Friday, March 11, 2011

Dia nak berubah, tapi tak tahu... (part 2)

Sambil air mata mengalir, sambil itu juga tangan Mak Su menyuap nasi yang dibawa ke mulut Rasyid.
"Makanlah Rasyid..." Sayu suara Mak Su.

Di suatu sudut wad mental itu,
Raimi menahan air mata yang berteriak mahu merembes keluar,
walau sebelum ini memang dia tidak menyokong segala perbuatan abangnya itu,
namun tidak sekali dia menyangka 
abangnya akan melakukan perkara sehingga dimasukkan ke wad mental ini.

...............................................................................................................

Kata kawan Rasyid,
waktu itu mereka semua pelik dengan perangai dia,
tiba-tiba dia pergi ke salah sebuah masjid di ibu negara,
di waktu mereka sedang melepak,
"Dia tiba-tiba nak azan walaupun belum pun masuk waktu solat lagi, 
kami memang dah pelik dengan perangai dia,
dia siap ambil kain pelekat wakaf dalam masjid tu,
lepas tu nyorok dalam baju dia"

Begitulah serba sedikit cerita yang diperoleh dari kawan Rasyid.

Lalu, pak cik yang menjaga Masjid itu,
menelefon polis,
disebabkan itulah Rasyid ditahan.

"Dia macam menjerit-jerit waktu kami tahan dia"
Kata pihak polis.

"Sewaktu kami memeriksa pesakit,
dia memang ada meracau-racau lah, 
dan kami syaki dia di bawah pengaruh dadah!"
Itu pula kata dotor.

Sayu, luluh 
hati Mak Su, Pak Nawi dan Raimi sendiri.

.....................................................................................
Rupanya Rasyid sudah sampai ke tahap mengambil ganja.
Dan kerana dia memberontak dengan hak yang dia tidak peroleh,
maka dia mengambil keputusan untuk melupakan stress,
dengan cara, 
merokok di usia muda,
keluar malam balik pagi,
tidak bertanggugjawab terhadap keluarga,
merempit,
mencuri motor,
itu sebahagian dari perbuatan rasyid yang diketahui oleh Raimi.

...............................................................................................................

Selepas peristiwa wad mental itu,
Raimi sedar,
bahawa abang dia ingin sekali berubah,
tetapi kerana tidak tahu cara,
dan kerana tidak diberi kesempatan,
maka hilang keyakinan terhadap diri sendiri menyebabkan Rasyid berputus asa.

Bagaimana Raimi tahu yang abang dia nak berubah??

Kerana selepas ambil ganja,
abangnya itu terus pergi ke masjid berkenaan,
untuk azan dan mengambil kain pelekat untuk solat,
tetapi dengan cara yang salah.....

...............................................................................................

nantikan sambungan part 3 yang mana Rasyid sudah berubah tetapi mula hilang arah kembali!

Ingat, ini kisah benar..

P/s: bagi yg ketinggalan Part 1 :)

Wassalam..




8 Kata Kita:

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Macam-macam kisah kehidupan...ada yang suka, ada yang duka, kejap diatas kejap di bawah...tapi semua tu buleh diatasi dgn kembali kepada Islam....jangan ambik semua ganja, dadah bagai...nantikan sambungan...

mariah said...[Reply to comment]

betul tu.. mmg rosak urusan ibadah, kehidupan bila di bawah pengaruh dadah ni.........

senyumSOYA said...[Reply to comment]

takut dengar kisah2 dadah skang.. jauhi dadah~

CHE ROSSLI said...[Reply to comment]

Yang paling last menarik perhatian. interview technician? bahagiaan apa ye?

mariah said...[Reply to comment]

senyumSOYA - kebanyakan yg terlibat dgn dadah ni, mereka yg dtg dari keluarga yg kurg memberi perhatian antara satu sama lain spt keluarga Rasyid.. syukran to komen.

mariah said...[Reply to comment]

AL-QASSAM - :). base sebenarnye aviation, but rezeki yg dpt in manufacturing base.. alhamdulillah.

RR said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
RR said...[Reply to comment]

cerita sebenar? hmmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...