Monday, February 28, 2011

"Jom Join Bloglist Blogger Baru!"

klik sini ye (right click)


Assalamualaikum..
 Kali ini, saya cuba juga meng'join'kan diri untuk promote blog saya yang kurang follower ni. :)
Usaha tangga kejayaan!

Jomlah sama-sama kita memeriahkan dan anda semua boleh klik sini.(right click)
Tapi, pastikan follower anda kurang dari 300 ye..
Dan sudah tentunya saya layak untuk join.. :)

...Wassalam...

Friday, February 25, 2011

kenangan semalam, menjadi peringatan!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..

...........................................................
Pagi tadi, waktu hantar baju adik dekat rumah Ustazah Lin (kawan ummi),
untuk hari Jumaat, memang adik tumpang rumah ustazah sebab tak sempat nak balik rumah, rumah ustazah tu pula dekat je dengan sekolah agama, jalan kaki je..

Dah lama ustazah Lin duduk situ,
sejak kami sekeluarga tinggal di kawasan itu juga..dan sekarang kami dah pindah, lagi jauh dari sekolah..huhu

Ceritanya,
pagi tadi, dah lepas hantar baju, lalu la depan rumah (tiba-tiba tak ingat nama pak cik ni),
yang mana dulu, waktu sekolah rendah, selalu lalu depan rumah dia,
jadi bila lalu tadi dan terserempak dengan pak cik ni,
dan saya hanya lemparkan senyuman,
ye,
dia tak akan ingat saya sebab dulu waktu kecik, comot sikit.. :)

Bila saya pandang wajah dia,
dah bertambah kedutan,
dan saya teringat yang isteri dia dah meninggal dunia... dalam 2 tahun lepas..

Waktu dulu, tahun 2000 macam tu,
saya selalu nampak mak cik (isteri pak cik tadi),
sebab kami berjiran kan..

Tapi, tiba-tiba datang tadi, 
baru teringat yang mak cik dah tak ada..
dah pergi..

Begitulah,
semalam kita jumpa,
hari ini dah tiada..
esok mungkin kita pula...

Anda mesti pernah lalui macam tu kan..

1) kita kenal orang ni, tapi dia tak cam kita, sebab kita membesar dan berubah sikit wajah..
padahal, dulu masa kecik, selalu main-main dengan orang tersebut.

2) baru semalam kita rasa kita jumpa, bersapa, berbual dengan orang ni, tiba-tiba dia dah dijemput Ilahi, dan kita masih bernyawa, tentunya keinsafan timbul bila ingat akan kematian..lagi-lagi orang yang kita kenal..

entah sempat atau tidak, saya meniti usia tua.......


Itulah serba sedikit tentang entri saya kali ini.. dua input yang masuk dalam akal untuk difikirkan..

esok lusa, mungkin kejadian yang sama berlaku pada saya,
mungkin saya yang tiada lagi, dan orang lain akan merasai ketiadaan saya..

dan saya berharap,
agar pemergian saya tidak dalam keadaan orang tidak memaafkan saya,
atau orang akan mengumpat keburukan saya..

Kita perlu selalu untuk tarbiah diri ini agar buat baik,
walau susah, sebab kita juga punya perasaan,
kadang-kadang marah,
jadi dekat situlah gunanya SABAR.

~WASSALAM~








Thursday, February 24, 2011

Tak Semudah Yang Disangka....

Bismillah... Assalamualaikum w.b.k.

Mengenal tanggungjawab itu, tidak seperti yang disangka kebiasaan..
Macam saya sendiri, mengenal tanggungjawab saya bukan melalui lisan ibubapa yang menerangkan,
tetapi pada harian kehidupan saya yang mencabar yang membawa saya kepada erti tanggungjawab yang melebihi hak saya sendiri.

