Friday, March 25, 2011

Dialog kami, Pemerhatian Saya~

Selepas habis belajar di UniKL MIAT tahun lepas, saya menjadi guru tadika sambilan menggantikan guru sedia ada yang baru melahirkan anak...

Ya, memang banyak pengalaman yang saya dapat perihal menyusun atur pendidikan anak-anak kecil ni.. Lebih berat pada amanah yang dipertanggungjawabkan.

Disebalik sesi pendidikan di tadika tersebut, saya lebih suka pada perkongsian dialog antara saya dengan anak-anak kecil ini dan apa yang membuka mata hati saya pada pemerhatian setiap tingkah laku mereka..

6 tahun yang mencuit hati membuka mata

IMAN SAFIYAH
Cikgu Mariah : Iman bawa bekal hari ni, siapa yang buat mee dengan air teh ni?
Iman : Ayah..

Dia, anak kecil berumur 6 tahun yang kehilangan ibu disebabkan wabak H1N1, punya seorang abang bersekolah rendah. Apa yang menyebabkan saya selalu berdialog dengan dia adalah kerana perasaan simpati, setiap hari ayahnya terpaksa lewat ke tempat kerja kerana Iman susah untuk melepaskan ayahnya, berkali-kali salam namun masih merengek.. sehingga ayahnya perlu menaikkan suara sekali sekala.. bagi saya, dia sudah tidak mendapat kasih sayang seorang ibu, maka digantikan dengan permintaan kasih sayang pada ayahnya seorang.. Yang pasti, orangnya bijak dan sangat comel, sampai kawan-kawan lelaki dia seolah 'berkejar' untuk ngorat dia.. hehe

IMAN NUL HAQEEM
Cikgu Mariah : kenapa menangis ni iman?
Iman : tak faham....... 
Cikgu Mariah : cikgu akan ajar Iman kalau Iman berhenti menangis ok..

Iman...murid yang kurang cepat penangkapannya, tetapi sopan, kemas, teliti.. Dia terlalu mudah menangis apabila tak faham ! Bagi saya, sangat bagus, menandakan dia nak faham tanpa melulu terima yang tak faham. 

Stiap kali saya tengah mengajar, pasti mata ni kelih ke arahnya, untuk pastikan mimik muka yang akan mula menangis.. bila dia dah buat muka seolah nak meraung dah......maka.......

Cikgu Mariah : Iman jangan nangis dulu ye, kejap lagi cikgu duduk depan Iman, ajar Iman ye..

Dan dia tidak akan menangis lagi.. :) macam-macam.. (patutlah emaknya sediakan sapu tangan selalu dalam poket..hehe) yang kelakarnya, satu hari tu.....

Cikgu Liza : kenapa nangis ni Iman?
Iman : sapu tangan saya tinggal kat rumah................................

5 tahun yang comel

KHAIRY
Khairy : cikgu! cikgu! dia kecik saya..dia kecik saya macam ni!...

Dengan akal ligat berputar nak fahamkan apa yang murid ini cuba adukan pada saya, sambil mata tengok reaksi dia yang memegang lehernya itu............owh....

Cikgu Mariah : khairy, cekiklah..bukan kecik...

Antara nak mengadu, terus tak jadi sebab dia malu dah salah sebut agaknya.. Khairy, seorang yang sangat aktif tapi saiz badan dia lah yang paling kecil..!

Ada sekali tu, boleh dia menyambil buat kerja sekolah, sambil tu dia menyanyi...

Khairy : eh..waka waka eh..eh..~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Saya pun tak tahu nak tulis liriknya tapi pernah dengar lah lagunya...

Cikgu Mariah : Khairy.... lagu apa yang kamu nyanyi tu..?

Tersengih sengih dia.. Dari lagat dia, saya dapat rasa dia seorang yang kuat menonton TV (namanya kanak-kanak :), dan perbuatan dia banyak yang copy paste dari TV.

