Thursday, December 30, 2010

..::Jangan Tambah Bonggol Unta::..

"semua pandang sini,ada org nak snap!!"



 Assalamualaikum..
Kenapa tiba2 saya buat post ttg unta ni? Bagi yang sudah maklum, Alhamdulillah..
Tapi..... bagaimana dengan ukhti2 yang belum mengetahui? Ada apa pula kaitannya dengan perempuan??

Umum telah mengetahui tentang fesyen bertudung kini.. yang macam di bawah ni >>>>

ini masih xnampak lagi bonggolnye..

emm...





cukupla 2 contoh saja ye.. :)
Jadi...apa kaitannya dengan post kali ni "bonggol unta"~~~



Mari kita siasat ye... 
Hadith Riwayat Muslim. Hadith No. 212.

<<<Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia.. Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan seperti melenggok-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini..>>>

Hadith Riwayat Ahmad, Jilid 2, m/s 223.

<<<akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan masjid. wanita-wanita mereka (isteri/ anak perempuan), berpakaian tetapi seperti telanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul/ tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita yang terlaknat.>>>

Astaghfirullah..saya sendiri takut kerana kini hampir sudah 99% wanita yang bertudung begini.. malah ada yang mahu meninggikan lagi bonggolnya...





Percaya tak sampai ada yang pakai rambut palsu untuk tinggikan bonggol dan ada pula yang lagi 'bagus' dengan menambahkan sponge???
I'm spongedung....


ye.. begitu sekali penangan hebat fesyen tudung kini... 
Namun, bagi kita yang sudah tahu..
Jangan buat-buat tak tahu..

Bukan tak boleh berfesyen..
Tapi kita sudah sedia maklum etika yang sebenarnya..
Jangan kata "itu x boleh, ini xboleh, xpayah pakai senang citer".......

Islam itu Syumul..
setiap permasalahan ada jawapannya..

Kita tetap cantik di mata ALLAH tanpa perlu mengikut arus fesyen yang melampau..
Biarlah...
Biar orang kata kita tidak ikut arus moden..
Orang2 tu semua tak akan tolong kita untuk jawab di Akhirat nanti..

Cukupla..
cukup sekadar kita besederhana dalam berfesyen..

Tinggalkan dan mari kita sama2 sampaikan pesan ini...
Kepada saudari2 kita yang masih belum tahu..


boleh lawan ke bonggol saya hah? ...


ye, sayala Unta yg diorang cakapkan tu...hehe

Bonggolku bonggolmu jua~~~






Semoga saya, anda semua mendapat manfaat pada entri kali ini...
p/s: masih mencari kekuatan untuk tegur secara direct pada org yg dekat dgn saya........insyaallah

SKETSA :




NAK KONGSI LAGI NI.....

BERMUHASABAHLAH KITA...








Wednesday, December 29, 2010

Jangan Kau Kahwini....

WANITA ANANAH
wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit
http://www.emocutez.com

WANITA MANANAH
wanita yang suka mengungkit terhadap suaminya. sering menyatakan "aku membuat ini keranamu"

WANITA HANANAH
wanita yang menyatakan kasih sayang pada suami yang lain, yang dikahwini sebelum ini, atau pada anaknya dari suami yang lain.

WANITA HADAQAH
wanita yang melemparkan pandangan dan mata pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

WANITA BARAQAH
wanita yang sepanjang hari mengilat dan menghias muka serta yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian atau diasingkan bahagiannya.

WANITA SHADAQAH
wanita yang banyak bercakap tentang perkara lagha dan membisingkan.



petikan dari "Bujang Susah">>>syukran from ana..




Tuesday, December 28, 2010

Dosa Berkuasa>>>




Jangan kita lari..
Dari membetulkan kembali..
Hati yang telah mati..

Allah ada sentiasa..
Mendengar tanpa kita pinta..
Bisikan dalam hatimu itu..
Tiada siapa yang mengerti melainkanNYA..

Jangan takut untuk berubah dan mengubah..
Dosa semalam jadikan sejarah dan pengajaran..
Dosa itu tetap dibelakang..
Tidak seiring dengan harimu kini..
Maka menapaklah dengan yakin..

