Monday, January 31, 2011

~ Pak cik, ada jual sampul surat khabar tak? ~

"Pak cik, ada jual sampul surat tak?". Tanya diri pada pak cik yang tengah jaga kaunter dekat salah satu tempat isi minyak.

"Ada, tu dekat situ". Jawab pak cik tadi sambil jarinya menunjuk tempat yang dikatakannya tu.

Mata diri ini meliar mencari, sambil hati mengomel "Mana pula sampul surat ni, rasanya tadi pak cik tu tunjuk dekat sini, tapi ini tempat surat khabar, aik~"

Owh, rupanya pak cik tadi ingat diri ini bertanya tentang 'surat khabar'. Jadi, bila dah sedar yang pak cik tadi salah dengar, maka diri ini control ayu, buat-buat cari surat khabar mana yang nak dibeli ni ye. Dengan muka yang penuh yakin!

.....................Tak jadi membeli apa-apa pun...................

No. 5 tu...


Keluar saja dari tempat tu, apa lagi, ketawakan diri sendiri la.

Sambil bermuhasabh, diri berkata, "Mungkin aku yang salah cakap".

Pada kebiasaan hari kita, akan berlaku perkara sebegini rupa atau orang putih punya istilah miss communication.


Jadi, biasanya anda akan meletakkan kesalahan di bahu siapa? Adakah yang mendengar? Atau diri kita? Atau medium perantaraan?

Muhasabah boleh dilakukan pada apa-apa situasi sekalipun dengan syarat kita boleh mengaku dan terima salah kita. Itu bermaksud kita merendah diri (sangat digalakkan).

Apabila kita bermuhasabah, maka kita akan melihat keburukan kita selalu dan tidak ada lagi peluang untuk kita sibuk-sibuk mencari atau mengintai kesilapan dan kekurangan orang lain.

Takutilah kita apabila hati sudah ditutup oleh ALLAH untuk melihat keburukan diri.

P/S: saya selalu berpesan kepada adik perempuan saya "Kak cik, jangan marah adik tu, bukan dia pekak, tapi mungkin kita yang salah cara penyampaiannya"..

>>>>>>>terus menginsafi diri ini. Wallahu'alam. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Wednesday, January 26, 2011

**~Khas Pada 27/ 01/ 2011~**

Muhasabah



Dia lelaki
Yang dilahirkan di dalam keadaan yang cukup mencabar

Dia lelaki
Yang dididik oleh seorang Imam

..Allah SWT telah menyusun kehidupannya seperti mana yang lainnya..

Waktu kecil menunjukkan sifat 
Sifat yang berdikari pada diri

Kesusahan dan kepayahan pada memerah keringat
Mengembalikan semula hasilan 

Tidak jemu berusaha
Tidak mudah berputus asa

Kerana dia lelaki
Maka dia hanya memendam
Pendam segala yang dirasa
Tanpa pernah diketahui

Kerana dia lelaki
Justeru dia sedar akan tanggungjawab
Pada kedua Ibubapa
Pada adik-adiknya
Pada seisi keluarganya
Tidak pernah mengeluh
Tidak pula membantah
Kerana dia sedar akan Taqdir Allah

Di waktu yang lain cuba menggapai cita
Dia kembali pada tanggungjawab yang lebih memerlukan
Kembali ke pangkuan si Ayah
Yang terlantar meminta bantuan

Tidak menyesal pada keputusan
Tidak menyesal meninggalkan awangan
Kerana memegang janji Allah SWT 
Pada ketaatan seorang anak

Kerana dia lelaki
Jadi dia perlu berukhuwah
Tidak pernah mengira siapa
Yang baik dibalas kebaikan
Yang buruk dihadiahkan senyuman

Kerana kelembutan pada berbicara
Menarik minat si tua mahupun si muda
Untuk mengenali hatinya

Kerana dia lelaki
Yang sedar akan peranan
Maka terus memberi peranan
Tanpa meminta pengembalian haknya

ALLAH SWT tahu akan sifat hambaNya
Semoga dia terus berperanan
Semoga dia mendapat kebahagiaan yang dicari
Semoga dia terus diberi Hidayah
Pada menyelusuri hari-hari di dunia ini
Untuk dibekalkan di Akhirat nanti
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

P/S: Puisi yang direka dan diadaptasi dari diari kehidupan seorang lelaki.
::.. **~Khas untuk akhi Mohd Muin Bin Sani ~** ..::









Tuesday, January 25, 2011

Esoklah, Lusalah, Nantilah....

