Saya adalah seorang yang mudah memikirkan perasaan orang sehingga sukar untuk membuat keputusan untuk diri sendiri. Sedangkan bila diaju masalah kepada teman yang rapat, sangat mudah untuk mereka memberi pilihan atau membuat keputusan walhal itu adalah masalah saya.. ^_0
Itu adalah satu kelemahan mungkin? Saya sendiri tidak pasti. Orang lain yang berperasaan juga memikirkan hati orang lain apabila ingin membuat keputusan..... Tetapi saya, akan berlarutan pada mendapat sesuatu keputusan itu hanya kerana kasihankan orang........ Dan akhirnya diri sendiri yang akan dapat sakit kepala yang melampau.. ~ ~ ~ ~
................................................................................
"Daya, macam mana kalau Daya berhadapan dengan apa yang saya lalui sekarang?"... Saya ajukan pada teman rapat..
"Daya buat sengal je..." Sangat mudah jawapan dia.. ;-)
"Buat sengal je? macam mana tu?"... Saya cuba dapatkan kepastian disebalik jawapan dia yang mudah sangat tu! :-)
"Yela, daya akan buat sengal je. mean, kalau apa yang daya buat tu betul, daya terpaksalah lukakan hati orang yang kita sedang berhadapan tu.. susah mariah, kalau kita asyik nak fikir soal hati orang je, kadang-kadang tu boleh la, tapi apa yang mariah lalui sekarang memerlukan mariah buat keputusan yang bijak untuk diri sendiri".....
Begitulah serba sedikit penjelasan teman rapat.
Dan saya, mengambil masa untuk 'termenung' sekejap, bukannya untuk membuat keputusan, tetapi untuk menilik kembali sifat diri ini.
Salah ke kalau kita memikirkan hati orang lain? Atau kita yang salah bila terlalu memikirkan hati orang lain sehingga tak mampu untuk membuat keputusan?
................................................................................
Sepanjang-panjang saya terbelenggu dengan persoalan ini, saya kembali menghadap dan mengadu pada Allah s.w.t yang lebih mengetahui.. Istikharah salah satu cara yang terbaik..
Agar hati ini lebih tenang pada memilih jalan dan apa jua keputusan yang terbaik.. Assalamualaikum..
P/S : Bagi yang lebih makan garam atau gula dari saya, sangat mengalukan pandangan dan nasihat anda semua pada cara kita membuat keputusan yang betul dan bagaimana untuk kita tahu yang kita kadang-kadang perlu melukakan hati orang untuk mendapat keputusan yang baik. Syukran.
Entri baik pilihan Rabu (klik kanan ya)
bisyarah-khabar-gembira
Entri baik pilihan Rabu (klik kanan ya)
bisyarah-khabar-gembira
11 Kata Kita:
assalamualaikum
selain buat istikharah, awak senaraikan mana yang baik dan buruk..
jika yg baik lg byk, pilih la yang baik itu..insyaAllah akan dipermudahkan
@sahromnasrudin : SYUKRAN mengingatkan. itu juga salah satu inisiatif..
Selalunya macam tu lah..istikharah adalah jln penyelesaian yg terbaik...takde lagi yg lebih mengetahui dan memahami selain Dia....selepas itu setiap apa yg terpilih berserahlah...itulah jln yg terbaik!!!
@Fadzli Amir : bermaksud, kalaupun terpaksa lukakan hati org, kalau itu yg terbaik, maka kita perlu teruskan ye? syukran..
Pendapat sayalah.. jangan terlalu bnyak membuat pilihan.. ambil dua je.. "Ye ke Tidak", "Betul ke Salah", "Boleh ke Tidak".. ar bila dah pilih dua ni baru lah pandai2 kita nak settlekan apa dah kita ambil. peace for all
@AL-QASSAM : syukran..pendapat yang bernas dan ringkas. bermaksud kesan yg akan datang tak perlu difikirkan.. begitu ye?
Dari ambe baca dari problem diatas.. ambe dapat kenal pasti anda seorang yang suka mengumpul sebarang kemungkinan baru buat keputusan..Susahlah macam tu.. memang akan membebankan dirilah..
Salam...
Takkan menyesal org yg beristikharah.. dan takkan rugi org yg bermesyuarat..
Mesyuarat dulu dgn org yg dipercayai (spt ibu bapa).. dan lakukan istikharah..
InsyaAllah, anda akan lebih yakin untuk membuat keputusan ;)
@Ustaz Love : syukran Ustaz Love sudi komen dan beri pandangan..
Alhamdulillah, dah dapat keputusan yang baik walaupun tak sedap hati.. :)
@BLADE EDGE : syukran untuk singgah sini..InsyaAllah akan membalas kunjungan..
@AL-QASSAM : emm, sy mengaku macam tu lah saya..skrg ni sy cuba untuk lebih bertegas kalau diri sy di pihak benar dan kurgkan perasaan serba salah..
Post a Comment