Thursday, August 25, 2011

... mewujudkan hati yang jujur berpositif ...

Anda ambil berat tak dengan kata-kata 'motivator terbaik adalah diri sendiri' ?

Sejauh mana kita tahu kelemahan kita? Sedalam mana kita kenal karakter kita bila berada dalam situasi tertentu?

Adakah kita ini tergolong dalam 'kurang keyakinan diri' ? Bagaimana pula kita nak tahu kita ni 'kurang keyakinan' ?

1. Adakah kita ini - selalu memberi 'laluan' pada orang lain sehingga kita tahan perasaan kita ?

- Terlalu mengharapkan pada orang sehingga jika orang itu marah, turut beri kesan pada diri kita?

- Tidak boleh terima nasihat orang, bila orang mula kritik kita, dengan mudah kita melawan semula 'eh, mana ada aku macam tu'...

- Tidak dapat untuk pertahankan pendirian walaupun kita benar.. *tapi tak bermaksud suruh berdebat ye*   ^_^

- 'emm, yela, aku ni memang jenis cuai'.. selalu berfikiran negatif dan mudah pengaruh dengan kritikan orang tapi tak mahu nak ubah perangai..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau kita ni tak dapat kenal kelemahan diri sendiri, jangan cuba untuk nilai kelemahan orang lain..

Apabila kita tahu satu kelemahan kita, cuba untuk terima hakikat memang inilah diri kita.. Mengetahui kelemahan boleh diambil kira dari segi pengulangan kritikan yang diterima oleh orang yang selalu berdamping dengan kita *mak, ayah, beradik, kawan2 yang dah lama kenal*...

>>> Jangan pula cepat terpengaruh dengan kritikan orang yang baru kita kenal.. *kau ni sengal juga eh* kalau kata-kata ni keluar dari kawan yang baru kenal selama 2jam 45saat, janganlah pula kita terus down.. ^_^ ..

Berbalik pula pada topik di atas, lebih mudah untuk kita berhadapan dengan lebih yakin, kalau kita dapat terima sesuatu kekurangan kita malahan dapat pula mengeksploitasi kelemahan itu *haah, aku ni memang lambat sikit nak faham, hehe*... Tapi taklah bermaksud kita merendahkan diri sehingga membiarkan orang pijak kepala  0_o'

Apabila kita sudah kenal siapa kita dan dapat terima kekurangan diri, bukan ke lebih mudah kita menerima kelemahan orang lain dan takkan mudah mengutuk orang .. dan takkan mudah mewujudkan 'jamuan makan daging manusia'..

Itu sebab, Islam menyuruh kita BERMUHASABAH selalu..

Kesannya, kita akan terhindar dari bersangka buruk, menambah aura negatif, mengecilkan akal, merosakkan hati, bermasam muka, merendahkan orang lain, marah, dan lain lain nye..

Assalamualaikum.. *maaf kalau penulisan tidak berapa sistematik* huhu

Wednesday, August 24, 2011

Bersatu Kita..


Teruskan langkah kita..
walau dipandang ketinggalan..

Kuatkan hati pabila sedang melawan arus..

Banyakkan doa..
Semoga Kita semua dilindungi Allah..
di mana sahaja kaki kita melangkah..


Tuesday, August 23, 2011

Ini Bahagian Saya!!

Pernah tak anda mengalami situasi yang teramat marah?
Sama ada marah yang mencabar kemarahan, atau marah yang apabila sesuatu tidak sempurna..
Kita kerja, masing2 ada time frame kan.. atau deadline la.. dan dalam nak maintain kan perjalanan mengikut time frame tu, TAK MUNGKIN perjalanan itu smooth yang disangka  atau yang telah dirangka dalam time frame..
PASTI, ada sesuatu masalah yang berlaku WALAUPUN masalah itu kita dah cuba tangani, mungkin juga masalah itu datangnya dari pihak lain.. biasalah kan..
Tambah berdebar lagi bila kita bukanlah BOSS, tetapi orang kecil sahaja yang PERLU siapkan tugasan mengikut time frame/ ARAHAN.. bila tak dapat sharp to deadline, makanya kita akan buka MEETING table..dan yang seronoknya masa meeting ini adalah anak-anak buah, yang tidak perlu menjawab apa-apa .. masa untuk bagi peluang pada bossy untuk jawab ‘kenapa tak dapat catch deadline’!!..hehe.. J (termasuk saya ni)..