Khairy : Cikgu, kenapa cikgu boleh pakai selipar, kitorang tak boleh?...mana aci..
Cikgu Mariah : kalau kamu dengan kawan-kawan pakai selipar, nanti ada yang baling, lepas tu kena kepala, sakit tak? nak ke jadi macam tu?
Khairy : hehe, tak nak lah..

Ade -ade je... sangat comel!

DANI HAZIQ
Sambil mengajar...

Cikgu Mariah : Dani..kamu dengar tak apa yang cikgu ajar ni..?
Kawan-kawan : dia suka nganga cikgu, lepas tu air liur dia keluar...

Memang direct..:) Itulah Dani Haziq. Disebalik 'nganga' dia tu, dia lebih bijak dan cepat tangkap, namun kita hanya sedar kalau ajar dia yang mana saya panggil "1 to 1 lesson".

Saya nak tahu sangat kenapa Dani boleh jadi macam ni, pasti ada sesuatu disebalik kelembutan dan kurang cepatnya dia pada perbuatan.. Sehinggalah satu hari tu...

Mak Dani : ai, mana sotong mak ni... sotong, sotong.. jom balik jom...

Saya : ??????????????   :)   :0  :(

..........................................................................................................

Bermacam-macam kerenah.. yang pasti mereka jujur pada percakapan dan perbuatan.. saya banyak ambil pengajaran pada melibatkan ibubapa, cara ibubapa itu dan apa kesannya pada anaknya..

Perkara biasa pada kita, sangat luar biasa pada mereka.. dan mereka suka kalau kita duduk sama-sama mewarna atau melakukan apa sahaja bersama mereka.. Perbuatan kita sangat cepat mereka ikut dan copy paste.. jadi begitu jugalah bila saya dah jadi seorang ibu nanti..ianya amat memberi kesan pada saya.. amat memberi pengajaran pada menjadi ibubapa itu bukan mudah namun tidak lah susah.. 

cuma yang pasti, perangai anak-anak kecil ini di rumah dan di sekolah, berbeza sama sekali! ;)

Assalamualaikum...
Terima kasih sudi membaca..
Jumpa lagi Insyaallah hari Isnin nanti.. Insyaallah..




Entri baik Pilihan Jumaat (klik kanan ya)

10 Kata Kita:

Fasihah Supian said...[Reply to comment]

comel2 cerita mereka semua nie....mesti seronok mengajar mereka kan? Walaupun kadang2 menduga tahap kesabaran..:)

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Memang diorg kalau balik rumah akan cerita segala2nya....tapi terkadang diri ini yg agak sibuk dan letih....tu lah masalahnya...rindu Naufal & Nabil....

mariah said...[Reply to comment]

@FasiHaH SupiaN : yee..mmg sgt menguji kesabaran..tapi kalau kita pandang dari sudut lain yang lebih positive, insyaallah, banyak pengajaran dan ilmu untuk masa depan nanti (bila dah jadi mak :)

mariah said...[Reply to comment]

@Fadzli Amir : balik rumah, cerita mcm2 dkt mak ayah apa yg berlaku kat sekolah..

pergi sekolah pula, cerita mcm2 apa yg berlaku dkt rumah.. sangat berimaginasi luas kanak2 kan..

Nur Hafizah said...[Reply to comment]

sangat comellllll^^

mariah said...[Reply to comment]

@nur hafizah : ye mmg sgt comel.. kadang2 sy cubit je pipi yg agak terlebih comel tu.. hehe

Nurina Izzati said...[Reply to comment]

Saya suka kanak-kanak. Hurm. Kanak2 ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. InsyaAllah mereka akan membesar sebagai pemuda-pemudi islam harapan negara kelak. InsyaAllah.
=)

Nur Liyana said...[Reply to comment]

comelnyer..sgt comel
hahah

kecik...cekik
hahhha

bestnyer

mariah said...[Reply to comment]

@Nurina Izzati : ye, anak-anak perlu dicorak..terkadang kita ibubapa leka dengan 'corak' itu ..

mariah said...[Reply to comment]

@Nur Liyana : itulah, penat sy nak fahamkan apa kata dia..rupanya dah salah cakap..semangat sangat nk mengadu sampai tersilap.. mmg comel..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...