Dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda..
.............................................................................................................
Entry kali ini lebih kepada mereka yang memandu..
Tidak kira berlesen apa pun, saya masih P . :)
Banyak yang boleh kita dapat sewaktu memandu, percaya tak?
Tapi apa yang kita boleh dapat tu? Ce citer..
Kita boleh dapat sama ada pahala ataupun sebaliknya...
Bila kita memandu, bermacamlah ragam manusia yang dapat dilihat,
terutamanya yang masih baru dalam memandu ni, macam saya lah..
yang masuk simpang, tak nak beri signal,
adalah salah satu virus di jalan raya.!
yang beri laluan pula merupakan salah satu contoh yang baik,
tetapi janganlah sampai tak bergerak kereta kita pasal beri orang lain laluan je,
marah nanti orang belakang dik! :)
............................................................
Bagi saya, sangatlah menghormati penunggang motosikal,
Saya sangat menjaga bila mereka menyelit-nyelit ni,
dan sangat tidak bersetuju pada pemandu yang tidak beri signal bila nak tukar lorong,
tambah pula dah nampak ada motorsikal yang akan lalu,
tetapi masih nak tukar lorong dan mengharapkan penunggang tadi yang brek dulu.
Janganlah macam tu,
Risiko mereka di jalan raya lebih besar dari kita,
maka tak salah kalau kita mengalah,
Saya selalu mengingatkan kalau-kalau penunggang itu adalah saudara kita,
maka mestilah kita lebih berhati-hati kan.
Setiap pagi, selain 'makan' jammed,
saya suka mengambil iktibar dari sikap pemandu sekeliling,
supaya kesalahan tidak akan diulang,
walaupun mungkin dianggap remeh..
Kerana menyenangkan orang lain itu,
tuntutan agama islam kita.
P/S : suka tengok motor-motor berbaris panjang di celah-celah kereta menunggu lampu hijau.. :)
dah macam skuad. Dan sangat respect pada penunggang perempuan, sebab saya tak berani nak bawa motor, tapi pandai bawa. ><'
Saya nak tahu juga pendapat anda pula>>> :) |
wassalam..
2 Kata Kita:
assalamualaikum wr. wbt...
sama2 jaga keselamatan diri di jalanraya. bila baca n3 ni, semacam luahan diri kerana baru saja terlibat dalam kemalangan j/raya Jumaat lepas(25/02/2011). akibat kereta yang tidak bagi signal maka terjadilah kemalangan.akibatnya motor masuk bengkel habis rm1000, byr bil hospital rm200, saman dah tentu walau bukan kita yang salah..
*peringatan utk diri sendiri. kifarah dari-Nya utk kesedaran hamba dalam kesakitan 8jahitan di bibir, patah gigi depan, lebam2 di kaki...
MUHAMMAD SUKRI SUPI - Syukran sudi komen dan berkongsi pengalaman. itulah yang berlaku kalau masing-masing tidak mementingkan keselamatan penunggang.
Post a Comment