" kejap lagi kan boleh buat, sabarlah,.......!"

Sebaris ayat berupa alasan cuma yang singgah di mulut setiap kali malas bertandang..

" Emm, minggu depan dah nak exam ni, aku ada lagi 7 hari lagi termasuk weekend ni... kalau belajar sekarang pun, for sure nanti lupa....." Hati Diyah berkira-kira untuk menyusun perancangan. Disebabkan Diyah punya 7 hari lagi, maka sangkaannya tempoh itu cukup untuk dia membaca kesemua subjek.

Last minute adalah rakan karib Diyah. selagi ada masa, selagi punya waktu, maka tugasan atau sebarang perbuatan akan ditangguhnya sehingga di saat kemuncak, baru akan diselesaikannya.

Kesannya, hasil kerja yang tidak memuaskan. Pasti!

......................::*Satu Kisah*::..........................

PMR akan menyusul dalam 6 bulan lagi. Diyah merupakan salah seorang calon peperiksaan itu.

"Diyah, tak belajar ke? Kamu tu dahla bangun tidur pun lambat, dah bangun tengok TV pula, mak pula yang risau tengok kamu relax macam ni". Luahan hati mak Diyah yang sudah capek untuk tegur anaknya itu.

Diyah hanya tersengih sambil tahan telinganya yang saban hari disuapkan dengan kata-kata bebelan. Bagi diyah, hati kecilnya menjawab " Mak ni, orang tahulah nak susun masa, ada masa lagipun ni".

last minute tu malas ke? emm, malasla nak fikir..


Saban hari, begitulah ragam Diyah. Sehinggalah tinggal sebulan lagi untuk PMR berlangsung.

Satu hari, Diyah pulang berjalan kaki dari sekolah (rutin harian), sambil berjalan sambil dia ngetest suaranya dengan menyanyi kecil sendirian. lalalala~~~

Gedebuk! "Aduh! Sakitnya". Jerit Diyah yang rupanya kaki tersadung akar pokok yang menjalar. Diyah cuba bangun, tetapi ternyata dia tidak mampu kerana ibu jarinya sakit yang teramat sangat.

"Ibu jari adik terseliuh ni, ambil masa untuk sembuh, adik perlu rehat buat sementara". Kata doktor yang merawat kaki Diyah dan disambut dengan soalan yang pantas dari Diyah "Tapi, saya kena ambil PMR doktor, saya kena pergi sekolah, cikgu buat revision, kena pergi tuition lagi, rugi saya nanti".

Kata putus dari doktor yang menyuruh Diyah mengambil peperiksaan PMR di wad Hospital telah menyebabkan Diyah membungkam kerana, "Subjek Sejarah tak habis baca lagi, Matematik belum buat latihan dengan kawan-kawan lagi, Sains, BM, Agama... banyaknya. Takkan nak belajar dekat wad ni, mana masuk!" Rengus hati kecil Diyah.

"Kalaulah aku dah prepared awal-awal lagi, kalaulah aku tak buang masa yang banyak sebelum ni, kalaulah aku susun jadual dengan betul, kalaulah aku ikut cakap mak dulu, kalaulah..... " Kata penyesalan dari Diyah yang dia tahu sudah tidak berguna lagi penyesalannya.

Kerana dulu, dia yang memilih untuk melambatkan tindakan. Kerana dulu dia yang memilih untuk menangguhkan perbuatan.

>>>>>>>>Diyah hanya ilusi penulis<<<<<<<<

Apa yang ingin saya sampaikan bedasarkan cerita pendek yang tidak seberapa ini ialah:

"Jangan suka untuk menangguhkan atau membuat sebarang kerja di akhir masa kerana kita tidak tahu apakah masih punya masa di waktu itu"

doa hindari kemalasan. InsyaAllah



Terus menginsafi diri ini ..... Assalamu'alaikum.


"GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com"



>> Saya mencuba nasib untuk menyertai anjuran FARISZ@AZ.Com ini..

>> Untuk soalan pertama : Tajuk lagu nasyid kegemaran
  lagu nasyid kegemaran saya ialah Hakikat Bahagia(saya peminat setia industri nasyid)  :)


>> Soalan kedua berbunyi begini: Lagu nasyid tersebut disampaikan oleh kumpulan mana dan sertakan liriknya sekali.
lagu ini disampaikan oleh kumpulan UNIC dan liriknya ialah.....

