandang di tempat kerja baru esok.

Terima kasih kepada yang memberi pandangan mereka :
sahromnasrudin
anakhajiamir
menongkaharus87
ustazlove

Apa yang saya peroleh adalah kena yakin dengan pilihan sendiri dan sebarang kemungkinan pada masa akan datang jangan terlalu difikirkan, kerana akan menyusahkan diri sendiri.. Seperti kata Al-Qassam pada komennya.

Saya mengaku, sifat yang dapat saya kenali yang ada pada diri yang tidak baik untuk diri adalah apabila saya terlalu fikirkan sebarang kemungkinan sehingga teragak untuk membuat keputusan. Dan nampak kurang matang mungkin!

InsyaAllah, keputusan yang dipilih ini adalah yang terbaik dan saya perlu membuka minda untuk sebarang kemungkinan akan datang.

Perlu ke saya kurangkan kasihan dan serba salah?

Hanya situasi masalah itu yang akan memberi jawapannya...  :-)

.......................................................................

Di dalam kehidupan kita, setiap langkah yang dipilih, ke kanan atau ke kiri, pasti ada alasan dan yang pasti itu juga merupakan taqdir Allah S.w.t.

Bukan tidak perlu untuk memikirkan hati dan perasaan orang lain, tetapi keputusan yang kita ambil itu, baik buruknya akan ditanggung dan dihadapi oleh kita sahaja.

Pihak yang berasa kecewa, atau kurang senang, hanya lah pada saat itu, kemudian kita doakan mereka agar pulih kembali.

"kalau kita belum mampu untuk pilih yang terbaik untuk diri sendiri, boleh ke kita pilih yang terbaik untuk orang lain"...

Sehubungan dengan itu (macam nak buat karangan pula)... selepas ini saya tidak lagi boleh untuk kerap meng'update' blog ini, satu kesedihan mungkin kerana berniatkan 'ilmu' semata semasa saya membuat blog ini.

Wassalam..

P/S: perjuangan sudah bermula sebelum ini, dan akan diteruskan lagi selepas ini..susah senang, pengaduan hanya pada Allah s.w.t... di tikar sejadah, hamba 'termenung'..... Teruskan langkah!

Entri Baik Pilihan Khamis :  (klik kanan ya)

Wednesday, March 30, 2011

Serba Salah atau Salah ?

Baru-baru ini saya berada dalam keadaan serba salah atau sukar untuk membuat keputusan. Antara masa depan atau hati majikan kini.

Saya adalah seorang yang mudah memikirkan perasaan orang sehingga sukar untuk membuat keputusan untuk diri sendiri. Sedangkan bila diaju masalah kepada teman yang rapat, sangat mudah untuk mereka memberi pilihan atau membuat keputusan walhal itu adalah masalah saya.. ^_0

Itu adalah satu kelemahan mungkin? Saya sendiri tidak pasti. Orang lain yang berperasaan juga memikirkan hati orang lain apabila ingin membuat keputusan..... Tetapi saya, akan berlarutan pada mendapat sesuatu keputusan itu hanya kerana kasihankan orang........ Dan akhirnya diri sendiri yang akan dapat sakit kepala yang melampau.. ~ ~ ~ ~

................................................................................
"Daya, macam mana kalau Daya berhadapan dengan apa yang saya lalui sekarang?"... Saya ajukan pada teman rapat..

"Daya buat sengal je..." Sangat mudah jawapan dia.. ;-)

"Buat sengal je? macam mana tu?"... Saya cuba dapatkan kepastian disebalik jawapan dia yang mudah sangat tu! :-)

"Yela, daya akan buat sengal je. mean, kalau apa yang daya buat tu betul, daya terpaksalah lukakan hati orang yang kita sedang berhadapan tu.. susah mariah, kalau kita asyik nak fikir soal hati orang je, kadang-kadang tu boleh la, tapi apa yang mariah lalui sekarang memerlukan mariah buat keputusan yang bijak untuk diri sendiri".....

Begitulah serba sedikit penjelasan teman rapat.

Dan saya, mengambil masa untuk 'termenung' sekejap, bukannya untuk membuat keputusan, tetapi untuk menilik kembali sifat diri ini.

Salah ke kalau kita memikirkan hati orang lain? Atau kita yang salah bila terlalu memikirkan hati orang lain sehingga tak mampu untuk membuat keputusan?

................................................................................

Sepanjang-panjang saya terbelenggu dengan persoalan ini, saya kembali menghadap dan mengadu pada Allah s.w.t yang lebih mengetahui.. Istikharah salah satu cara yang terbaik..