Seru dirimu..
Seru insan disekelilingmu..
Jangan biarkan dosa menguasai..


Monday, December 27, 2010

Kenapa perlu Bertudung>>>

santaisini.blogspot.com


.....Kerana untuk memelihara diri.....

kita..
wanita..
telah diamanahkan..
menutup aurat sesempurna mungkin..
kerana itu adalah Perintah..

Pesanan saya..
jangan pula mempermainkan amanah ini..
sekadar menyarung sahaja..
namun tidak mengikut syariat yang betul..
masih belum dikatakan sempurna..
atas, bawah, kiri, kanan..
bonjol sana..
terdedah sini..
masih belum cukup..
masih menghimpun dosa..

Jangan jadi hamba pada fesyen..
cukuplah dengan besederhana..
cukuplah.....

Putuskan Keputusan>>>

salam.. Bismillah.. Bersyukur masih ada masa untuk coret2 dekat blog ni..
Entri kali ini tidaklah berat mana seperti yang sebelumnya, hanya mahu berkongsi apa yang saya lalui untuk 2,3 hari ni.. 
ya, saya sudah putuskan untuk membuat keputusan..
Kenapa??
sebelum ni saya mengaku sangat susah nak buat apa2 keputusan pun sebab terlau memikirkan kepentingan orang lain sampai diri saya yang STRESS.. :) 
bila stress, saya akan lemah semangat sangat, dan waktu itu, saya hanya berseorangan..orang yang berkepentingan bagi saya tu, tak pentingkan saya pun..
<<Hanya Allah yang sentiasa ada>>

jadi,
saya fikir,
sampai bila saya perlu untuk fikirkan orang lain,.
sedangkan keputusan yang harus saya buat akan memberi kebaikan pada kita sendiri..
bukanlah bermaksud nak PENTINGKAN DIRI,
tapi seandainya keputusan yang diambil,
kelak akan terlihat kesannya,
dan kebaikannya pada semua walau sekarang belum jelas lagi,
maka putuskan saja keputusan itu dan bertawakal pada ALLAH,
supaya hati mereka semua mudah untuk terima keputusan itu..

jangan terlalu fikirkan tentang perasaan orang sekeliling,
kerana kelak bila kita jatuh,
hanya Allah yang berada dekat dengan kita,
Yang Mengetahui..

tapi ingat, bukan bermaksud perlu pentingkan diri sendiri..
tapi membuat keputusan yang harus dibuat..

andai kita belum menguasai diri sendiri,
janganlah berharap untuk memberi kebaikan pada insan sekeliling..
semuanya bermula dari diri sendiri..
andai sedih, mengadu pada Allah dan teruskan perjalanan..

Yang memberi kekuatan dalam hati, hanya Allah...

Thursday, December 23, 2010

Malasnyee nak solat~

Shaz123 dari hubpages.com.

Shaz123 dari hubpages.com.

Shaz123 dari hubpages.com.

Shaz123 dari hubpages.com.

Shaz123 dari hubpages.com.

Shaz123 dari hubpages.com.






Masih Malas Solat Dan Nak Kumpul Alasan Sebakul lagi ke??http://www.emocutez.com


Gambar dari Al-Habib.info

Wednesday, December 22, 2010

Menangis lagi......

Setiap kali sujudku padaMU....
Pengaduanku..taubatku..seiring airmataku..
Mengalir menjadi saksi diri yang penuh dosa..
Setiap saat hidupku..
Aku bermohon agar tabahku, tenangku sentiasa dibawah perlindunganMU semata Ya Allah..
Susahnya walau payahnya..
Tetapkan hatiku..

Ya Allah....tabahkan daku

Tuesday, December 21, 2010

Saya tak suka!!

Saya tak suka bila orang tidak berbahasa dgn lembut!! sebaliknya mungkin cara saya berckp telah menyebabkan dia hilang kawalan.