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

>> Soalan ketiga ialah: Kenapa anda suka lagu nasyid tersebut...

Sebab kenapa saya suka lagu ini diantara lagu-lagu yang lain ialah.....:

Di waktu saya kesedihan, mendengar lagu ini dapat menenangkan hati kerana liriknya mengajak saya agar sentiasa mengingati ALLAH ( Ar-Ra'd : 28)


saya telah tagged dan invited.... 








Friday, January 21, 2011

>>>Dia yang salah?

"Kenapa dia tak nak ubah perangai dia walau dah ditegur banyak kali....."
Keluh hati kecil dalam diri.

Seringkali serangkap ayat keluhan ini hadir dalam diri kita semua. mengingatkan akan situasi yang sentiasa berulang walau dah diberi teguran. Tidak kira pada sesiapa pun (khususnya pada diri yang hina ini).

Tapi, perlu kembali 'termenung' bermaksud muhasabah. Adakah benar dia 'keras kepala' sampai sudah ditegur namun masih melakukan perbuatan yang sama.

Atau diri kita yang salah cara. Atau jika sudah betul cara, mana lagi silapnya?.

>>>DIA tidak ditujukan pada sesiapa. :)

PROAKTIF




Mengubah apa yang boleh diubah. (diri kita)

Tidak terus mengubah apa yang sudah tidak boleh diubah. (perangai orang/suspek)

Mungkin ini boleh dijadikan penyelesaian. InsyaAllah. Kita bermuhasabah diri kita. Kita ubah cara kita.
Mungkin dari segi percakapan atau perbuatan kita sehinggalah kita boleh pengaruhi untuk ubah dia/ tegur.

Andai dia memang suka mengkritik, mengapa perlu tunggu dia berubah, sebaliknya kita boleh ubah cara kita sehingga hatinya lembut.

Andai dia memang tidak boleh ditegur, kenapa nak tegur dengan cara yang sama, sebaliknya boleh kita guna pakai cara yang lebih sinonim dengan fitrah dia.

Andainya dia memang agak malas nak berkemas, dan kita sudah tahu sikapnya, kenapa nak juga tunggu dia kemas bilik, sebaliknya kita boleh kemas bilik dan ajak dia sama2.

........dan terus berandaian.........

Bukanlah bermaksud mengalah yang kalah itu. Tetapi mengalah untuk mengubah keadaan.

"Andai batu yang sudah sememangnya sedia ada di tengah jalan itu, mengapa perlu dimarah pada batu itu, melainkan kita yang perlu ubah haluan supaya selamat."

Kalau kita terus tak nak mengalah malah nak juga tunggu orang ubah perangai dulu, tidak ke kita yang akan menanggung sakit hati yang berpanjangan??

....Tidaklah saya menulis ini sahaja cuma, sebaliknya mahu meletakkan diri agar sentiasa boleh terima kemarahan orang namun bukan menghamburkan kembali, agar dapat didik diri khususnya..... Wallahu'alam

".....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu......" 
Al-Baqarah: 216


"........sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri......" 
Ar-Ra'd: 11

>>>>>terus menginsafi diri ini.... Allahuakbar!


Tuesday, January 18, 2011

Kata Kita Hati Mereka

"Kenapa lambat sangat?! Lembab betul!"...

"Kenapa jatuhkan?! Careless betul la!"...

"Boleh tak jangan menjawab, kuang ajar betul!"..

"Kenapa kau sibuk sangat ni? Duit mak kau ke?"...

.........hanya sebahagian dari contoh..............

Kata Pendua
Ya, kata pendua.. Kata penegak amarah pada yang berkata. Kata menyakitkan hati pada yang mendengar.

Bila marah, dihamburkan kemarahan, malah disusuli pula dengan kata pendua. Apa tu?

>>>>"Kenapa jatuhkan?! Careless betul la!"... yang di'bold'kan adalah kata pendua.

Selalunya apabila seseorang ingin menunjukkan yang dia memang sangat marah, dan ingin mematikan perbualan, maka kata pendua sering digunakan.

Secara tidak sedar, kadang-kadang mulut kita terkeluar perkataan yang telah menyakitkan hati yang mendengar yang biasanya mungkin berlaku pada teman yang rapat, adik-beradik.

Malah yang lebih teruk lagi apabila ada yang menggunakan perkataan #@!$^%&... Tak baik kan?
Hanya kerana nak lepaskan marah kita, kita sanggup lukakan hati saudara kita.