Agar hati ini lebih tenang pada memilih jalan dan apa jua keputusan yang terbaik.. Assalamualaikum..

P/S : Bagi yang lebih makan garam atau gula dari saya, sangat mengalukan pandangan dan nasihat anda semua pada cara kita membuat keputusan yang betul dan bagaimana untuk kita tahu yang kita kadang-kadang perlu melukakan hati orang untuk mendapat keputusan yang baik. Syukran.



Entri baik pilihan Rabu (klik kanan ya)
bisyarah-khabar-gembira

Monday, March 28, 2011

Kesabaran Isteri..

Kenapa seorang isteri boleh menaikkan suara terhadap suaminya tanpa ada rasa bersalah...?

Kenapa seorang isteri memburukkan suaminya dihadapan anak-anak... ?

Kenapa seorang isteri jadi malas nak sambut suaminya pulang..?

Kenapa isteri tak nak lagi ambil peduli apa yang suami dia suka atau tak suka..?

........................................................................

Persoalan ini timbul apabila saya memerhatikan mereka yang terdekat, apabila bibit pertengkaran menampakkan muqaddimahnya.

Ada suami yang sabarrr selalu..isterinya naik suara pun, suami masih boleh sabarrr selalu..
Ada juga suami yang naikkan semula suara menampakkan dia tercabar dengan tidak hormatnya isteri dia..

Apabila isteri bercakap tentang kekurangan suami, maka akan dibalas dengan kekurangan isteri pula oleh suami...yang menjadi Hakim macam dalam mahkamah tu adalah ANAK-ANAK..

Kenapa suami isteri boleh lupa bahawa pertengkaran di hadapan anak-anak boleh memberi kesan negatif pada penilaian mereka terhadap ibubapa mereka??

Siapa yang perlu lebih bersabar? dan siapa yang perlu lebih pada pimpinannya?

Merujuk persoalan saya seperti dia atas, kenapa isteri boleh jadi begitu rupa? dan kalau isteri dah jadi macam tu, adakah anak-anak masih boleh menghormati ayah mereka?

Ibu ibarat pengetua sekolah.. Jika lurus pada segalanya, maka luruslah anak-anak murid.. Kalu ibu suka mengutuk, maka begitulah pada anak-anak.. kalau ibu sangat bersabar, maka begitu juga pada anak-anak..

Memang sifat seorang ibu sangat penting, tetapi yang memimpin seorang ibu atau isteri itu lebih penting..

Maaf kalau saya kata, jika seorang suami atau ayah, tidak ringan tulang, bermaksud 101% meletakkan tugas di rumah kepada isteri sama ada isteri bekerja atau tidak, maka anak-anak akan menjadi seperti ayahnya yang tidak ringan tulang, kebarangkaliannya lebih kepada anak lelaki..

Boleh ke ayah kata "Man, tolong bawa ibu ke pasar ni.." Sedangkan si ayah tidak pernah nak bawa isterinya tetapi mengharapkan anaknya rajin membantu ibunya... mustahil sekali..

Saya tidak cuba untuk berat pada mana-mana belah pihak, cuma saya terkilan dengan sikap isteri yang tidak nampak kedudukan suami yang perlu DIHORMATI..

Pengorbanan isteri sangat perlu pada KESABARAN menghadapi kerenah suami.. hebatnya seorang suami, kerana hebatnya isteri di sebelahnya..

Kerana sifat penyayang itu lebih diberikan pada seorang perempuan, maka isteri perlu lebih pada bersabar.. Dan yang pasti bersabar disusuli dengan doa..

"Ya Allah, aku tidak penat pada memikul tanggungjawab sebagai isteri ini, malah aku redha pada setiap yang telah aku berikan pada keluargaku, dan aku memohon agar diberikan kesabaran pada aku menghadapi segalanya, Ya Allah, Engkau permudahkanlah agar suamiku menjadi sedikit rajin dan ringan tulang pada membantu aku menguruskan rumah dan anak-anak"

Nampak doa ini mudah, tetapi itulah permintaan kita. Andai ada sikap suami yang membuatkan kita sangat  kecewa, maka kembalilah kita pada Allah yang menciptakan kita semua.

Semoga, kelak saya dapat mengambil kesan pada apa yang berlaku dan dapat menjadi isteri yang solehah. InsyaAllah...

saya tak berniat nak letakkan kesalahan pada mana-mana pihak, cuma ingin mencari penyelesaian kerana rumahtangga bagi saya satu amanat besar dan bukan perkara main-main, bukan sekadar sudah jalankan tanggungjawab, malah lebih dari itu..



