Friday, July 8, 2011

Langkah Harus dimulakan!!

Berpagi-pagi kedengaran suara DJ radio yang mengulas berita yang berlaku, dan telinga menangkap satu berita yang biasa didengari tapi tidak bisa untuk dilupakan :)

Seorang suri rumah yang menolong 2 orang lelaki yang bertanya jalan rumah mungkin, tiba-tiba rantai emas dileher yang diragutnya, sambil pisau diacu.. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku kerana suri rumah itu 'degil' untuk terus menjerit..

Semalam pula, satu muka surat akhbar tempatan berkisarkan tentang berita anak gadis yang mati dibunuh dan dibakar..

Sebelumnya pula, menceritakan tentang seorang isteri yang telah diselamatkan anak-anaknya dari terus menjadi mangsa deraan seksual suami dengan melaporkan pada pihak polis..
Bayangkan perasaan anak-anaknya..bertahun di dalam rumah, melihat sendiri ibunya dibelasah... Astaghfirullah..

Lain pula dijalanan, didepan mata kepala akal sendiri.. disajikan dengan budaya anak muda yang nak lari dari kecelaruan di rumah.. Kawanlah penenang, kawanlah pendengar yang baik, lagu-lagu yang memang akal tak dapat tafsirkan lirik dan maksudnya, tetapi itu yang menjadi santapan telinga mereka dek kerana kebuntuan pada masalah di rumah mungkin..

Melihat mereka, bagaikan melihat adik sendiri, tiada kebencian malah kasihan pada mereka..kasihan pada hati kecil mereka yang seringkali berbisik yang kita tidak dapat faham.. Subang bertindik di telinga, mungkin meluahkan rasa kurang didengari suara mereka oleh ibubapa.. balik rumah mungkin subang itu dah tak dipakai.. Muka yang menggambarkan kemurungan, seolah memperlihatkan hati mereka yang menjerit memanggil amanah dari ibubapa..

Komunikasi yang tidak lancar antara anak muda dengan para ibubapa sangatlah memberi impak kepada satu saat pun kehidupan anak muda.. Ye, betul, apabila ibubapa sibuk kerana mencari duit untuk memenuhi tuntutan dunia yang dimanipulasi material ini, kerana itulah amanah mendidik dan duduk bersama anak-anak untuk memeluk mereka dan mendengar kata hati mereka, AMAT KURANG dan mungkin menjadi satu perkara yang janggal.. amat janggal..

Susah dan amat sederhana tetapi penuh kasih sayang, ibubapa dapat sendiri hantar dan ambil anak-anak, dapat makan bersama, dapat bertentang mata, salah faham antara ibubapa 'disembunyikan' hanya antara mereka, ibu hormat ayah, ayah perihatin tentang ibu, tiada kata-kata kasar, tiada mencela sikap masing-masing, itulah Baiti jannanti..

Itulah mungkin bisikan hati kecil yang dilindungi egois dalam diri anak-anak muda yang tidak rela sebenarnya memilih untuk melepak bersama kawan-kawan.... yang tidak membenarkan mungkin diri mereka melawan ibubapa, atau lewat pagi baru balik dari rumah..

Tetapi, kerana kebuntuan dan tiada perubahan dari yang lebih senior, maka terus membisu dan memberontak di luar rumah, atau memperlihatkan kebolehan di luar rumah, atau dikagumi di luar rumah, atau mungkin mereka baru sedar mereka ada kebolehan itupun lepas kawan-kawan atau cikgu menghargai, tetapi bila pulang ke rumah, mungkin kembali senyap, dan terus 'sudi' menerima kritikan..

"kamu ni, apa nak jadi ni....."

............................................

Dari corong radio, akal berputar memaksa mata hati melihat keadaan sekeliling, membawa diri termenung seketika... langkah harus dimulakan!!

Syukran sudi baca ye..

2 Kata Kita:

Miss Dependent said...[Reply to comment]

sebenarnya, semua masalah sosial mahupun ekonomi dapat diatasi jika undang2 islam dilaksanakan oleh negara ini. pemerintah mesti gerak dulu.

Mariah Binti Abd Rahim said...[Reply to comment]

@Miss Dependentsalam.. sy bersetuju.. jika dilihat kembali pada pemimpin, maka kita perlu cari inisiatif sendiri :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...