Kebiasaan hidup yang tidak sedar akan tanggungjawab;

apabila dia marah, dengan mudah dia melepaskan suara marahnya..

apabila dia sedih, mudah pula menangis meratapi hati yang remuk,

apabila dia tidak puas hati, begitu sahaja dia mencela tanpa perlu hirau perasaan orang, yang penting diri puas!

apabila dia tidak suka sesuatu, diluncurkan sahaja kutukan dan hinaan atau kritikan bagi menerangkan yang dia tidak suka sesuatu, bagi memperlihatkan juga dia punya pendirian yang tegar, walau menyakitkan hati dan telinga yang mendengar..

apabila dia rasa betul, maka akan berdebatlah, supaya tertegak kebenaran dia, dan jatuh merundum orang yang salah, dia tidak mahu menasihati, tapi mahu berdebat (definisi yang berlainan ni)..

apabila dia punya masalah, maka terusan stress dan menstresskan orang lain pula. marah sana, tenking sini, asalkan dia lega tak fikir soal stress, hati orang memang dah tolak tepi..

..................................................................................

hakikat seorang hamba itu pada pemberiannya,
biarkan hak tidak diterima, asalkan pemberian berterusan..

memang susah nak buat baik pada orang yang tidak menjalankan tanggungjawab dia pada kita,
tetapi jangan pula kita yang tidak menjalankan tanggungjawab kerana sibuk menuntut hak..

jangan rasa bila kita sedih, ada orang untuk hilangkan kesedihan itu,
bila marah, ada orang yang akan hilangkan marah itu,

kalau kita yang hentikan sendiri sedih itu dengan cara yang tidak melibatkan hati orang lain,
iaitu pengaduan terus pada ALLAH,
itu lebih tenang...

soal hati kita, hanya ALLAH yang tahu,
jangan mudah melepaskan pada sekeliling,
kerana ianya sedikitpun tidak akan membantu,

perit pedih,
terluka,
terguris,
terasa,
hanya ALLAH yang Maha Mengetahui,

maafkan bila terluka,
usah simpan dendam

meminta maaf bila tahu diri silap,
jangan terusan bongkak

hakikat seorang hamba bukan semudah melepaskan emosi begitu sahaja!!

P/S : peringatan buat diri khasnya....







Wednesday, February 16, 2011

Percaya Pada Usaha!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Percaya pada usaha. Kenapa topik ini menjadi pilihan untuk entri saya kali ini ye?

Kerana, terkadang pada kebiasaan kita, yang hanya bersandarkan pada rutin harian, yang tidak menampakkan peningkatan dari segi usaha pada membawa kelainan dalam hari-hari kita.

Bangun pagi, seusai solat dan bersiap, kita mula bekerja, sampai ke petang hari. maka pada setengah hari kitaran satu hari kita, sudah terisi dengan kebiasaan yakni pada kerja dan kerja.

Bagaimana pula dengan malam hari (dikecualikan pada yang bekerja shift :) ?

Apa yang saya ingin ceritakan dan kongsikan adalah pada usaha kita yang akan menampakkan kelainan dan mungkin memulangkan hasil. Contohnya, part time bisnes seperti yang majoriti blogger buat sekarang. Kenapa kita tidak juga mencuba? Walaupun pulangan tidaklah beribu dan beratus mana.

Yang penting pulangan itu datangnya dari usaha kita tidak kira cabang pekerjaan.

Begitu juga dengan apa-apa sahaja yang kita buat yang menampakkan usaha kita. Usaha yang datangnya dari kemahuan. kalau tidak ada usaha, tetapi nakkan hasil, maka boleh dikategori PEMALAS.

Bukan senang-senang duit datang bergolek, bukan juga senang kerja siap dengan petik jari saja.