"curi ikan ye?! dasar kucing pencuri!"..... 


Kata Pemuji
Tapi bila bab nak memuji, payah pula kita nak beri kata pemuji yang meransang.

"Pandai adik tolong akak kemas dapur............"

Cuba tambahkan sedikit pujian... "Rajin adik akak ni". Maka, sudah tentu 'dalam hati ada taman' bagi yang mendengar, malah akan menaikkan semangat untuk buat yang lebih baik. Jadi, kedua-dua pihak akan berpuas hati.

Menenangkan hati teman/ keluarga tidak susah. Apabila kita merendahkan diri, maka kita mampu menjaga hati orang sekeliling. Kata yang diungkap amat memainkan peranan pada silaturrahim, pada ukhuwah.

InsyaAllah, apabila kita sering menjaga lidah dari menyakitkan hati orang sekeliling, akan memberi impak pada orang lain juga untuk berkata yang baik terhadap kita.

>>>>>Menginsafi dan terus menginsafi diri ini

Monday, January 17, 2011

Nikmat Sekali Sekala

Mereka suami isteri yang sangat bahagia. Jika ditanya pada jiran-jiran, ternyata benar mereka adalah pasangan yang sesuai, suami yang baik ditemani isteri yang juga baik.

Suami Yang Bertuah
Jika ditanya tentang sifat si isteri, maka ramai yang memuji kesopanan dan kelembutan. Malah si isteri adalah seorang yang sangat teliti,pengemas sehingga kain langsir pun diberi perhatian pada keserasian warnanya. Sungguh bertuah si suami.

Suatu hari, si suami melihat kanak-kanak girang bermain di hadapan rumahnya. Hatinya tersentuh dengan keletah anak-anak kecil yang jujur sikapnya. Maka,timbul di hati si suami untuk memperoleh cahaya mata sendiri.

Setelah berbincang dengan si isteri, maka mereka saling bersetuju untuk memperoleh anak.

Mereka sentiasa memohon doa agar dipermudahkan niat mereka oleh Allah swt. Disamping itu mereka juga minta pertolongan dari jiran-jiran dan sahabat handai untuk mendoakan mereka sama.

"Ya Allah, kurniakan kepada kami seorang anak yang akan memberi keindahan kepada isi rumah kami ini"

Perkhabaran gembira untuk mereka selepas mendapati si isteri mengandung! Ucapan syukur bertalu-talu singgah di mulut mereka. Kegembiraan ini juga turut dikongsi oleh jiran tetangga.

Anak Membesar
Setelah anak yang kecil membesar dan sudah ligat bermain, maka habis seisi rumah digundahkannya. Berkecah sana, bertaburan sampah di sini.

bersepahnyeee....penat den kemas tadi.



Ibu yang sudah pasti tidak suka akan situasi itu, setiap hari mengajar anaknya tentang kebersihan dan ketelitian.

Sehingga apabila amarahnya menguasai, dia pernah memukul si anak dan mengajar anaknya supaya memohon maaf dan tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama.

Namun,fitrah anak yang kecil itu, hari ini ucap maaf, esok sudah dilupa, maka kembali 'mengemas' rumah yang sentiasa bersih dek dijaga ibu yang teliti itu.

Kemuncak Ammarah
Satu hari, sahabat kepada si ibu ingin berkunjung ke rumah, barangkali ingin menziarahi sahabat lama.
Maka si ibu sibuklah satu hari itu mengemas rumah, semestinya dia tidak mahu sahabatnya datang ke rumah dengan keadaan rumah yang berkecah. Malu!

Seusai mengemas bahagian ruang tamu, si ibu membersih pula bahagian dapur dan membuat sedikit persiapan makanan.

Si ibu yang penat tadi, kembali ke ruang tamu, namun apa yang dilihat di ruangan hadapannya itu sangat menyakitkan hatinya!

"Aku sudah tidak mampu bersabar lagi dengan kamu!"

Ungkapan si ibu terhadap anaknya yang telah mengkucar-kacirkan ruang tamu, langsir yang terjatuh, kertas yang bertaburan, dinding bercontengan. Penat ditambah dengan ammarah.

Maka dikejarnya si ibu terhadap anaknya sehingga mereka keluar dari rumah. Tidak diendah lagi akan mata-mata yang memandang. Kerana ammarah menguasai sudah.

