Monday, March 28, 2011

Kesabaran Isteri..

Kenapa seorang isteri boleh menaikkan suara terhadap suaminya tanpa ada rasa bersalah...?

Kenapa seorang isteri memburukkan suaminya dihadapan anak-anak... ?

Kenapa seorang isteri jadi malas nak sambut suaminya pulang..?

Kenapa isteri tak nak lagi ambil peduli apa yang suami dia suka atau tak suka..?

........................................................................

Persoalan ini timbul apabila saya memerhatikan mereka yang terdekat, apabila bibit pertengkaran menampakkan muqaddimahnya.

Ada suami yang sabarrr selalu..isterinya naik suara pun, suami masih boleh sabarrr selalu..
Ada juga suami yang naikkan semula suara menampakkan dia tercabar dengan tidak hormatnya isteri dia..

Apabila isteri bercakap tentang kekurangan suami, maka akan dibalas dengan kekurangan isteri pula oleh suami...yang menjadi Hakim macam dalam mahkamah tu adalah ANAK-ANAK..

Kenapa suami isteri boleh lupa bahawa pertengkaran di hadapan anak-anak boleh memberi kesan negatif pada penilaian mereka terhadap ibubapa mereka??

Siapa yang perlu lebih bersabar? dan siapa yang perlu lebih pada pimpinannya?

Merujuk persoalan saya seperti dia atas, kenapa isteri boleh jadi begitu rupa? dan kalau isteri dah jadi macam tu, adakah anak-anak masih boleh menghormati ayah mereka?

Ibu ibarat pengetua sekolah.. Jika lurus pada segalanya, maka luruslah anak-anak murid.. Kalu ibu suka mengutuk, maka begitulah pada anak-anak.. kalau ibu sangat bersabar, maka begitu juga pada anak-anak..

Memang sifat seorang ibu sangat penting, tetapi yang memimpin seorang ibu atau isteri itu lebih penting..

Maaf kalau saya kata, jika seorang suami atau ayah, tidak ringan tulang, bermaksud 101% meletakkan tugas di rumah kepada isteri sama ada isteri bekerja atau tidak, maka anak-anak akan menjadi seperti ayahnya yang tidak ringan tulang, kebarangkaliannya lebih kepada anak lelaki..

Boleh ke ayah kata "Man, tolong bawa ibu ke pasar ni.." Sedangkan si ayah tidak pernah nak bawa isterinya tetapi mengharapkan anaknya rajin membantu ibunya... mustahil sekali..

Saya tidak cuba untuk berat pada mana-mana belah pihak, cuma saya terkilan dengan sikap isteri yang tidak nampak kedudukan suami yang perlu DIHORMATI..

Pengorbanan isteri sangat perlu pada KESABARAN menghadapi kerenah suami.. hebatnya seorang suami, kerana hebatnya isteri di sebelahnya..

Kerana sifat penyayang itu lebih diberikan pada seorang perempuan, maka isteri perlu lebih pada bersabar.. Dan yang pasti bersabar disusuli dengan doa..

"Ya Allah, aku tidak penat pada memikul tanggungjawab sebagai isteri ini, malah aku redha pada setiap yang telah aku berikan pada keluargaku, dan aku memohon agar diberikan kesabaran pada aku menghadapi segalanya, Ya Allah, Engkau permudahkanlah agar suamiku menjadi sedikit rajin dan ringan tulang pada membantu aku menguruskan rumah dan anak-anak"

Nampak doa ini mudah, tetapi itulah permintaan kita. Andai ada sikap suami yang membuatkan kita sangat  kecewa, maka kembalilah kita pada Allah yang menciptakan kita semua.

Semoga, kelak saya dapat mengambil kesan pada apa yang berlaku dan dapat menjadi isteri yang solehah. InsyaAllah...

saya tak berniat nak letakkan kesalahan pada mana-mana pihak, cuma ingin mencari penyelesaian kerana rumahtangga bagi saya satu amanat besar dan bukan perkara main-main, bukan sekadar sudah jalankan tanggungjawab, malah lebih dari itu..



6 Kata Kita:

sahromnasrudin said...[Reply to comment]

assalamualaikum..

terkesima saya baca entri ini..mmg byk berlaku dewasa ini isteri mengutuk suami mrk pd rakan pejabat mrk ..antara ayat yg standard bila berjumpa rakan pejabat " malam td laki aku, bukan nak tolong kemas rumah..nengok bola je"..boleh ke cenggitu huhuhuhh

mariah said...[Reply to comment]

@sahromnasrudin : Isteri perlu lebih dekat dengan Allah supaya bertambah kesabaran..

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Suka entry ni...apa2 pun kedua2 perlu dekatkan diri pada Allah....insyaAllah keberkatan akan turun...

mariah said...[Reply to comment]

@Fadzli Amir : terima kasih.. ye, kedua-dua perlu dekatkan diri pd Allah, disitu ada pnyelesaian dan bukannya terus ikut emosi masing-masing..

Umi said...[Reply to comment]

Bykkan bsabar..bdoa...kembali pada Allah....tq...;)

Anonymous said...[Reply to comment]

pokoknya isteriperlu sabar. suami perlu tahu dan jalankan tanggungjawab...kalau salah seorang pincang maka goyahlah.
suami yg baik pd isteri tidak akan dikutuk isteri....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...