Wednesday, April 27, 2011

Mereka masih kanak-kanak..

Bercakap dan berbual dengan kanak-kanak, jujurnya boleh menampakkan siapa kita yang sebenar..

Kanak-kanak, sifatnya amat berlainan, dan kadang-kadang tanpa kita sedar, separuh dari yang ditonjolkan kanak-kanak adalah merupakan 'copy paste' dari sifat ibu bapa sendiri.

Bila kita buat, diistilahkan, TAKPE.

Bila sampai pada kanak-kanak yang buat, TAK BOLEH, JANGAN.

Kadang-kadang ianya berlaku antara saya dengan adik kecil saya. Sampai pada dia yang memperlakukan, saya mesti tegah dan marah..

Persoalan yang saya dapat dari dia.. "akak buat dulu takpe"...

....Kembali bermenung, kerana apa yang disampaikan dia merupakan pandangan dia yang jujur...

Dan kini, saya mula berhati-hati pada sesuatu perbuatan atau percakapan yang KITA sama-sama tidak boleh lakukan.. ye dik.. :)

..................................................................
Kembali pada topik atas sekali, jika anak nakal, akan terselah kurang sabarnya kita, dan amarahnya kita.. Seperti kes-kes dera yang tidak berkesudahan..

Kenapa dengan kawan-kawan, atau dengan yang sebaya, atau yang terlebih sabaya dengan kita, kita mampu untuk sabar dan tahan marah?

Sedangkan kalau benar waktu itu, mereka memang buat silap, diterjemahkan pula dengan kedewasaan mereka yang sepatutnya lebih mampu berfikir, mereka boleh ditegur dan mungkin dimarah..

Tetapi, kita masih boleh sabar.....

Bila melibatkan anak-anak kecil pula, sebagai contoh, ditumpahkan air, terus tangan kita cepat je naik nak pukul..

Itu baru satu contoh.. Kenapa ye susah waktu tu untuk kita bersabar dengan ANAK-ANAK KECIL, ditegaskan dan diulang, anak-anak kecil... yang sudah semestinya belum masih mampu berfikir sebaiknya dan membezakan mana baik dan buruk..

Amat mudah pula untuk kita marah mereka macam tu je, seolah perasaan dan kesedihan mereka amat tidak penting sekali!.. Boleh kita mereka berkata dalam hati "takpela, aku bersabar je kena marah".. Boleh ke?

Tidak.. Mereka akan terkesan dengan amarah kita atau pukulan kita, tanpa kita jelaskan pula kenapa mereka diperlakukan begitu.. Dah marah, dah pukul, kita berlalu,... tangisan mereka seolah kepuasan kita... sehinggalah kita menyesal, tapi masa tu anak-anak sudah menyimpan sedikit kecewa sebab mereka tidak tahu macam mana nak hilangkan kecewa itu... mereka masih kanak-kanak...

Walaupun saya masih belum berumahtangga dan memiliki anak, tetapi kerana saya tinggal satu bilik dengan kanak-kanak, maka ia sedikit sebanyak menguji juga saya, mengajar juga saya pada mengenali sikap saya yang sebenar...

Wassalam..

0 Kata Kita:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...