..............................................................................................
Kita nak bilik sentiasa kemas, tetapi bila penat, kita campak sana, baling sini, bersepah sinun, kemudian kata ''nantilah kemas''. dan akan terus berulang, maka sudah hilang niat nak bilik kemas mula2 dulu tu. kita yang pilih.

kita nak dapur yang kemas juga, tetapi bila nampak 1 cawan dekat sink, kita tambah lagi 1, lagi 1 sehingga jadi 1001 dalam sink tu. jadi bila dah banyak, of course la malas pula nak basuh banyak2 ni, padahal yang banyak tu mulanya dari 1. kita yang pilih.

kita nak assignment siap hari ini juga, tapi bila balik hostel, jumpa kawan, berbual, lupa pula assignment. alih-alih dapat lagi satu assignment. due date pula dah tiba, then jadi pula last minute punya kerja. bila last minute, susah untuk 100% kita faham kehendak sebenar assignment tadi. kita yang pilih.

kita nak duit tambahan untuk menampung kos hidup yang tidak cukup kalau sandarkan pada 'makan gaji' sahaja. kita pun nak cuba-cuba buat bisnes, tapi hasil permulaan sikit sangat, jadi dah mula putus asa, sebab harapkan hasil yang lumayan sedangkan usaha tak selelah mana pun. kita yang tidak sedar.
..................................................................................
ALLAHUAKBAR! jom berusaha!

kita yang pilih dan kita yang harus sedar.

kita yang lebih faham kelebihan diri dan had diri.

kita yang nakkan hasil, maka mestilah kita yang harus berusaha. tidak boleh letakkan harapan pada manusia, barang, haiwan atau apa2 sahaja, jika hasilnya kita yang nak!

jadi tingkatkanlah usaha dalam segala hal bermula dari sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya.

Percayalah, Allah SWT Maha Mengetahui, andai kita sudah berusaha, DIA tahu, dan andai kita malas, DIA juga tahu. Allah Maha Memberi rezeki. Dan Allah tidak akan ubah nasib kita selagi kita tak nak ubahkannya!!

Berusaha dalam segala hal pun! dan jangan lupa TAWAKKAL. Wassalam


Wednesday, February 9, 2011

Perajuk yang Pemaaf

Rajuk.. adalah hiasan yang ada dalam setiap diri seseorang.. tak kira kids ke, mak kids, atau atuk kids..

Kalau pendapat peribadi, ianya berkaitan ketidak puas hati sebenarnya tetapi lebih kepada tak puas hati yang baik2 la. If tak puas hati yang tidak baik, ianya boleh digelar terasa (pendapat diri)..

PERAJUK
Istilah diri sendiri, saya panggil perajuk pada yang tengah merajuk tu. mungkin kita boleh kongsi sikit tentang beberapa jenis perajuk ni.

1. Perajuk + keras kepala : bila dia dah merajuk, selagi tak dipujuk, maka akan teruslah memuncung. Itupun, kalau nak dipujuk, mahu makan berjam-jam lamanya..

2. Perajuk + Memujuk : Pelik bunyinya tapi huraiannya apabila dia merajuk, dia memujuk orang untuk memujuk dia kembali.. Ini kes orang tak nak pujuk dia la ni..

3. Perajuk + Menunjuk : Dia ni suka sangat merajuk dan mesti nak tunjukkan yang dia merajuk. Contohnya macam dia hempas barang ke, hentak kaki ke (itu yang tile rumah jadi lekuk tu), muka macam tak cukup garam ke.. Yang pasti, dia nak semua orang tahu yang dia tengah merajuk!

4. Perajuk + Pemidato : Bila saja dia merajuk, maka dia akan mula berceramah tentang apa yang dia dah buat sebelum ini (kes mengungkit), supaya dia akan dibalas kembali jasanya..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sedikit perkongsian, tetapi jenis-jenis perajuk di atas adalah yang menyusahkan diri terutamanya dan dah susahkan orang sekeliling umumnya..

Betul kan, siapa yang suka berhadapan dengan perajuk-perajuk di atas walau terpaksa pujuk.. kan? Cuba kalau hari-hari terjadi, mahu naik muak dan rimas kita..

SEMBUNYI RAJUK ITU
Untuk kategori perajuk yang sembunyi pula bermaksud..

1. Perajuk - keras kepala : Dia memang tengah merajuk, tapi kerana memikirkan orang yang harus pujuk (mangsa) yang mungkin tengah sibuk, atau memang tak pandai pujuk, atau sebagainya, maka dia tolak tepi rajuknya...

