"Kenapa tak boleh On pula phone ni...?!"
Rupanya phone Sony saya dah rosak.
Dalam keadaan tengah menunggu panggilan dari syarikat yang saya mohon kerja ni,
phone sangat diperlukan..
..................................................................................................
Setelah disabarkan hati ini,
maka redha mengambil tempat di atas ujian ini,
"pasti ada hikmah!"
Sabar mariah....
...................................................................
"Kita terlalu sombong"
Sedikit kata-kata dari Ustaz yang hadir sebagai tetamu jemputan di IKIM.FM.
Kita masing-masing pernah berhadapan dengan mereka yang meminta sumbangan dan derma di kedai-kedai makan atau di mana sahaja.
Dan waktu itu, kita punya feedback yang berlainan.
Ada yang memberi sumbangan supaya tidak diganggu lagi oleh yang meminta sumbangan itu,
maka kita tidak akan diganggu lah oleh orang itu.
Ada yang memberi supaya mendapat pahala,
itu ganjaran dari Allah semata.
Ada pula yang mengherdik,
apa pun sifat yang ini tidak elok ye... (NO)
Tetapi tidakkah kita tahu tentang sesuatu disebalik semua itu??
Memasang niat untuk kebaikan diri sebelum menghulurkan derma atau sedekah??
Apa lagi selain kita mengharapkan pahala??
.........................................................................................
"Ya Allah, semoga sahaja mudah untuk diri ini mencari penyelesaian untuk phone yang rosak,
semoga hari ini baik-baik untuk diriku,
semoga sahaja hari ini diri ini proaktif, aktif"
Kemudian hulurkan derma atau sedekah kepada siapa-siapa pun,
adik kita ke,
mak kita ke,
masjid ke,
ke ke ke... :)
Dengan itu, kita telah meminta pada Allah SWT,
amiin...
Satu-satunya pengaduan yang dapat menenangkan kembali hati ini..
Satu-satunya pengaduan yang dapat menenangkan kembali hati ini..
Sedikit perkongsian di pagi hari selasa ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
kredit : Syukran UL kerana menjawab soalan saya...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
kredit : Syukran UL kerana menjawab soalan saya...
menginsafi dan memperbaiki diri ini...
10 Kata Kita:
Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya...cuma kita je yang sepatutnya menerima dengan hati yang tenang....
Fadzli Amir - betul..setuju..sebab kalau asyik mengeluh, kita takkan dapat rasa nikmat redha itu.. xkan dpt tahu mcmne erti sabar itu.
syukran to komen.
Saidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
" Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Suhaib ra, Rasulullah saw telah bersabda:
"Pelik sekali keadaan orang yang beriman; semua urusannya baik, tidak berlaku sedemikian itu kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat mereka akan bersyukur, maka syukur itu baik bagi mereka, jika ditimpa kesusahan pula, mereka bersabar, maka sabar itu baik bagi mereka."
[Hadis riwayat Muslim: 2999]
Bersyukur dalam keadaan menanti hikmah di sebalik apa yang berlaku. Insya-Allah, itulah mu'min.
Kalau bab sedekah tu, ana nak cakap, kalau setakat nak derma sikit tu tak habis punyalah duit kita. Pernah tengok orang yg suka menderma menjadi miskin?? Kalau dia nak tipu kita tu urusan mereka dgn Allah. Kalau peminta sedekah datang, anggaplah itu adalah bonus segera buat kita..WALLAHUA'LAM
Muhammad Iqbal - alhamdulillah dengan ilmu yang dikongsi.. betul mmg xkn habis duit kita..ttp knp masih ada yg sukar nk kluarkan duit malah mencemuh lagi mereka yg dtg memohon bantuan tu.. tidak baik..
kalau tak nak beri sedekah, sekurangnya sedekahkan senyuman.bukan herdikan/cacian.
storyfromme - betul.. setuju.. itu lah sedekah yg paling senang, jika tak nak beri duit pun, kita beri senyuman dan cakap dgn elok, jd yg meminta taklah rasa kecil hati.. :). syukran to komen.
assalammulaikum mariah...
sedekah ni memang berat bagi sstgah2 orang..kadang2 tu fikir sampai beribu kali...nak bagi ke tak..senyum pun susah..
*mariah, if nak bljar buat quilling tu..jika tak de alat tu, mariah boleh cuba pergi kat blog kak lin handmade greeting cards...{ada kat bloglist zu} dia ada ajar cara buat tool nak quill kertas dari buluh satey...zu pun mula-mula belajar dari sis lin la...dia lagi pro...zu ni beginner je..
New Entry
"BUKIT BENDERA BELUM DI BUKA"
cntek header awak
zuneta - syukran kak komen sini. betul,mcmnepau kita jgn sesekali memperlekeh mereka yg dtg meminta bantuan..sesekali jgn kan kak.
untuk quilling tu, syukran juga sbb akak sudi kongsi info :).. sgt suka hasil quill akak..
zaza - syukran ya ukhti.. marilah termenung sama a.k.a muhasabah :)
Post a Comment