Sehingga sampai di satu 'check point', si anak yang ketakutan melangkah pagar dan 'gedebukkk'...

Si ibu yang turut terjatuh kembali bangun dan merasa seakan air hangat sedang mengalir yang rupanya adalah darah si anak yang sudah tidak sedarkan diri.

Penyesalan
"Maaf kami tidak mampu menyelamatkan anak Puan, Allah lebih menyayanginya"

Ungkapan Doktor yang menyimpulkan pembedahan yang telah dilakukan ke atas si anak. Si ibu tadi, tidak tertahan perasaan sedih, mengalir air mata yang tidak mampu diseka. Satu-satunya anak telah pergi meninggalkannya dan lagi perit kerana lari dikejar oleh ibunya sendiri!

Penyesalan yang tidak terkata. Si ibu pergi ke tong sampah dimana tempat dia telah membuang kertas yang dicarik anaknya, kemudian dia menaburkan kembali di ruang tamu. Mengimbas kembali, mengimbau kelibat arwah anaknya yang sedang bermain.

Sedarlah dia bahawa keindahan isi rumah sebenarnya adalah sifat anaknya itu sendiri.

Nikmat vs Syukur
Nikmat datang sekali sekala...

Namun bersyukur harus sentiasa...

Nikmat bahagia datang sekejap, bersilih ganti dengan keperitan dan kesabaran. Perlu kuat tika perlu sabar.

Disebalik nikmat yang bersilih ganti datang itu, kita perlu sentiasa meletakkan Kesyukuran pada Allah di tangga teratas walau sedang melalui keperitan.

Kerana apabila sifat bersyukur sudah terbiasa ada dalam diri, waktu mengalami kesusahan adalah tidak sulit lagi.

Sifat bersyukur boleh ada dalam diri yang sentiasa berprasangka baik terhadap Allah SWT.

Berprasangka baik terhadap Allah boleh disemai dalam diri yang tekun mencari ilmu untuk diamalkan.

Maka hari ini bersyukurlah kita semua dengan keadaan diri kita, sikap ahli keluarga kita, sifat sahabat handai, tempat kerja, dan lain-lainnya.

Assalamualaikum...


>>>>menginsafi dan terus menginsafi diri ini.



Friday, January 14, 2011

Semut dan Botol Maduku

situasi pertama
Keluar dekat dengan rumah je. Rasanya pakai T-shirt pun takpe.
Tengok orang lain, ramai je pakai lengan pendek ni. Lagipun tengah panas ni. Malas pula nak tukar baju lain.

Tudung pun dah lengkap, dah tutup rambut yang aurat ni. Selempangkan aje atas bahu pun ok dah.

Baju ni kalau pakai dengan jean ok juga. Ketat sikit jela. Takpe kot, yang penting dah tutup seluruh kaki ni.

situasi kedua
Eh, boleh ke pakai tudung fesyen macam ni. Rasanya dah pernah dengar tentang bonggol unta ni.

Tapi, kalau takde sanggul tinggi ni, tak cantikla, sebab tudung ni 'match' pakai dengan gaya macam ni je.

Pakai jela, nak cuba juga.

situasi ketiga
Baju ni dan panjang sampai lutut. Dah tutup aurat pun.. Cuma ada 'cutting' sikit. Ah, takpela nanti pakai tudung tutuplah bahagian dada ni.

Alamak, dah sarung ke badan baru rasa ketat baju ni. Sikit je kot, takpela. Nak mencuba fesyen ni la.

situasi keempat
Cantiknya artis tu pakai tudung macam tu, baju yang tu, seluar gitu, tu...tu...tu..
Dia dah tutup aurat ape.. rambut tak nampak, lengan panjang, seluar sampai bawah..emm, nak ikutla.

Tudung pusing-pusing macam ni.. (sampai ternampak dada)
Seluar 'legging', tapi takpe sebab dah pakai baju panjang sampai lutut.

................................................................................

Sahabatku..
Saudariku..
Ukhtiku..
Kaumku..

Apabila kita sudah menutup aurat, Alhamdulillah. Apabila kita sudah tahu mana aurat mana bukan, Alhamdulillah.

Tetapi, sayang sekali apabila ada segelintir kita yang TAHU tetapi MAHU buat juga kerana permintaan nafsu untuk cantik itu lebih diutamakan.

Untuk cantik itu memang sudah ada dalam diri wanita. Untuk berhias itu memang ada dalam diri wanita. Untuk itu, untuk ini, segalanya ada dalam diri wanita.