Friday, March 25, 2011

Dialog kami, Pemerhatian Saya~

Selepas habis belajar di UniKL MIAT tahun lepas, saya menjadi guru tadika sambilan menggantikan guru sedia ada yang baru melahirkan anak...

Ya, memang banyak pengalaman yang saya dapat perihal menyusun atur pendidikan anak-anak kecil ni.. Lebih berat pada amanah yang dipertanggungjawabkan.

Disebalik sesi pendidikan di tadika tersebut, saya lebih suka pada perkongsian dialog antara saya dengan anak-anak kecil ini dan apa yang membuka mata hati saya pada pemerhatian setiap tingkah laku mereka..

6 tahun yang mencuit hati membuka mata

IMAN SAFIYAH
Cikgu Mariah : Iman bawa bekal hari ni, siapa yang buat mee dengan air teh ni?
Iman : Ayah..

Dia, anak kecil berumur 6 tahun yang kehilangan ibu disebabkan wabak H1N1, punya seorang abang bersekolah rendah. Apa yang menyebabkan saya selalu berdialog dengan dia adalah kerana perasaan simpati, setiap hari ayahnya terpaksa lewat ke tempat kerja kerana Iman susah untuk melepaskan ayahnya, berkali-kali salam namun masih merengek.. sehingga ayahnya perlu menaikkan suara sekali sekala.. bagi saya, dia sudah tidak mendapat kasih sayang seorang ibu, maka digantikan dengan permintaan kasih sayang pada ayahnya seorang.. Yang pasti, orangnya bijak dan sangat comel, sampai kawan-kawan lelaki dia seolah 'berkejar' untuk ngorat dia.. hehe

IMAN NUL HAQEEM
Cikgu Mariah : kenapa menangis ni iman?
Iman : tak faham....... 
Cikgu Mariah : cikgu akan ajar Iman kalau Iman berhenti menangis ok..

Iman...murid yang kurang cepat penangkapannya, tetapi sopan, kemas, teliti.. Dia terlalu mudah menangis apabila tak faham ! Bagi saya, sangat bagus, menandakan dia nak faham tanpa melulu terima yang tak faham. 

Stiap kali saya tengah mengajar, pasti mata ni kelih ke arahnya, untuk pastikan mimik muka yang akan mula menangis.. bila dia dah buat muka seolah nak meraung dah......maka.......

Cikgu Mariah : Iman jangan nangis dulu ye, kejap lagi cikgu duduk depan Iman, ajar Iman ye..

Dan dia tidak akan menangis lagi.. :) macam-macam.. (patutlah emaknya sediakan sapu tangan selalu dalam poket..hehe) yang kelakarnya, satu hari tu.....

Cikgu Liza : kenapa nangis ni Iman?
Iman : sapu tangan saya tinggal kat rumah................................

5 tahun yang comel

KHAIRY
Khairy : cikgu! cikgu! dia kecik saya..dia kecik saya macam ni!...

Dengan akal ligat berputar nak fahamkan apa yang murid ini cuba adukan pada saya, sambil mata tengok reaksi dia yang memegang lehernya itu............owh....

Cikgu Mariah : khairy, cekiklah..bukan kecik...

Antara nak mengadu, terus tak jadi sebab dia malu dah salah sebut agaknya.. Khairy, seorang yang sangat aktif tapi saiz badan dia lah yang paling kecil..!

Ada sekali tu, boleh dia menyambil buat kerja sekolah, sambil tu dia menyanyi...

Khairy : eh..waka waka eh..eh..~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Saya pun tak tahu nak tulis liriknya tapi pernah dengar lah lagunya...

Cikgu Mariah : Khairy.... lagu apa yang kamu nyanyi tu..?

Tersengih sengih dia.. Dari lagat dia, saya dapat rasa dia seorang yang kuat menonton TV (namanya kanak-kanak :), dan perbuatan dia banyak yang copy paste dari TV.

Khairy : Cikgu, kenapa cikgu boleh pakai selipar, kitorang tak boleh?...mana aci..
Cikgu Mariah : kalau kamu dengan kawan-kawan pakai selipar, nanti ada yang baling, lepas tu kena kepala, sakit tak? nak ke jadi macam tu?
Khairy : hehe, tak nak lah..

Ade -ade je... sangat comel!

DANI HAZIQ
Sambil mengajar...

Cikgu Mariah : Dani..kamu dengar tak apa yang cikgu ajar ni..?
Kawan-kawan : dia suka nganga cikgu, lepas tu air liur dia keluar...

Memang direct..:) Itulah Dani Haziq. Disebalik 'nganga' dia tu, dia lebih bijak dan cepat tangkap, namun kita hanya sedar kalau ajar dia yang mana saya panggil "1 to 1 lesson".