2. Perajuk - memujuk : Bila dia merajuk, maka dia akan belajar untuk pujuk diri sendiri walau sangat pedih perasaan waktu itu.. (saya tengah belajar yang ini.. hehe)

3. Perajuk - menunjuk : Dia tahu dia tengah merajuk, dan dia tak nak orang lain terasa dengan perangainya saat itu,  sebab rajuk ini bukan dibuat-buat, maka biarlah orang lain tak tahu dan terus buat dia merajuk, asalkan dia tak buat orang lain susah hati..

4. Perajuk - Pemidato : Ye, dia memang tengah merajuk! Tapi dia akan buat sesuatu supaya hilang fokus dia pada rajuknya, jadi tak lah dia akan buka ceramahnya!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Penulisan saya kali ini, bukanlah sekadar tulisan di blog sahaja, tetapi saya ingin berkongsi tentang pentingnya kita memikirkan perasaan orang lain (walau kita yang merajuk saat itu). Bukankah boleh jadi susah hati bagi mereka yang sedang berhadapan dengan perangai rajuk kita?

Jadi, tak salah untuk kita menjadi perajuk yang memaafkan, sebab itu adalah penghilang rajuk sebenarnya.
Bukankah menyenangkan hati orang itu boleh mendapat pahala untuk kita?

Dan juga bila kita mudah maafkan orang yang dah buat kita merajuk, esok lusa insyaAllah, orang akan buat benda yang sama pada kita. Merendahkan diri pada mencari balasan yang baik..

Wassalam...
P/S:agak-agaknya, kita perajuk yang mana satu ye?? :)
"Ish, aku nak siapkan sarang lagi, nak pujuk dia lagi, nak cari cacing lagi.......!"

 

Monday, February 7, 2011

Cuma Angan Tapi Doa~**

Assalamualaikum.. Bismillah dipermulaan sesuatu. Semoga para blogger semua sihat hendaknya dan dapat terus berkarya yang mengajak diri dan juga manusia umumnya mengenali lebih lagi tentang hakikat hidup.

Pada entry kali ini, entah kenapa tiba-tiba saya nak tulis mengenai sifat-sifat lelaki yang saya angankan, yang mana bukan sebab gatal semestinya tetapi kerana bagi saya tidak salah untuk berkongsi kerana masing-masing punya pendapat.

Niat saya untuk tajuk kali ini kerana saya, esok lusa akan menjadi isteri, suri rumahtangga, ibu kepada mujahid dan mujahidah, jadi disebalik penulisan saya, ianya adalah kembali pada diri sendiri semula, kerana jika saya mahukan yang baik-baik belaka, maka saya perlu perbetulkan diri sendiri dahulu. Tak gitu?


************************************
1. Dia seorang yang taat pada kedua ibubapa, tanpa sikit pun mengeluh andai harus memberi sepenuh perhatian pada ibubapanya (yang sakit), meletakkan kedudukan ibubapanya di tempat yang paling tinggi (selepas ALLAH SWT, dan Rasulullah) tanpa apa-apa alasan (lagi2 sebab perempuan).

2. Dia tahu tanggungjawab seperti ke atas adik perempuan/ kakak (jika ada). kerana sekarang sangat kurang golongan yang menghormati dan sedar atas tanggungjawab mereka ke atas adik beradik perempuan yang harus dilindungi.

3. Dia berpandangan yang berbeza dari lelaki disekelilingnya. Anda mereka ingin memenuhi usia muda dengan berhibur, melepak, terus makan gaji, over style (ala barat), namun si dia tetap teguh pendirian dan pandangan tanpa malu dan tidak ikut budaya remaja sekarang.

4. Dia tidak membicarakan tentang keburukan orang lain dan tidak sibuk untuk menilai orang lain.

5. Dia berlembut (bukan nyah) pada orang disekeliling, pada tutur bicaranya, walau tengah marah, dia mampu kawal dan sabar. Bukan juga hipokrit tapi kerana itulah dia.