Saya tak suka bila ditipu!! sebaliknya mungkin dia terdesak kerana mahu menjaga hati saya..

saya tak suka bila kena ulang perkara yang sama!! sebaliknya mungkin cara penyampaian saya kurang berkesan..

saya tak suka bila orang menjawab tatkala saya tengah marah!! sebaliknya mungkin saya salah faham dan dia nak perbetulkan..

saya tak suka bila diketepikan!! sebaliknya mungkin sikap saya yang sebelumnya yang tidak menjaga hatinya..

saya tak suka bila orang buat muka!! sebaliknya mungkin cara saya tegur tidak sesuai dengan kehendak hatinya.

saya tak suka bila orang yang sama buat silap yang sama!! sebaliknya mungkin dia terlalu berhati-hati supaya saya tak marah.

saya tak suka orang yang penuh alasan bila minta buat kerja!! sebaliknya saya mungkin perlu bersama-sama dengannya membuat kerja itu..


glitter-graphics.com

>>>>kata-kata ini adalah sebahagian dari kehidupan kita yang bila saja amarah datang, maka dengan cepat kita menunding jari pada yang membuat kesilapan tanpa kita sedar salah itu mungkin datang dari kita.

>>>>MUHASABAH adalah kuncinya. Sekurangnya kita perlu meletakkan 70 alasan kenapa orang membuat kesilapan pada kita sebelum kita marah dengan melulu..(agaknya memang tak sempat marah kan? >< )

p/s : mendidik hati itu perlu untuk setiap saat..Lidah yang keji lebih hanya memberikan kesan buruk kepada pelakunya daripada yang diterima oleh mangsanya~~

Wallahu'alam

Monday, December 20, 2010

Memotivasi Iman..

salam.. Bismillah..
Pagi ni saya menghadap PC dengan tujuan agar dapat menaip sesuatu yang dapat memberi kesan pada diri saya khususnya.. ya,diri saya yang sekarang ni sedang mencari kebenaran.. kebenaran disebalik keperitan..keperitan yang dicipta sendiri.. :)

Tatkala jari rancak menaip, hati pula sedang berkata sendirian,mencipta isi untuk entri kali ni, agar tidak 0..

"Berhentilah dari merenung dosa, tetapi renunglah sifat yang baik sebagai penggatinya''

''Sesungguhnya kebahagiaan itu dalam diri anda, kerana itu sudah seharusnya anda mengerahkan jerih-perih untuk memperbaiki diri sendiri''

''persiapkan diri anda untuk menghadapi hal2 yang paling buruk, maka akibatnya nanti anda akn selalu merasa baik''

''jangan sedih terhadap pekerjaan yang belum dapat anda selesaikan. ketahuilah bahawa pekerjaan orang2 yang besar itu tiada habis-habisnya''

''berbahagialah sekarang, bukan esok hari!''

''jika anda melakukan pelbagai kekeliruan pada masa lalu, jadikanlah hal itu sebagai pelajaran, kemudian jangan anda ulangi lagi sesudah mengambil pelajaran darinya''

''Hadapilah kenyataan yang tidak ada jalan keluar darinya. anda kelak akan menjumpai di dunia ini hal2 yang anda tidak mampu mengubahnya, tetapi hanya mampu berinteraksi dengannya dengan berbekal kesabaran dan iman''


Semua kata-kata di atas saya peroleh dari sebuah buku kegemaran saya berjudul 'Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia' hasil karangan dari Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni..

Tapi, kenapa penulisan saya kali ni disusuli pula dengan kata2 yang boleh diterjemah yang saya berada dalam situasi bersedih ye?? Rasanya tidak salah untuk kita sentiasa berada dalam keadaan sedih yang bukan melampau dan tidak bermaksud .. Bagi saya, diri ini bersedih bila tidak mampu beri yang terbaik pada sekeliling malah inginkan pula kebahagiaan dari orang lain.. Rasa telah membuang masa.. Adilkah untuk saya sebagai Hamba cuma, inginkan pemberian dari orang lain sedangkan hamba itu tidak pantas memperkatakan tentang hak, kerana kehambaan itu hanyalah pada tanggungjawab, memberi dan berperanan..(kata-kata yang dipetik dari Ustaz kegemaran, Us. Hasrizal Jamil)