Saya nak tahu sangat kenapa Dani boleh jadi macam ni, pasti ada sesuatu disebalik kelembutan dan kurang cepatnya dia pada perbuatan.. Sehinggalah satu hari tu...

Mak Dani : ai, mana sotong mak ni... sotong, sotong.. jom balik jom...

Saya : ??????????????   :)   :0  :(

..........................................................................................................

Bermacam-macam kerenah.. yang pasti mereka jujur pada percakapan dan perbuatan.. saya banyak ambil pengajaran pada melibatkan ibubapa, cara ibubapa itu dan apa kesannya pada anaknya..

Perkara biasa pada kita, sangat luar biasa pada mereka.. dan mereka suka kalau kita duduk sama-sama mewarna atau melakukan apa sahaja bersama mereka.. Perbuatan kita sangat cepat mereka ikut dan copy paste.. jadi begitu jugalah bila saya dah jadi seorang ibu nanti..ianya amat memberi kesan pada saya.. amat memberi pengajaran pada menjadi ibubapa itu bukan mudah namun tidak lah susah.. 

cuma yang pasti, perangai anak-anak kecil ini di rumah dan di sekolah, berbeza sama sekali! ;)

Assalamualaikum...
Terima kasih sudi membaca..
Jumpa lagi Insyaallah hari Isnin nanti.. Insyaallah..




Entri baik Pilihan Jumaat (klik kanan ya)

Thursday, March 24, 2011

Kenangan SPM?

Terfikir pula nak buat entri tentang ni, selepas menjenguk di blog Fadzli Amir.

Saya terlambat sewaktu hari pertama peperiksaan! :) Tak silap subjek bahasa Melayu. Tak ingat tarikh tapi tahun 2006 la..

Disebabkan saya menaiki bas ke sekolah, maka hari itu macam biasalah saya gerak keluar dari rumah pukul 6.45, jalan-jalan kaki ke stesen bus, sorang-sorang! 

Nak dijadikan satu ujian pada saya hari tu, jalan jem pula...... bas lambatlah gerak, maka sudah tentu saya pun lambat sampai! Hati sangatlah berdebar waktu tu, dan lagi berdebar bila saya sorang je yang berpakaian seragam sekolah... (nampak sangat saya lambat gerak keluar dari rumah........) 

Sampai sekolah dalam pukul 8.00 tepat kot.. masuk pagar, dengan harapan pelajar masih berbaris, tapi (patutnya dah agak memang dah bersurai...)...

Dah la, kelas yang saya nak duduki peperiksaan berada di tingkat ataaaas sekali, bangunan tu 4 tingkat.. masa panjat satu-satu anak tangga tu, perlahan-perlahan walaupun nak cepat je sampai sebab waktu tu sunyi sangat, mata pelajar lain memang sengaja je nak tumpu ke arah saya, lagilah kelam kabut dibuatnya...

Terjumpa pula guru disiplin, nasib baik cikgu tu 'tak' jadi guru disiplin hari tu, maka dia suruh cepat-cepat masuk kelas... nak pergi ke kelas pula, (dekat hujung sekali tu)... kena lah berhadapan lagi sekali dengan mata-mata yang suka benor pandang, diorang mungkin terkejut sebab..."mariah lambat??" :)

Dengan muka seposen, saya ketuk pintu, dan terus ambil tempat duduk (kali ni nasib baik sebab nama saya mula dengan huruf M, jadi tempat pun dapat yang pertama sekali..), jadi masuk pintu terus lah ke kerusi.. 
Dengan tenang tanpa lupa DOA, saya pun mula menulis nama dan angka giliran...

SALAH tulis......... "eh, awak isi nama dekat tempat angka giliran ni..." nasib baik cikgu tu perasan..

................... :( ..........................

Dah comot muka depan.. redha lagi... saya pun mulakan menjawab dengan memaksa hati ni tenang supaya dapat menggunakan akal fikiran sewarasnya untuk kerah idea nak tulis karangan! 

Tangan menggeletar sambil tulis..... Tapi Alhamdulillah, keputusan Bahasa Melayu saya membuatkan saya tidak lupa pada kenangan ini..

P/S: esoknya awal-awal lagi saya dah keluar rumah!

tak cukup masa ~

"Awak belum pun berdakwah dekat luar-luar sana sampai nak rehat, nak baring je selalu...."

24 jam yang kita ada, perlu dilihat sebagai bukan alasan untuk tak sempat nak siapkan kerja. Betul, saya belum pun menjadi pendakwah sepenuh masa sehinggakan tak ada masa nak melakukan tambahan ibadat, sehinggakan alasan sibuk menjadi pendirian untuk mencukupkan rehat dan meninggalkan tambahan ibadat.

