Tuesday, April 19, 2011

Pandangan Hati, Tangan Berkata

Merasai ketenangan pada kita melakukan rutin harian, tidak cukup sekadar mampu menyelesaikan amanah di tempat kerja, tetapi mampu pada memberi kesenangan dan pertolongan pada sekeliling kita.

Suka untuk merasa susah dahulu, membuatkan kita lebih yakin pada kejayaan yang akan digapai esok hari. Apabila minda sudah set untuk melalui kesusahan, maka satu anggota badan InsyaAllah akan mudah untuk menghadapi liku-liku keperitan dahulu.

Beranggapan baik sentiasa, walaupun di'cop' lurus, itu lebih baik dari ada sedikit anggapan buruk yang akan menyebabkan kita menghukum sebelum waktunya. Manusia tidak selalunya buruk, di suatu sudut yang lain dia masih ada kemampuan. Maka, luaskan pandangan dan anggapan.

Bersabar tika tengah marah teramat sangat lebih baik dari kita mengeluarkan logik dan fakta yang akan hanya membangkitkan pergaduhan. Ketahuilah, fakta dan logik itu akan sendirinya keluar suatu ketika nanti.

Melihat setiap yang berlaku disekeliling, seperti baru-baru ini saya melihat pergaduhan sepasang manusia yang telahpun bercerai, mengeluarkan kata-kata hamun dan carut dihadapan anak-anak mereka, satu kawasan rumah kami dengar pertengkaran mereka itu... bagaimana agaknya rasa hati anak-anak mereka?? Semoga kita dijauhkan ..

Menghadkan membeli yang dikehendaki. Itu dah dikira membazir. Sedangkan pada pengambilan wuduk itu sendiri, ada pembaziran jika tidak menghadkan, apatah lagi pada pembelian barang yang kita suka semata.. melainkan suka tetapi barang itu kita nak hadiahkan pada orang lain..itu lebih baik.. :)

Senyum sentiasa, tidak bermasam muka dengan orang sekeliling, dengan orang bawahan, dengan mak cik yang tolong sapu ofis, nanti kita akan beri semangat pada mereka pula.. Alhamdulillah..sebarkan senyuman, sorok sedihmu, ALLAH yang berhak tahu kesedihan itu, disitu pengaduan kita.

Sentiasa motivasi diri pada setiap pagi..

Sentiasa muhasabah diri..

Sentiasa termenung setiapkali melihat atau melalui sesuatu, supaya kita dapat lihat disebalik tabir sesuatu kejadian itu...

Itu sahaja motivasi pagi saya untuk saya dan anda semua..

Terus memperbetul kesilapan diri dan terus Bersyukur..... Alhamdulillah..

2 Kata Kita:

CHE ROSSLI said...[Reply to comment]

lama menghilang.. busy ngn kerja ke. hehe.

mariah said...[Reply to comment]

@AL-QASSAM : Alhamdulillah..tidaklah sibuk mana. ana masih cuba memahami skop kerja baru ni. syukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...