Kita sudah tahu akan kewajipan. Ianya perintah ALLAH SWT. Ada sebabnya. Ada hikmahnya. Kenapa perlu tutup setutupnya. Ada garis panduannya.

satu kisah
Kenapa madu ni bersemut, rasa dah tutup ketat penutupnya. Dah basuh pun botol ni biar hilang sisa madu dekat luar ni. Semut ni pun, tau-tau je ada madu dekat sini. Padahal dah nyorok belakang sekali pun. Hish!

Macam mana nak buat ye. Letak dalam bekas ni la. Eh, tak muat pula. Botol air ni tinggi mesti boleh muat . Emm,esok kalau semut tu jumpa lagi botol madu ni, habiskan aje madu ni, lepas tu buang botol dia.. hehe.

Keesokannya...
Alhamdulillah, takde semut pun. Mesti diorang penat cari madu ni :) . Bersih je botol madu ni, tak macam semalam. yela, dah diorang tak nampak, mestilah diorang takkan hurung botol madu ni.. Hehe, berjaya misi kali ni.

wah..ada madu la.. manisnyee






Ada siratan
Bagi yang mahu berfikir,ada siratan disebalik kisah semut dan botol madu di atas. Sangat dekat dengan diri kita sebagai wanita.
Kalau tak dilihatkan bentuk tubuh badan,warna kulit kita, kecantikan yang ada pada diri, tak mungkin boleh memancing mata 'semut-semut' tadi.

Jangan pula kata 'baru syok if ada yang nak tengok,mean I ni cantik la'...

P/S: Tulisan saya masih perlu dibaiki. Apapun,saya akhiri dengan Astaghfirullah.
 >>>terus menginsafi dan menginsafi diri ini.







Thursday, January 13, 2011

Air Mata Merindui Nabi Muhammad




Hati sayu, airmata mengalir tidak dapat ditahan, seolah merasai apa yang muslimah ini rasa tika itu.
        Merindui nabi Muhammad lantas malu akan dosa yang telah dilakukan.. Ya Allah, Ampunilah dosa kami seluruhnya.
Diri yang kerdil ini sungguh merinduimu Wahai Kekasih Allah.

P/S: Boleh 'stop' kan dulu lagu saya di sebelah kanan>>>

Cerpen ringkas..








'Kenapa termenung ni?' Tanya Ana pada Elya bila dia melihat rakannya itu termenung memanjang tanpa sedar kehadiran dia. Elya menoleh pada Ana sambil melemparkan senyuman ala-ala kambing yang tak pandai senyum.

'Takde apela, cuma tengah layan fikiran ni yang tiba-tiba nak fikir'. Pendek sahaja jawapan Elya tetapi penuh makna yang tersirat dan Ana tahu akan itu. Ana ambil tempat di sebelah rakannya itu dan diam, menunggu Elya teruskan perbualan kerana dia fasih akan rakannya itu yang ingin berkongsi sebenarnya.

'Saya penatla Ana, penat buat dosa dan bertaubat dan ulang semula'. Sambung Elya lagi, 'Selesai je solat Subuh, saya akan berdoa untuk satu hari saya supaya sabar dengan apa-apa ujian yang datang, tenang bila nak marah, boleh buat kerja dengan ikhlas, boleh siapkan kerja, tapi...'

'Tapi bila awak berhadapan dengan ujian, adakalanya awak boleh dan adakalanya awak jatuh?' Sampuk Ana untuk menunjukkan dia faham akan perasaan rakannya ketika ini. Elya mengangguk perlahan sambil menahan airmata yang meronta nak mengalir menunjukkan hatinya saat ini sangat kecewa dengan diri sendiri.

'Awak tahu kasih sayang Allah pada kita sangat besar? Dia yang menciptakan kita maka semestinya Dia nak yang terbaik untuk kita. Ujian dari Dia bukan suka-suka, malah ada perkara disebaliknya tetapi hanya bagi mereka yang mahu memikirkan.' Ana berhenti seketika.

'Jika nak dibandingkan ujian yang kita lalui dengan para pembesar zaman nabi dahulu, awak rasa besar sangat ke ujian kita? ' Ana lemparkan senyuman dan meneruskan perbualan berunsur tarbiah buat dirinya khususnya dan rakannya Elya yang ketandusan nasihat mungkin.