******************** ironinya
Macam mana kita boleh jangka bahawa perjalanan seharian kita di muka bumi ini boleh smooth.. boleh ikut apa sahaja yang kita nak.. boleh berlaku seperti yang kita rancang..

Sedangkan..
Skop kerja yang kecil itu pun sudah pelbagai masalah diantara starting date dengan deadline itu sendiri (itupun duration yang bukanlah bertahun-tahun)..
**********************
Dalam kita memulakan perjalanan seharian dan seterusnya,
Perlu ada perancangan, dan laluilah perancangan itu dengan MENJANGKAKAN bahawa akan ada UJIAN untuk setiap kita ini.. dan UJIAN tersebut TIDAK sama diantara kita.. kita punya bahagian masing-masing… DITEKANKAN, kita punya bahagian masing-masing..
MEMANG, bila melihat pada orang lain, mudah untuk kita mengeluh dan cemburu ..kadang-kadang kita taknak bertemu dengan orang tersebut hanya kerana cemburu.. itu REALITI..
CEMBURULAH.. tak mengapa.. asalkan jangan sampai kita tak boleh STEP FORWARD untuk terus menggapai bahagian kita pula walaupun lambat dari yang lain..
JADI, tak kisahlah dalam skop apa sekalipun, JANGANLAH kita mudah hemburkan marah, SABAR sangat-sangat ye.. kalau tak, lidah kita ini akan buat hati orang lain terluka yang takde ubatnya..
Katakan : INI BAHAGIAN SAYA!!

Monday, August 22, 2011

Contest Aku Berpuisi - Diri Penentu Destinasi



 

 
Ilmu itu ada di dada,
Namun seringkali disalah guna,
Sehingga nafsu yang menentu hala,
Akal berundur tanpa dibela..

Bila aku jatuh kerana kezaliman sendiri,
Sakit tatkala rasa berdosa amat tak terperi,
Bukan lagi manusia yang perlu dicari,
Tetapi Ya rabbi yang menanti,
Menanti Dia adalah menanti untuk mengampuni,
Tetapi hanya jika sendiri yang mengingini..
****************
Dunia hanya permainan,
Telahpun difirmankan Allah SWT di dalam AL-Quran,
Jika terus dicari maka makin banyak yang diinginkan,
Material, branded, loaded, itulah kepuasan,
Membazir, menjadi satu keharusan..
****************
Sama ada aku memilih untuk kembali pada Rabbi yang Maha Suci,
Atau kembali mengikuti rentak permainan duniawi,
Ianya terpulang pada pilihan diri,
Jangan dibiarkan satu saat nanti,
Teramat menyesali tika dihakimi Mahkamah ukhrawi..

Karya Asal Oleh :  Mariah Binti Abd Rahim
12:19 PM
22 Ramadhan 1432 H
Subang

>>>> Tag :



Saturday, August 13, 2011

Entri Berbagai..

Assalamualaikum..

Kepada semua muslimin muslimat yang kini sedang menjalani ibadat puasa.. semoga beristiqamah dalam menjalankan ibadat pada bulan seterusnya..

Mungkin kerana terlalu banyak yang hendak ditulis sehingga tak tertulis di dalam entri dimana idea hanya menerawang di dalam kepala.. dan hari ini, untuk tidak terus berhenti menulis hanya kerana banyak sanagt yang nak ditulis, maka entri kali ini pun diberi tajuk Entri Berbagai.. :)

Benarlah kata-kata yang pernah didengar suatu ketika, "apabila kita sudah banyak ilmu dan sudah banyak yang kita tahu, sebenarnya kita makin banyak tak tahu".. sebab itu jangan sesekali berpuas hati dengan ilmu yang kita ada..