Siang sibuk dengan kerja, malam pula rehat, jadi di mana erti kehidupan kalau perjalanan satu hari masih belum mencabar pun, malah sekadar menuntut hak duniawi, bekerja dan berehat.

Melihat pada usaha dan keringat para pendakwah di luar sana, sambil menjadi seorang pekerja, sambil itu juga mendakwah sambil itu juga dapat menunaikan hak pada sepertiga malam itu. Sungguh mereka lalui lebih dari saya, malah berhadapan dengan masyarakat yang perlu diperbetulkan, bukan senang!

Merasa sangat kerdil diri ini dihadapan Allah. hanya sibuk dengan tanggungjawab duniawi, malah mengeluh lagi seolah tak cukup masa, padahal sendiri yang membazir masa, sendiri yang memilih untuk menangguh kerja sehingga di saat akhir, disalahkan pula masa dan orang sekeliling.

Jika ikut permintaan duniawi, maka kita hanya seolah bermain dengan masa.

.........................................................................................................

>>>terus bermuhasabah.. Wallahu'alam

Wednesday, March 23, 2011

+ + + + + + +

Assalamualaikum...

Hari ni, nak jadi positive...

Yang susah adalah perubahan, tetapi perlu tahu dulu kenapa kena berubah. kan?

Positive sama lah dengan sabar kan?

Masa bila nak guna sabar ni? Sabar ni memang ada dalam diri ke?

...................................................................................................

Bila kita positive, kita akan bersabar. Nak positive, kita kena ajar diri berfikir yang baik-baik je. Ajar diri cipta alasan untuk setiap yang berlaku, tak kiralah orang buat kita ke, keje tak menjadi ke, kena marah ke..

Alasan yang dicipta, kenalah positive maka akan disusuli dengan sabar.
Memang susah untuk sentiasa bersangka baik. Sebab realiti kalau dah memang apa yang berlaku tu adalah negative. Sebab tu perlu ajar diri ni.

Perkara ini juga melibatkan cara kita dibesarkan dan situasi kita membesar. cara kita melihat percakapan mak ayah, cara kita tengok tanggapan diorang terhadap sesuatu, kalau sentiasa positive, amat mudah kita untuk jadi orang yang positive.

Apapun, bila dah besar, kita punya ilmu, kita tahu kena sabar, kita tahu kena positive, maka bergantung pada diri sendiri..

TV pun ada kaitannya. sebab tu kalau boleh tak nak ada TV pun dalam rumah.. boleh ke??

Entri Baik Pilihan Rabu (right click ya)

Tuesday, March 22, 2011

Laluilah untuk satu pengalaman hari esok.

Assalamualaikum..

Apakah yang kita faham tentang pengalaman?
Betul ke kita ni berpengalaman?
Pengalaman dari segi apa tu?
Bagaimana kita mengadaptasi pengalaman dengan hari ini yang kita lalui?

................................................................................

Bila seseorang tengah cakap, kita boleh nilai pengalaman dia..

Bila seseorang sedang buat kerja, pun boleh nampak pengalaman dia..

Lebih dulu makan garam, kata orang tua.. Kita pula terlebih makan gula.. itu yang jadi tidak berpengalamn kot..

Seringkali kita yang kurang pengalaman ini, cuba untuk sangkal pendapat para berpengalaman (ayat pening)..

"Yeke? saya rasa bukan macam tu lah".. contoh..

Kenapa "yeke" ? Adakah untuk menolak satu kebenaran untuk memperlihatkan kepandaian sendiri?emm..

....................................................................................

Kita bercakap berdasarkan pengalaman, sama ada pengalaman itu kita ambil kesannya atau sekadar pengalaman.

Apa yang saya nak tuliskan di sini, isi pentingnya adalah membiarkan diri melalui saat getir pada saat ini dengan keyakinan bahawa ini adalah satu tambahan pada pengalaman.

Tengah terseksa jiwa sekarang dengan pelbagai masalah? Maka, biarkan diri mengalami 'seksaan jiwa' itu untuk mudah kita pada hari esok. Itulah gunanya pengalaman.

Jangan lari dari apa jua situasi pada saat ini.

Saya pernah melihat satu situasi :
Seorang ibu melepaskan anak perempuannya pergi ke sekolah dengan menaiki basikal tanpa ibu itu toleh ke belakang lagi walaupun jelas kelihatan anak itu sedih dan takut untuk mengayuh sorang-sorang. namun, kerana anak itu perlu melaluinya supaya hari esok dia berani dan berdikari...

baca dengan hati agar bisa dapat
kesannya yang melahirkan ketenangan.