Bahagia akan muncul bila saja perit itu hilang..
Hasil itu akan datang bila saja usaha sudah menyeru..
Kemanisan doa akan terasa bilamana matlamat sudah tepat..
Tawakkal akan menjadi pendorong,penguat semangat, andai sudah bertemu Perancang Sebenar.. Allahurabbi..

saya, anda semua pasti pernah merasa satu saat seolah buntu dengan masalah yang kerap berulang..kerap bertandang.. namun,kita umat islam,umat yang bertuah.. Kerana kita punya iman yang mendorong kita untuk mencari penyelesaian, untuk mendapat ketenangan iaitu mendekatkan diri pada Allah. Memohon..Bersujud..Bertaubat..Menangisi dosa..mengaku dosa.. Bila kita sentiasa mengingati Allah, malah Allah lebih dari itu.. Yakinlah!

Sesungguhnya penyesalan yang berlarutan terhadap kegagalan masa lalu dan tangisan atas perderitaan dan kekalahan, merupakan salah satu fenomena kekufuran dan marah tehadap taqdirNYA..

''.....dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.'' (Al-Baqarah:155)

~akan terus memotivasi imanku...Allahuakbar!

Friday, December 17, 2010

Ukhuwah yang Berbuah...



Assalamualaikum w.b.k

Sebuah senyuman untuk semua sahabat yang membaca entri kali ini..
Senyuman yang beriringan dengan doa agar kalian semua diberi keberkatan untuk setiap yang dilakukan..aminn.

Ukhuwah yang berbuah.. Muqaddimah yang jelas maksudnya untuk saya adaptasikan perhubungan persahabatan yang kita jalinkan melalui blog ini khususnya.

Iye, ukhuwah antara kita akan berbuah secara kiasannya, yg mana siratannya bermaksud akan terus terjalin persahabatan ini andainya kita bersahabat kerana Allah.. Kerana kita ingin berkongsi ilmu.. Kerana kita ingin membawa hati-hati ini ke jalan yang benar.. maka ukhuwah ini tidak sia-sia.. umpama sepohon pokok yang terus dibajai,disirami dan ianya akan berterusan mngeluarkan buah-buah yang boleh diberi pula pada yang lainnya.. maka makin ramai yang akan merasai kemanisan buah tersebut..

Saya bersyukur kepada Ya Rabbi yang memberi peluang untuk menjalinkan ukhuwah di dalam alam maya ini tanpa menyalahgunakan ia..

Syukran jazilan kepada yang follow..


 Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:67)

Thursday, December 16, 2010

Hari ini Khamis ..

Assalamualaikum..
Bismillah, Segala puji-pujian ke atas Allah yang telah memberi izin untuk diri ini merasa hari Khamis ini. Masih diberi peluang untuk melihat wajah umi baba, berbual sesama kami.

Masih juga dapat meraikan 10 Muharram, yakni hari Asyura ini. Untuk hirini, kepala sy pening sangat. berat sehingga kadang-kadang tak dapat nak buka mata. Mungkin saya terlalu banyak meletakkan hal-hal yang seolah penting dalam kepala saya untuk diselesaikan. Sedangkan peranan belum pun sebesar peranan para Nabi kita terdahulu.

Disebalik pening-pening, saya sabarkan diri supaya hilang sedikit lelah akal yang berserabut dek hal yang bersangkut-paut. Apa yang buat saya terfikir adalah, kenapa saya perlu mengeluh dengan semua masalah ini dimana hakikatnya merupakan ujian dari Allah?

Besar sangat ke 'masalah' saya sampai saya perlu berlapar ke? sampai saya perlu kutip tin-tin yang orang buang untuk mencari duit bagi alas perut? sampai saya perlu selongkar tong sampah untuk cari bahan yang boleh kitar semula? begitu sekali ke masalah saya?