Dimana saya nak mula? :)

1. Menghargai diri sendiri
- Idea ini timbul apabila saya tiba-tiba di usia 22 tahun ini, mendapat petunjuk tentang diri saya yang tidak menghargai diri sendiri..
- Saya terlalu memikirkan perasaan orang lain sehingga memaksa saya untuk selalu beralah dan membiarkan saya menyalahkan diri sendiri walhal saya tahu saya benar... saya terlalu ingin menggembirakan orang lan sehingga saya stress :)
- dan Alhamdulillah, Allah swt memberi petunjuk tentang cara menghargai diri sendiri dan kemudian itu akan memberi impak pada sekeliling.
- macammana? kalau kita tak mampu gembirakan diri sendiri, mustahil untuk kita menggembirakan orang lain, walaupun saya rasa dengan beralah itu dapat gembirakan hati orang, tapi itu hanya seketika, kemudian hati orang akan kembali 'lesu', dan sekali lagi saya beralah, kemudian ianya akan berterusan begitu tanpa ada penyelesaia.
- tetapi, suatu ketika, saya cuba cara baru, jika itu menggembirakan hati dan menyenangkan hati saya, maka saya buat dan teruskan tetapi tidak akan menafikan hak orang lain, saya akan terus tekan butang STOP seandainya fikiran mula berlegar memikirkan apa orang akan kata.. "ini adalah keputusan untuk kebaikan diri saya dan anda, jadi apa kata anda, idaklah memberi impak pada saya, semoga anda dirahmati"..bisik hati kecil tatkala nak tekan butang STOP tu..

Nak tahu tak sikap terlalu nak mengembirakan orang hanya kerana takut kehilangan adalah salah satu simptom LOW SELF-ESTEEM???

2. Saya rindukan ukhuwah fi sabilillah..
- Terkenang saat berkumpul dalam Usrah sewaktu belajar dahulu.. saat berbuka bersama di dalam dulang.. ye, ukhuwah ke jalan Allah swt itu amat teguh didalam hati, sehingga tidak pernah wujud kebencian, malah makin rindu dikejauhan ..
- kini, saya selusuri kehidupan yang memerlukan perhatian penuh saya dan memberhentikan seketika untuk memperjuangkan ukhuwah fi sabilillah.. maafkan ana wahai ukhti-ukhti semua yang mana anan tidak dapat meluangkan masa untuk keluar berjumpa.. Insyaallah ana yakin hasrat dan niat hati ini akan terlaksana kemudian hati...

3. Kita takkan mampu mengubah semuanya..
- Jika saya tidak gembira dengan sasuatu, saya belajar untuk berdiam daripada memberi pendapat, saya berdiam sama juga saya memilih untuk ubah sikap saya daripada saya mengharapkan perubahan dari orang lain..
- "boleh jadi apa yang kita tak suka itu adalah yang baik untuk kita"... terngiang Firman Allah swt saat diri saya tidak dapat terima sesuatu yang saya tidak suka..

Syukran pada yang sudi membaca entri bercampur baur ini :)

Kehidupan kita bukanlah semudah :
marah bila marah
sedih bila sedih
kecewa bila kecewa
kutuk bila tak suka
cela bila benci
buang bila tidak habis

namun kehidupan ini memerlukan IMAN sebagai sahabat setia seiring waktu berputar dan jasad yang diberi amanah untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian yang dapat ditafsir hikmahnya atau tidak..

Allah swt ,
PadaMU hati-hati kecil ini
yang lemah tidak berdaya ini
memohon sentiasa agar diberi kekuatan
dalam menyelusuri kehidupan duniawi yang hanya permainan cuma..

Tidaklah Engkau menciptakan kami untuk kami siakan dengan mudah..

LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...