Wassalam.

Entri baik pilihan Selasa (right klik ya)



Ye. 45,000....

Assalamualaikum..

Pagi tadi sambil memandu, saya mendengar sedikit ulasan berita dari corong radio islam.

Apa yang memeranjatkan saya adalah berita mengenai kerajaan yang ingin membawa masuk 45,000 warga India untuk dijadikan pekerja di restoran (PPIM)...

Kenapa sampai 45,000?? Itu persoalan saya yang membawa kepada satu kerisauan...

kalau ye pun tidak dapat menggaji pekerja tempatan sendiri, tetapi sekurangnya carilah inisiatif lain. Apa yang berlaku sekarang ni, rungutan warga tempatan tentang kebanjiran warga asing, amat merisaukan, malahan ditolak tepi kerisauan itu demi keuntungan.....


P/S : Diharapkan pihak Kerajaan yang terlibat masih boleh berfikir sejenak demi warga kamu sendiri... Saya tak tahu kenapa saya terlalu risau dengan berita ini.... Bolehla kita baca berita seterusnya dalam akhbar harian..

Monday, March 21, 2011

"patutnya jangan gitu gini ......"

Assalamualaikum...

.................................................................

"Aku tengah ada masalah ni........" Luah Amir sambil menceritakan masalahnya dengan tanpa koma dan titik pun..

Sejenak seusai Ali mendengar keseluruhan cerita Amir itu, "Kau sepatutnya jangan tu, jangan ni, tak boleh macam tu, tak boleh buat gini..............."

Pantas mulut Amir menjawab sambil hati menolak nasihat panjang lebar Ali itu.. "kau tak kena boleh la cakap gitu..."

................................................................

Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini adalah cara kita memberi nasihat.

Seelok-elok nasihat adalah secara kiasan yang diselitkan di dalam penceritaan berdasarkan pengalaman kita yang mungkin pernah menghadapi masalah yang sama.

Seperti contoh perbualan Ali dan Amir tadi, kita dapat bayangkan Amir yang sedang menghadapai masalah besar dan berkemungkinan ingin mendengar nasihat dari Ali.

Tetapi kerana cara Ali menasihati yang agak melulu dan menggunakan perkataan ''jangan, tak boleh'', menyebabkan Amir bertindak untuk menolak nasihat Ali itu.

KIASAN

Berkias pada menasihati atau metafora, sama juga erti dengan kita nasihat secara tidak langsung dan nasihat itu akan masuk di bawah minda tanpa sedar mereka yang mendengar itu.

Contohnya : Ali menjawab pada permasalahan Amir tadi... "Dulu aku pun pernah lalui perkara yang sama......." Ali menceritakan pengalaman dia atau pengalaman yang diambil dari orang lain untuk dijadikan jalan cerita yang diselitkan nasihat.

Maka, dengan mudah Amir untuk  menerima nasihat itu secara tidak langsungnya.

.....................................................................

Apabila kita menasihati dengan mulut, maka akan sampai ke cuping telinga.

Apabila nasihat yang lahir dari jiwa pula, akan terus menyentuh jiwa pendengar.

Dua situasi dan cara yang sangat berbeza tetapi seringkali kita menggunakan kaedah nasihat secara langsung yang hanya mendapat penolakan sahaja. Akhirnya menjadi nasihat yang sia-sia. :-(

....................................................................

Jangan mudah untuk kita mencelah sedang orang bercerita masalah, hanya kerana ingin mengutarakan nasihat dan pandangan.. (No)

Habiskan dulu mendengar cerita dan tunggu sama ada si dia itu ingin meluahkan sahaja atau ingin meminta nasihat. (Yes ><')

Kalaupun si dia ingin nasihat, jangan melulu, guna kaedah nasihat secara tidak langsung tadi. relaxxx... :)

Insyaallah mudah si dia / anak-anak/ kawan/ isteri/ siapapun... untuk menerima nasihat kita .

........................................................................

"Meon, pergi baca buku, keputusan periksa dulu teruk kan, kalau nak pandai lepas ni, rajin-rajinlah baca buku, pergi buat kerja rumah sekarang.."

Paksaan yang hanya akan menerima penolakan.. (patutlah adik saya tak nak dengar nasihat saya, hehe).

Paksaan ke atas anak kecil membawa kepada negatif energi yang sangat kuat!
Maka kita cubalah cara yang baru untuk menasihati dengan menggunakan jalan penceritaan. Mudah-mudahan...