Allah Maha Penyayang dan Adil pada hambaNYA. setiap ujian yang diberikan selaras dengan kemampuan hambaNYA. seiring dengan situasi hambaNYA. seiring dengan perjalanan kehidupan hambaNYA.

jadi, x mungkin ini adalah masalah sehingga saya perlu termenung dan terus tahan sakit ni. Allah sediakan apa yang berlaku pada saya hari ini adalah untuk saya lebih bijak berfikir, lebih bijak mengatur sesuatu. maka, saya dah jumpa penyelesaian untuk 'masalah' saya pada hari khamis ini..

Bila kita sedang berfikir sesuatu, sentiasa kaitkan hubungan kita dengan Allah, jangan sesekali lupakan Allah, kelak kita akan rugi, kelak kita akan benar-benar hilang arah tuju. seperti senikata Maher Zain..
Turn To Allah, He Never Far Away... Masyaallah, bersyukur hamba masih diberi petunjuk kali ini...Alhamdulillah..

Monday, December 13, 2010

Pesanan Adam

Bismillah.. Assalamualaikum semua.. (even mase ni belum pun ada follower..hehe)

post untuk waktu ni 13/12/10 berkaitan dgn pembacaan sy yg xsengaja membaca buku yg dah pun dibaca sebelum ni (ayat fenin~) .. dan di dalam buku tersebut ada tertulis sebuah pesanan Suami untuk permaisuri hatinya.. knp pula sy tiba2 nak share ttg ni? yela, hal rumahtangga bukan hanya untuk mereka yg dah berumahtangga, ianya perlu diambil kira lagi2 bagi mereka yg bakal menjadi raja sehari nanti (me? bila ye? hehe). secara serius, sy memang sgt AMBIL BERAT ttg ilmu berkaitan suami isteri.. jd, sy nak kongsi pesanan suami yg mungkin boleh(atau perlu/harus...) diambil kira oleh kaum hawa tidak kira apapun status kita  ok..kerana kita sebagai manusia yang mahu memantapkan iman perlu untuk sentiasa diberi PERINGATAN..

Maafkanlah kesalahanku,
Nescaya engkau kekalkan cintaku padamu,
Dan janganlah engkau bicara,
Saat kemarahanku sedang memuncak.
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku,
Seperti engkau memukul rebana,
Kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui,
Bagaimana sikap orang yang tidak terkendali.
Jangan engkau banyak mengeluh,
Kerana ia akan mengikis cinta,
Dan hatiku ini akan berubah menolakmu,
Kerana tabiat hati itu tidak tetap.

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini,
Bila berpadu dengan rasa benci,
Dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang..

itu sahaja.. mendalam dan penuh dengan makna andai kita sudi untuk memahami secara telus tanpa meletakkan sebarang alasan..  salam dari saya.. ~mariah

Friday, December 10, 2010

Hamba Cuma

Hakikat diri seiring dengan hakikat da'ie itu..
Hakikat da'ie yakni hakikat seorang Hamba..
Hamba yang bukan bertuankan manusia, tetapi berTuhankan Pencipta..

Sejak azali sudah diperkenalkan lagi,
Siapa Tuhan siapa bukan,
Yang mana Islam yang mana penghalang,
Yang mana pahala yang mana bencana,
Maka janji sudah terpateri untuk melangkah pada destinasi yang bukan destinasi..

Hakikat manusia itu mengambil peranan, kerana alasan..
Alasan zaman,
Alasan wahan,
Ujian dianggap masalah,
Masalah yang mengundang kalah,
Kalah pada nafsu..

Apabila destinasi yang bukan destinasi itu,
Dijadikan sebagai kayu ukur untuk menempa bahagia,
Seringkali tersungkur dan terus tersungkur,
Hingga hakikat manusia itu buntu..

"Aku punya harta tapi kenapa berduka?
"Aku ada rupa tapi kenapa dilupa?
"Aku ada segala tapi kenapa aku seolah tiada apa?
Persoalan yang terus menerjah yang mahukan hujah..

Ar-Rahim terus menunggu,
Menunggu si pengadu,
Menunggu si perayu..