'Kebiasaan ujian kita, dengan mak ayah yang mungkin kurang perhatian kerana sibuk bekerja, jadi kita kena berdikari dan bertanggungjawab dengan diri sendiri, dengan raka-rakan yang adakalanya buat mesyuarat di belakang kita, mengumpat le tu, hehe, dan mungkin ujian dengan diri sendiri yang kadang-kadang keliru dengan keputusan dan matlamat hidup.'

Elya terus membisu kerana dia tahu dia akan dapat sesuatu dari Ana yang kalau diaju satu soalan, jawapan yang diterima boleh dibuat karangan. Desis hati kecil Elya sambil bersyukur kerana dia mempunyai rakan yang boleh diharapkan untuk menasihati dikala hatinya merintih bait kata-kata yang berhikmah.

'Kita kena bersabar yang bermaksud, kita terima dan lupakan. Terima apa jua keadaan di waktu itu, dan lupakan perbuatan orang lain yang menyakitkan hati kita. Kita kena faham erti hidup sebagai seorang Hamba, perlu memberi tapi bukan meminta imbalan semula. Bila kita beri pertolongan, jangan harapkan orang untuk membalas semula, nanti kita akan hilang sifat nak memberi itu.'

Elya mengangguk tanda setuju dan faham, 'Terima kasih Ana, kata-kata yang berhikmah ini mampu membuatkan hati saya bersemangat semula. Lain kali Ana luangkan masa dengan saya lagi ye.'

'Insyaallah.' Balas Ana ringkas sambil diri menilai semula kata-kata yang berbunyi pujukan sebenarnya buat dirinya yang juga hampir tersungkur tak mampu melawan arus. Namun, Allah Maha Penyayang dan Ana yakin akan itu. Maka dipujuk hatinya untuk kuat semula dan terus beristiqamah.






Wednesday, January 12, 2011

Dengarkan..




P/S: jangan lupa 'stop' kan dulu lagu pada bolg saya ni ye.. boleh cari dekat belah kanan..

Tuesday, January 11, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.


Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
bismillah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.
p/s: DIAMBIL DARI  http://www.alquran-melayu.com/ 

Monday, January 10, 2011

Sebait Madah

>>> Jangan engkau letak sesuatu harapan selain kepada Allah. Kerana pengharapan hanya pada Allah tidak akan mendukacitakan bagi dirimu malah akan memberi keyakinan.

>>>Jika engkau mengharapkan manusia, engkau hanya akan memperoleh dukacita yang akan membinasakan satu harimu.

>>>Engkau berusahalah menyiapkan tugasanmu, nescaya pasti akan peroleh kejayaan. Jangan engkau harapkan pada usaha orang lain untuk peroleh bahagia.

>>>Bersabarlah atas apa yang engkau harus lalui, kerana hanya dengan kesabaran itu engkau peroleh ketenangan.

>>>Gembirakanlah orang lain walau dirimu sedang sedih, kerana ianya akan mengembalikan kegembiraan padamu semula.

>>>Laluilah setiap detik hidupmu dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t, sesungguhnya kepada Allah sahaja akan dikembalikan segala sesuatu.



Friday, January 7, 2011

..Saya nak kita sama-sama..

Awak..


Saya nak kita sama-sama..


Sebab saya sayang awak..


Saya nak kita..


Saya nak kita sama-sama menutup aurat dengan sempurna..


Saya nak kita sama-sama menjaga adab sopan kita..


Saya nak kita sama-sama besederhana dalam memandang harta dunia..


Saya nak kita sama-sama kekalkan fesyen 'kampung' kita..


Saya nak kita sama-sama berbual mengenai ilmu yang dapat memberi kita pengajaran..


Saya nak kita hentikan airmata yang sia-sia..


Saya nak kita tunjukkan ketabahan kita dalam fitrah kelembutan yang sedia ada..


Saya nak kita bersatu..


Bersatu kembalikan maruah Wanita..


Yang dahulunya diangkat tinggi pada zaman para Nabi..


Yang dahulunya menjadi pemangkin dalam melahirkan perwira, syuhada, pemimpin..


Tanggungjawab kita bukan sekadar ala kadar..


Tetapi melebihi dari apa yang telah kita beri..


Saya, awak, kita semua pasti..


Pasti merindukan suasana yang aman..


Aman dari cercaan terhadap golongan kita yang makin hari makin hilang MAHALnya.......


Kita pasti boleh andai kita berat tentang hal yang ringan..