P/S : patutlah mudah je upin ipin dengar nasihat opah diorang ye.. dan sangat menolak nasihat dari kak ros! :)

Entri Baik Pilihan Isnin (right klik ya)
Fakta Penting Dibalik Pelarangan

Friday, March 18, 2011

Termenung seketika untuk mengubah kebiasaan~

Assalamualaikum..

Hari ini, Jumaat, penghulu segala hari, dan masa makin cepat berlalu, rasa baru mula hari Isnin hari tu..kan..?
Mari termenung seketika.. a.k.a bermuhasabah sejenak..

1) mariah, bila mula sahaja hari baru, semat dalam hati dan fikiran untuk membuat yang terbaik pada satu hari anda.

2) mariah, buang sifat bertangguh dan hadapi apa sahaja kemungkinan untuk menyiapkan tugasan.

3) mariah, berilah peranan pada yang memerlukan dan jangan sesekali meminta pengembalian pada hak kamu. Memberilah kerana Allah.

4) mariah, bersangka baiklah dalam apa situasi sekalipun, walaupun sedang berhadapan dengan sekeliling yang menggugah kamu, sangka baik itu perlu, sangat perlu supaya kamu dapat mengambil pengajaran dan bukan mengutuk.

5) mariah, bila tidak tahu tentang sesuatu ilmu agama itu, pergilah mencari akan ilmu itu, kerana jawapan 'tidak tahu' tidaklah akan menyelamatkan kamu sewaktu ingin menjawab di Akhirat kelak.

6) mariah, pelajarilah bagaimana nak mendekati mereka yang perlu dinasihati, jangan biar mereka menjauhi kerana terasa.

7) mariah, bergaullah kamu dengan masyarakat, kerana itu dapat memberi satu pandangan tentang cara dan perbuatan orang disekeliling kamu. Kemudian ambillah pengajaran dan ilmu mereka.

8) mariah, permulaan segalanya adalah pada hati yang bersih, maka bersihkan hati kamu dahulu, jangan biarkan titik-titik hitam bersatu menjadi sepasukan yang menggelapkan hati kamu kelak...


9) mariah, selalulah pandang ke bawah yakni mereka yang lebih susah dan perit perjalanannya supaya kamu tahu erti syukur dan supaya kamu tidak mudah mengeluh dengan kesusahan kamu pula.


10) mariah, selalulah melihat sesuatu yang berlaku itu adalah pada kesalahan atau kecuaian kamu sendiri supaya kamu tidak akan memendam rasa pada sekeliling, sudilah memaafkan kesilapan dan kekurangan orang lain.


11) Dan berterusanlah kamu pada hari-hari yang seterusnya.. tidak dapat banyak, sikit pun mencukupi asalkan istiqamah, hari-hari yang akan datang tambah sedikit demi sedikit.

.................................................................

Apa lagi ye ... sila beri pandangan dan pendapat anda supaya dapat sama-sama kita 'termenung'...

Wassalam...

"bangkit dari jatuh lebih baik dari diri ini terus menyesali sehingga tiada semangat untuk bangkit semula."








Entri baik pilihan Jumaat ; right click ya 
Karamah Fatimah Binti Rasulillah


Thursday, March 17, 2011

Demi Ummah, kita kembali pada kekurangan diri~

Assalamualaikum..

Berpagi-pagi sambil bawa kereta, saya mendengar celoteh DJ IKIM di radio..

Dan topik perbualan pagi ini pada mendengar pendapat ibubapa dan guru tentang situasi persekolahan kini yang nampaknya 'suka' untuk galmor di TV, surat khabar...dll

Kita  saya pula, yang masih belum bekeluarga, tidak ingin mengambil enteng masalah yang kian popular ni. Dan mahu juga mengajak anda semua pada memberi pendapat tentang hal ini.

.........................................................................................

IBUBAPA


Kini kebanyakannya a.k.a memang ramai ibu yang keluar bekerja bersama-sama membantu keluarga kerana kos sara hidup yang agak mahal. Bapa pula memang dah sedia ada bekerja dan kurang sedikit waktunya pada memperhati tingkah laku anak-anak (sebahagiannya).

Bapa dah sibuk, ibu pula akan sibuk, jadi siapa yang nak menyibuk tentang pembesaran/pembelajaran/pendidikan anak-anak?

saya bukanlah orang yang layak pada mempersoal hal ini, tetapi seperti yang saya tulis di atas, perlunya mengambil serius akan hal ini supaya kelak saya ada ilmu dan Insyaallah dapat mencari inisiatif apabila berhadapan dengan situasi yang sama.