6. Dia punya ramai kawan, tidak pernah memilih malah kawan dari berbagai usia. Dia sayang yg kecil (even tak suka kids) dan hormat yang tua.

7. Dia bukanlah dikalangan yang berada malah keberadaannya adalah kerana dia berusaha keras dan jujur.

***********************************

Apa yang telah saya tuliskan merupakan setengah saja angan-angan saya waktu duduk termenung.

Dan ciri-ciri yang saya tampilkan adalah bersandarkan dari sudut attitude dia, apa yang penting...........

Dia sedar dia adalah Hamba cuma yang diberi tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang punya kudrat yang gagah dari wanita, apabila dia sedar hakikat diri dia, maka dia tidak akan membazir waktu dengan keasyikan permainan di dunia ini.




Ya Allah, hamba yang hina memanjatkan doa agar kelak dipasangkan(berkahwin) dengan si dia yang mengabdikan diri kepadaMU semata. Itu yang lebih utama. Amin....


>>>>>>>>>>>>>>>tutup tirai<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Wednesday, February 2, 2011

MATI





Assalamualaikum kepada semua hamba Allah yang diberkati. Pada hari terakhir pekerjaan
(esok lusa cuti dah), saya nak sampaikan puisi   kata-kata
yang terlintas dari akal fikiran sewaktu tengah driving pagi tadi.

Saya menjemput anda semua membacanya ye..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Pada melangkah kaki untuk setiap saat
Waktu itu jantung masih bergerak memberi nafas
Menandakan diri masih bernyawa
Memberi peringatan mati ada dimana-mana

Pada ketajaman mata melihat
Jalan-jalan diselusuri dengan masa silih berganti
Disekeliling memberi tanda
Mati menjadi peneman pada saat 

Jangan diri berlebihan pada kegembiraan
Kerana sudah diketahui
Dunia hanya satu permainan

Jangan diri terlalu suka berderai ketawa
Ingatkan selalu bahawa
Dunia hanya tahu bersenda gurau

Letakkan sempadan dan sekatan
Agar akal dapat mengimbangi
kedegilan si nafsu

Pada setiap harta dan kemewahan di sini
Lihatlah sekadar melihat
Tanpa perlu berlumba memilikinya

Jangankan malu pada besederhana
Jangan pula segan pada kemiskinan
Dan jangan kata tidak pada keselesaan

Susun atur hidup
Bukan letaknya pada peningkatan zaman
Tetapi letaknya pada keteguhan pendirian
Dikukuhkan pula dengan ilmu dan amal

'Bukan aku tidak mahu bercantik'
'Tetapi aku risau pada mata yang hatinya berkata'

'Bukan aku tidak mahu bermewah dengan penjenamaan'
'Tetapi kasihan pada yang masih kais pagi dan petang'

'Bukan aku tidak mahu bersosial'
'Tetapi aku risau pada dosa yang belum mungkin diampunkan Allah'

'Bukan aku tidak mahu mengumpul harta sebanyaknya'
'Tetapi aku risau pada pemberian yang masih kecil cuma'

Pada sisi diri, ada mati yang tidak diketahui tetapi pasti,
Maka hal dunia yang permainan cuma, diambil hanya sekadar perlu,
Perlu bukan pada mahunya nafsu,
Tetapi kehendaknya pada kata akal yang datang dari keimanan.

Ya Allah, 
Ampuni setiap satu dosa diri yang dalam sedar mahupun tidak,
Ampuni dosa diri yang sering diulang,
Ampuni pendosa ini yang sudah tahu akan dosa.

Hanya mati di sisi yang mengingatkan,
Tentang amal yang perlu dipertingkatkan,
Tentang hal dunia yang perlu dikurangkan ditinggalkan.
ALLAHUAKBAR!


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Disertakan sekali video kegemaran saya dari kumpulan FAR-EAST
(DEKAT ATAS YE)


Assalamu'alaikum w.b.k


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...