Tuesday, March 22, 2011

Laluilah untuk satu pengalaman hari esok.

Assalamualaikum..

Apakah yang kita faham tentang pengalaman?
Betul ke kita ni berpengalaman?
Pengalaman dari segi apa tu?
Bagaimana kita mengadaptasi pengalaman dengan hari ini yang kita lalui?

................................................................................

Bila seseorang tengah cakap, kita boleh nilai pengalaman dia..

Bila seseorang sedang buat kerja, pun boleh nampak pengalaman dia..

Lebih dulu makan garam, kata orang tua.. Kita pula terlebih makan gula.. itu yang jadi tidak berpengalamn kot..

Seringkali kita yang kurang pengalaman ini, cuba untuk sangkal pendapat para berpengalaman (ayat pening)..

"Yeke? saya rasa bukan macam tu lah".. contoh..

Kenapa "yeke" ? Adakah untuk menolak satu kebenaran untuk memperlihatkan kepandaian sendiri?emm..

....................................................................................

Kita bercakap berdasarkan pengalaman, sama ada pengalaman itu kita ambil kesannya atau sekadar pengalaman.

Apa yang saya nak tuliskan di sini, isi pentingnya adalah membiarkan diri melalui saat getir pada saat ini dengan keyakinan bahawa ini adalah satu tambahan pada pengalaman.

Tengah terseksa jiwa sekarang dengan pelbagai masalah? Maka, biarkan diri mengalami 'seksaan jiwa' itu untuk mudah kita pada hari esok. Itulah gunanya pengalaman.

Jangan lari dari apa jua situasi pada saat ini.

Saya pernah melihat satu situasi :
Seorang ibu melepaskan anak perempuannya pergi ke sekolah dengan menaiki basikal tanpa ibu itu toleh ke belakang lagi walaupun jelas kelihatan anak itu sedih dan takut untuk mengayuh sorang-sorang. namun, kerana anak itu perlu melaluinya supaya hari esok dia berani dan berdikari...

baca dengan hati agar bisa dapat
kesannya yang melahirkan ketenangan.

Wassalam.

Entri baik pilihan Selasa (right klik ya)



4 Kata Kita:

diana said...[Reply to comment]

terima segala yang berlaku dengan hati yang terbuka..masa akan datang kita akan tersedar apa yang berlaku itu untuk mengisi ruang "pengalaman' kita.

mariah said...[Reply to comment]

@diana : setuju.. kena lalui.. walau patah riuk pun hati saat tu .. :)

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

pengalaman atau segala masalah untuk kita lalui dan harungi tuk jadi penguat semangat dan pengajaran tuk masa hadapan...tapi terkadang melalui tulisan pun kita tahu tahap pengalaman seseorang ( merujuk kepada diri sendiri yg masih tak berapa berpengalaman..)

mariah said...[Reply to comment]

@Fadzli Amir : tapi kalau dah boleh buat blog tu, Insyaallah, nampaknya enta seorang yang berpengalaman..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...