Ibubapa saya juga bekerja, sedari saya kecil, jadi sedikit sebanyak saya dapat memahami apabila perkara ini dibangkitkan.

GURU


Ya, guru merupakan mereka yang diberi amanah pada mendidik/mengajar/membentuk akhlak anak-anak murid @ generasi kita.

Tetapi, ingat bukan 101% tanggungjawab diletakkan ke atas guru.

Memang sekolah diibaratkan rumah kedua pada proses pendidikan berlaku, dan guru pula sudah seperti mereka yang amat akrab dan penting dalam kehidupan seseorang pelajar itu.

Ibubapa saya juga seorang guru. Sedikit sebanyak apa yang mereka luahkan, saya dapat mengerti kegembiraan mahupun kelelahan.

..................................................................................

TAHU TANGGUNGJAWAB


Pendapat saya, masing-masing yang sudah tahu pada peranan, perlu bertanggungjawab pada peranan itu.
Difokuskan pada ibubapa dan guru itu sendiri. Kerana skop kita pada pelajar yang masih bersekolah rendah atau menengah.

Mempersoalkan kembali pada apa yang berlaku, dan menjawab sendiri tanpa perlu menunding jari adalah jalan yang terbaik.

Tetapi sukar untuk kita melihat kekurangan dan lekanya kita pada kekurangan itu. Itulah manusia.

Saya bukan arif, tetapi hal ini sangat berkait rapat dengan pembangunan ummah kita. Bukan sekadar hantar ke sekolah, balik rumah kemudian ke sekolah semula.

Apabila masing-masing tahu akan tanggungjawab, Insyaallah tidak akan berlaku kekurangan pada tanggungjawab itu, dan ianya membawa pada mudahnya urusan anak-anak itu pada pembesaran mereka.

Anak dicubit, ibubapa menyalahkan. Pelajar bermasalah, cikgu mencubit.

Saya amatlah tidak arif, tetapi persekitaran yang menyebabkan saya mengutarakan pemerhatian, kerana saya mahu mencari penyelesaian yang terbaik pada pendidikan/pembelajaran anak-anak kelak.. Ummah kita..

''pada mencari penyelesaian kepada sesuatu itu, kembali bermuhasabah akan kekurangan diri dan sudi merubah diri, lengahkanlah dan jangan sesekalipun mudah menunding jari, kembali pada cara Islam, itu yang terbaik''

.................................................................................................

Wassalam..

Entri untuk 'termenung'.. (Right Click ye)



Tuesday, March 15, 2011

Kita yang sombong~~~

"Kenapa tak boleh On pula phone ni...?!"

Rupanya phone Sony saya dah rosak.

Dalam keadaan tengah menunggu panggilan dari syarikat yang saya mohon kerja ni, 
phone sangat diperlukan.. 

..................................................................................................

Setelah disabarkan hati ini,
maka redha mengambil tempat di atas ujian ini,
"pasti ada hikmah!"
Sabar mariah....

...................................................................

"Kita terlalu sombong"
Sedikit kata-kata dari Ustaz yang hadir sebagai tetamu jemputan di IKIM.FM.

Kita masing-masing pernah berhadapan dengan mereka yang meminta sumbangan dan derma di kedai-kedai makan atau di mana sahaja.
Dan waktu itu, kita punya feedback yang berlainan.

Ada yang memberi sumbangan supaya tidak diganggu lagi oleh yang meminta sumbangan itu, 
maka kita tidak akan diganggu lah oleh orang itu.

Ada yang memberi supaya mendapat pahala,
itu ganjaran dari Allah semata.

Ada pula yang mengherdik,
apa pun sifat yang ini tidak elok ye... (NO)

Tetapi tidakkah kita tahu tentang sesuatu disebalik semua itu??
Memasang niat untuk kebaikan diri sebelum menghulurkan derma atau sedekah??
Apa lagi selain kita mengharapkan pahala??

......................................................................................... 

"Ya Allah, semoga sahaja mudah untuk diri ini mencari penyelesaian untuk phone yang rosak,
semoga hari ini baik-baik untuk diriku,
semoga sahaja hari ini diri ini proaktif, aktif"

Kemudian hulurkan derma atau sedekah kepada siapa-siapa pun, 
adik kita ke,
mak kita ke,
masjid ke,
ke ke ke... :)

Dengan itu, kita telah meminta pada Allah SWT,
amiin...
Satu-satunya pengaduan yang dapat menenangkan kembali hati ini..

Sedikit perkongsian di pagi hari selasa ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

kredit : Syukran UL kerana menjawab soalan saya...


menginsafi dan memperbaiki diri ini...



Entri baik pilihan SelasaIbnuDDin



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...