Sejauh mana kita tahu kelemahan kita? Sedalam mana kita kenal karakter kita bila berada dalam situasi tertentu?
Adakah kita ini tergolong dalam 'kurang keyakinan diri' ? Bagaimana pula kita nak tahu kita ni 'kurang keyakinan' ?
1. Adakah kita ini - selalu memberi 'laluan' pada orang lain sehingga kita tahan perasaan kita ?
- Terlalu mengharapkan pada orang sehingga jika orang itu marah, turut beri kesan pada diri kita?
- Tidak boleh terima nasihat orang, bila orang mula kritik kita, dengan mudah kita melawan semula 'eh, mana ada aku macam tu'...
- Tidak dapat untuk pertahankan pendirian walaupun kita benar.. *tapi tak bermaksud suruh berdebat ye* ^_^
- 'emm, yela, aku ni memang jenis cuai'.. selalu berfikiran negatif dan mudah pengaruh dengan kritikan orang tapi tak mahu nak ubah perangai..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau kita ni tak dapat kenal kelemahan diri sendiri, jangan cuba untuk nilai kelemahan orang lain..
Apabila kita tahu satu kelemahan kita, cuba untuk terima hakikat memang inilah diri kita.. Mengetahui kelemahan boleh diambil kira dari segi pengulangan kritikan yang diterima oleh orang yang selalu berdamping dengan kita *mak, ayah, beradik, kawan2 yang dah lama kenal*...
>>> Jangan pula cepat terpengaruh dengan kritikan orang yang baru kita kenal.. *kau ni sengal juga eh* kalau kata-kata ni keluar dari kawan yang baru kenal selama 2jam 45saat, janganlah pula kita terus down.. ^_^ ..
Berbalik pula pada topik di atas, lebih mudah untuk kita berhadapan dengan lebih yakin, kalau kita dapat terima sesuatu kekurangan kita malahan dapat pula mengeksploitasi kelemahan itu *haah, aku ni memang lambat sikit nak faham, hehe*... Tapi taklah bermaksud kita merendahkan diri sehingga membiarkan orang pijak kepala 0_o'
Apabila kita sudah kenal siapa kita dan dapat terima kekurangan diri, bukan ke lebih mudah kita menerima kelemahan orang lain dan takkan mudah mengutuk orang .. dan takkan mudah mewujudkan 'jamuan makan daging manusia'..
Itu sebab, Islam menyuruh kita BERMUHASABAH selalu..
Kesannya, kita akan terhindar dari bersangka buruk, menambah aura negatif, mengecilkan akal, merosakkan hati, bermasam muka, merendahkan orang lain, marah, dan lain lain nye..
Assalamualaikum.. *maaf kalau penulisan tidak berapa sistematik* huhu
0 Kata Kita:
Post a Comment