Andai kita kembali pada FITRAH SEORANG WANITA..


P/s: Ditujukan khas untuk semua saudari yang sedar tentang kemerosotan sikap, sifat, akidah yang sebenarnya mampu menjadi 'tangan yang menggoncang dunia'.....



Wednesday, January 5, 2011

Sedikit Tentang Makhluk Halus..

Bismillah.. Assalamualaikum..
Sedikit perkongsian dari saya berkaitan makhlus halus yang saya dapat dari Al-Kulliyyah di TV3 dan melalui pengalaman saya berkawan dengan mereka yang diganggu makhluk ini disebabkan rasa tidak puas hati pihak ketiga.. 

1. Jika bayi terkena sawan maka boleh dibacakan ayat dari surah An-Nahl :

  • Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalamkeadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.   (16:78)



  • 2. Nak tahu ada jin dalam badan atau tak, boleh diperiksa melalui ubun-ubun atau kaki.

    3. Kenapa jin nak masuk ke dalam badan kita? Kerana jin mahu menguasai akal kita yang mana akan menguasai seluruh anggota badan kita.

    4. Sudah membaca ayat Al-Quran, tetapi jin masih mengganggu? Kerana sebelum terkena, hati tidak mengingati Allah, maka sudah keras hati itu, jadi akan berkesan ke bacaan ayat suci ke dalam hati yang sudah keras? maka ingatlah Allah selalu tidak kira waktu.
    Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian, tetapi Dia memandang kepada HATI kalian". [HR Muslim]

    Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda : "Jikalau setan-setan tidak mengelilingi hati anak-anak Adam, niscaya mereka dapat memandang alam malakut yang tinggi." [HR. Ahmad]

    Apabila hati seorang manusia gelap gulita karena diliputi oleh dosa-dosa, didalamnya dipenuhi oleh berhala-berhala, tuhan-tuhan manusia selain Allah SWT berupa syahwat dan hawa nafsu, maka hati tersebut menjadi mengeras lebih keras dari batu. Sulit untuk berserah diri kepada Allah SWT. Dan jiwa yang memiliki hati seperti ini menjadi ajang permainan dan tipu daya syaithan. Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. [QS. Al Baqarah (2) : 74]


    5. Jika diganggu dan minta bantuan dari Ustaz, hanyalah 30% sahaja Ustaz tersebut dapat bantu, malah 70% terletak pada usaha tuan empunya badan iaitu pada solat malamnya, solat hajatnya dan amal ibadat yang lainnya. Jadi, jangan marahkan ustaz kalau diri masih belum sembuh!

    6. Jin suka pada mereka yang suka ingat jin..macam mana tu? Yela, bila luka sikit, jin buat, bila langsir goyang sikit, jin nak kacau, bak kata, semua gangguan mesti datang dari jin.. Dah tentu la jin suka kan bila manusia ingat dia..
    Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. [QS. Al A'Raaf (7) : 27]


    7. Kita memang perlu percaya pada kewujudan jin kerana sudah ada buktinya dalam Al-Quran TETAPI bukan beriman pada jin....

    8. Kenapa waktu solat, jin masih ganggu walau dah baca ayat suci Al-Quran??
    Kerana, waktu solat adalah kemuncak jin nak mengganggu.
    Kerana waktu solat adalah waktu umat islam paling dekat dengan Allah s.w.t.
    Supaya umat islam lalai....

    saya (Iblis, syaithan) benar-benar akan (menghalangi-halangi) mereka dari shiraathal mustaqiim. [QS. Al A'Raaf (7) : 16]




    sekian perkongsian dari saya.. semoga bermanfaat.. bila leka, waktu itu syaitan mudah masuk ke dalam badan kita... jadi, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang... Assalamualaikum..



    p/s: bekas majikan saya pernah kena ganggu hampir setahun keran bekas rakan kongsi perniagaan dia tak berpuas hati.. bekas majikan pernah juga bercakap Thailand, macam nyanyuk, tak nampak orang, muka lesu, dan yang paling teruk hampir mati hanya tercekik sotong! Kata Ustaz yang merawat dia, orang yang buat tu bersekongkol dengan bomoh siam yang menggunakan mayat bayi... Na'uzubillah..







    Tuesday, January 4, 2011

    60 saat je..

    31 perkataan
    Speedtest


    saya dapat ni dari telagabiru-tbsb.blogspot.. saje isi masa.. cubelah.. hehe.. salam..


    Monday, January 3, 2011

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...