Bukan imbalan emas dibalas emas,
Tetapi kembali pada hakikat Hamba cuma,
Kembali mengenali diri,
Mengenali potensi,
Lantas mengenali Rabbi..

Perjalanan duniawi tidak berjanji akan berbakti kelak pada destinasi,
Hanya diri yang menjadi saksi,
Andai sedar maka kembalilah,
Buangkan sifat pendosa yang sombong,
Rendahkan diri, buka hati, tetapkan jati,
Mengaku akan kesilapan lantas perbetulkan,
Mahmudah diambil kira, Mazmumah ditolak tanpa mengira,
Kembalilah,
Kembali mengenali Rabbi yang menanti...



                        ~mariah~

Thursday, December 9, 2010

Syabab Al - Islam

> Hati nurani yang bersih

>Akal yang cerdas/cergas

>Qudrah/ tenaga yang kuat

>Semangat yang membara

>Berani kerana kebenaran

>Tegar beriman dan beramal





Niat yang Ber'ujian'

Setiap perbuatan dengan niat``
semua sedia maklum tentang itu..
kerana ianya datang dari Sabda Baginda Rasulullah sendiri,
maka, mesti ada kepentingan yang mendalam..

Persoalan saya..
sejauh mana saya, anda semua memaknakan setiap niat kita?
memaknakan setiap niat supaya jasad akan bergerak dalam merealisasikannya..?

contohnya: saya nak jadi orang yang bersabar..
dan apa usahanya?
adakah ianya berterusan?
>tiba2 selepas 2 minit berniat,
adik kita buat perangai atau apa saja situasi yang membangkitkan kemarahan,
yang merupakan ujian pada kita,
kemana niat tadi?

Memaknakan niat kita itu
tidak kira dalam aspek apa pun
bermaksud ada kesan dan istiqamah pada niat itu,
dan jangan kita lupa,
Allah akan menguji kita untuk niat kita itu,
adakah benar atau sekadar niat yang akan tinggal niat..

selagi kita belum benar2 menguasai niat kita,
selagi itu kita akan terus diuji,

pujuklah diri bila terasa susah,
'Aku tahu Allah sedang menguji'

"Jangan salahkan soalan peperiksaan yang susah itu"
begitu juga jangan salahkan ujian yang Allah turunkan itu,
untuk kita jadikan alasan kenapa kita tidak berjaya dalam memaknakan niat,
ajukan persoalan ini,
dan jawablah sendiri,
kerana jawapannya akan membawa kita kepada tahap keimanan kita..

wallahu'alam..

Wednesday, December 8, 2010

Lembaran Baru

Muharam
Satu Pembuktian pada penghijrahan

Sejauh mana kita memaknakannya?
Bagi saya, ianya seolah satu lembaran baru,
Seolah saya diberi peluang lagi untuk merubah

Di saat menunggu untuk membaca doa akhir tahun,
saat itu, saya terkenang semula semua dosa-dosa,
dan semua kesilapan serta kelemahan menerjah ke ingatan,
hanya mampu untuk mengucap istighfar berulang kali.

Namun,
setelah membaca doa awal tahun pula,
berlainan sangat perasaannya,
macam saya kata tadi, seolah membuka lembaran baru,
semangat baru,
peluang yang baru,
Alhamdulillah, masih diri ini diberi ingatan olehNYA..

Justeru,
Langkah harus bermula,
untuk mencari kembali yang hilang,
mengisi semula yang kosong,
menjalin semula yang terputus,
Yang penting, Lembaran Baru itu harus terisi!!

Friday, December 3, 2010

Sebuah Permulaan..

assalamualaikum w.b.k.

Sebuah Permulaan,
Bagi seorang HambaNYA,
Memulakan perjalanan untuk memaknakan pemberian..

Saya bukanlah sesiapa untuk memberi sesuatu yang bernilai,
Namun mengharapkan sesuatu dari blog ini, agar kesannya pada penulisan saya dapat memberi sesuatu pada yang mengikuti,
Juga untuk tarbiah diri ini semestinya.

Salam Permulaan..
Salam Ukhuwah..
Salam Dakwah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...