Kalau ada yang ingat dan baca entri lepas berkaitan interview saya, maka mereka akan tahu apa jawatan yang saya sandang di tempat kerja baru esok.
Terima kasih kepada yang memberi pandangan mereka :
sahromnasrudin
anakhajiamir
menongkaharus87
ustazlove
Apa yang saya peroleh adalah kena yakin dengan pilihan sendiri dan sebarang kemungkinan pada masa akan datang jangan terlalu difikirkan, kerana akan menyusahkan diri sendiri.. Seperti kata Al-Qassam pada komennya.
Saya mengaku, sifat yang dapat saya kenali yang ada pada diri yang tidak baik untuk diri adalah apabila saya terlalu fikirkan sebarang kemungkinan sehingga teragak untuk membuat keputusan. Dan nampak kurang matang mungkin!
InsyaAllah, keputusan yang dipilih ini adalah yang terbaik dan saya perlu membuka minda untuk sebarang kemungkinan akan datang.
Perlu ke saya kurangkan kasihan dan serba salah?
Hanya situasi masalah itu yang akan memberi jawapannya... :-)
.......................................................................
Di dalam kehidupan kita, setiap langkah yang dipilih, ke kanan atau ke kiri, pasti ada alasan dan yang pasti itu juga merupakan taqdir Allah S.w.t.
Bukan tidak perlu untuk memikirkan hati dan perasaan orang lain, tetapi keputusan yang kita ambil itu, baik buruknya akan ditanggung dan dihadapi oleh kita sahaja.
Pihak yang berasa kecewa, atau kurang senang, hanya lah pada saat itu, kemudian kita doakan mereka agar pulih kembali.
"kalau kita belum mampu untuk pilih yang terbaik untuk diri sendiri, boleh ke kita pilih yang terbaik untuk orang lain"...
Sehubungan dengan itu (macam nak buat karangan pula)... selepas ini saya tidak lagi boleh untuk kerap meng'update' blog ini, satu kesedihan mungkin kerana berniatkan 'ilmu' semata semasa saya membuat blog ini.
Wassalam..
P/S: perjuangan sudah bermula sebelum ini, dan akan diteruskan lagi selepas ini..susah senang, pengaduan hanya pada Allah s.w.t... di tikar sejadah, hamba 'termenung'..... Teruskan langkah!
Entri Baik Pilihan Khamis : (klik kanan ya)
8 Kata Kita:
assalamualaikum..
semoga sdra berjaya di alam baru serta menikmati kerjaya tersebut ya....
@sahromnasrudin : syukran syukran.. InsyaAllah..
Selamat menghadapi cabaran, dugaan, kesenangan, keseronokan, kegembiraan dan mungkin sedikit kepayahan dalam menjalankan kerja yang baru..!!!...Inilah pilihan kita yg dipandukan oleh yang Esa!!
@Fadzli Amir : syukran2.. itulah, kematangan disusuli selepas melalui 'luka'.. Kita ada Allah swt.. itu yg pasti!
Pilihan yang bijak tue.. semoga berjaya..kerja kat mana tue.. ada kekosongn lagi tak. Nak apply keja jugak ni.hehe
@AL-QASSAM : Alhamdulillah.. berdekatan dgn rumah di subang ni.
apa nama company
@AL-QASSAM : tica-frimec manufac. bukn field study dulu, but grab it 1st..
Post a Comment