Tuesday, March 8, 2011

Dia nak berubah, tapi tak tahu... (part 1)

Kisah ini adalah kisah benar tentang seorang pemuda yang mencari jalan perubahan tetapi tidak tahu cara yang terbaik. Kisah yang diadaptasi dari sebuah keluarga yang saya kenali.
Nama dan tempat adalah diubahsuai.

.......................................................................................................

"Rasyid!"
"Bangunlah, dah pukul 12 ni, dah tengah hari pun ha, sarapan tak, apa tak!"
Begitulah jerkahan pagi Mak Su pada anak lelakinya, Rasyid yang seringkali membari keresahan pada hatinya setiapkali memikirkan tentang anaknya seorang ini.

Dan bagi Rasyid, jerkahan itu sesuatu yang sudah lali dan tidak ada rasa apa-apa di hatinya,
membiarkan sahaja si ibu menjerit dan resah, Rasyid meneruskan rutin hariannya bersama bantal dan tilam.

"Hish abang ni, tak kesian ke dekat ibu hari-hari dok resah fikir pasal dia!"
"Menyusahkan lah dia ni!"
Begitu sedikit gambaran kata-kata yang dipendam dalam hati kecil si adik kepada Rasyid tadi, Raimi 
kerana sudah tidak tahan lagi dengan perangai abangnya yang tidak kenal erti tanggungjawab dan selalu menyakitkan hati ibu mereka.

Bagi Rasyid, dia tahu dia perlu ubah perangai dia yang selalu keluar malam, balik lewat pagi,
kehidupan seharian yang tidak bermanfaat, dan kerana sifatnya itulah, dia tidak menghabiskan pembelajaran di salah satu Pengajian Tinggi Kerajaan, tidak sempat menghabiskan Diplomanya. 
Tetapi, Rasyid tidak tahu permulaan untuk perubahan, yang dia tahu, dia memberontak kerana dia kurang mendapat perhatian dari ibu dan bapanya.

"Kalau sebab itulah, abang jadi macam ni, cuba fikir Raimi ni sikit, kita punya mak ayah yang sama, jadi kalau abang kata abang kurang kasih sayang dan perhatian, macam tu la juga Raimi, tapi kenapa abang memberontak dan pilih jalan untuk menyusahkan orang lain!"
Jawab hati Raimi kerana dia sedar abangnya itu memberontak.

Suatu hari,
Mak Su menerima satu panggilan dari Pegawai Polis,
"Mak cik, anak makcik, Rasyid sekarang ada di Hospital"

"Di hospital?! kenapa dengan anak saya cik?" Meluru Mak Su bertanya dalam keadaan hatinya yang berdegup kencang tidak terkira.

"Anak mak cik ditahan di wad mental!"

...........................................................................................
Sambungannya pada entri akan datang.
part 2




8 Kata Kita:

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Ni kisah benar ke..??? rasyid tu adakah rasyid sibir( pengarah ) atau rasyid sidik.....atau nama samaran?....akan tunggu sambungan...

mariah said...[Reply to comment]

Fadzli Amir - rasanya bukan Rasyid sibir... :). iye, ini kisah benar. tentang ketidakpastian seorang pemuda dalam menentukan hala tujunya.

Unknown said...[Reply to comment]

sambungan pulak..
cepat sikit ye..
tak sabar2 nak tengok rashid giler..
hahhha

mariah said...[Reply to comment]

diana : eh, ye ke Rasyid gila? jeng..jeng

Sunah Sakura said...[Reply to comment]

menanti sambungan~

mariah said...[Reply to comment]

Sunah Mohammad - akak memang kena nantikan tau.. sebab ini kisah benar.. sgt menyentuh hati

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Hehehe...ku tertunggu2 penyudah cerita rasyid ni...

mariah said...[Reply to comment]

Fadzli Amir - yela kan, mana cerita nye ni.. :). insyaallah, 'under construction' kata omputih.

bila dtg sini kali ke 5. cerita tu dah ada.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...