Thursday, March 17, 2011

Demi Ummah, kita kembali pada kekurangan diri~

Assalamualaikum..

Berpagi-pagi sambil bawa kereta, saya mendengar celoteh DJ IKIM di radio..

Dan topik perbualan pagi ini pada mendengar pendapat ibubapa dan guru tentang situasi persekolahan kini yang nampaknya 'suka' untuk galmor di TV, surat khabar...dll

Kita  saya pula, yang masih belum bekeluarga, tidak ingin mengambil enteng masalah yang kian popular ni. Dan mahu juga mengajak anda semua pada memberi pendapat tentang hal ini.

.........................................................................................

IBUBAPA


Kini kebanyakannya a.k.a memang ramai ibu yang keluar bekerja bersama-sama membantu keluarga kerana kos sara hidup yang agak mahal. Bapa pula memang dah sedia ada bekerja dan kurang sedikit waktunya pada memperhati tingkah laku anak-anak (sebahagiannya).

Bapa dah sibuk, ibu pula akan sibuk, jadi siapa yang nak menyibuk tentang pembesaran/pembelajaran/pendidikan anak-anak?

saya bukanlah orang yang layak pada mempersoal hal ini, tetapi seperti yang saya tulis di atas, perlunya mengambil serius akan hal ini supaya kelak saya ada ilmu dan Insyaallah dapat mencari inisiatif apabila berhadapan dengan situasi yang sama.

Ibubapa saya juga bekerja, sedari saya kecil, jadi sedikit sebanyak saya dapat memahami apabila perkara ini dibangkitkan.

GURU


Ya, guru merupakan mereka yang diberi amanah pada mendidik/mengajar/membentuk akhlak anak-anak murid @ generasi kita.

Tetapi, ingat bukan 101% tanggungjawab diletakkan ke atas guru.

Memang sekolah diibaratkan rumah kedua pada proses pendidikan berlaku, dan guru pula sudah seperti mereka yang amat akrab dan penting dalam kehidupan seseorang pelajar itu.

Ibubapa saya juga seorang guru. Sedikit sebanyak apa yang mereka luahkan, saya dapat mengerti kegembiraan mahupun kelelahan.

..................................................................................

TAHU TANGGUNGJAWAB


Pendapat saya, masing-masing yang sudah tahu pada peranan, perlu bertanggungjawab pada peranan itu.
Difokuskan pada ibubapa dan guru itu sendiri. Kerana skop kita pada pelajar yang masih bersekolah rendah atau menengah.

Mempersoalkan kembali pada apa yang berlaku, dan menjawab sendiri tanpa perlu menunding jari adalah jalan yang terbaik.

Tetapi sukar untuk kita melihat kekurangan dan lekanya kita pada kekurangan itu. Itulah manusia.

Saya bukan arif, tetapi hal ini sangat berkait rapat dengan pembangunan ummah kita. Bukan sekadar hantar ke sekolah, balik rumah kemudian ke sekolah semula.

Apabila masing-masing tahu akan tanggungjawab, Insyaallah tidak akan berlaku kekurangan pada tanggungjawab itu, dan ianya membawa pada mudahnya urusan anak-anak itu pada pembesaran mereka.

Anak dicubit, ibubapa menyalahkan. Pelajar bermasalah, cikgu mencubit.

Saya amatlah tidak arif, tetapi persekitaran yang menyebabkan saya mengutarakan pemerhatian, kerana saya mahu mencari penyelesaian yang terbaik pada pendidikan/pembelajaran anak-anak kelak.. Ummah kita..

''pada mencari penyelesaian kepada sesuatu itu, kembali bermuhasabah akan kekurangan diri dan sudi merubah diri, lengahkanlah dan jangan sesekalipun mudah menunding jari, kembali pada cara Islam, itu yang terbaik''

.................................................................................................

Wassalam..

Entri untuk 'termenung'.. (Right Click ye)



6 Kata Kita:

Unknown said...[Reply to comment]

eh!!entry sama..
cara kita sampaikan je lain..
hehhehe...

mariah said...[Reply to comment]

diana - bermakna kita mmg perlu mengambil serius hal ini kan kak..

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Memang sangat risau tentang keadaan ni...kedua2 kami bekerja...anak2 malam baru jumpak....hanya tuhan tempat mengadu...

mariah said...[Reply to comment]

Fadzli Amir - Alhamdulillah enta sedar kerana kesedaran kita akan membuatkan kita mengambil berat. Sy yakin enta boleh pada memelihara tanggungjawab.. :)

sahromnasrudin said...[Reply to comment]

assalamualaikum sdri..

saya terkejut dengan berita ibubapa menyalahkan guru mereka di sebuah sekolah asrama di kedah...

sepatutnya iibubapa itu muhasabah diri bukannya mempersoalkan tindakan sekolah membuang anak mereka yang sgt tak berdisiplin itu

mariah said...[Reply to comment]

sahromnasrudin - itulah, sekarang ni macam2 dah berlaku melibatkan hal pelajar sekolah ni..

saya pun ada baca kes buang sekolah tu dan terkejut juga sampai sanggup keluar TV untuk mempertahankan diri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...