Tuesday, December 21, 2010

Saya tak suka!!

Saya tak suka bila orang tidak berbahasa dgn lembut!! sebaliknya mungkin cara saya berckp telah menyebabkan dia hilang kawalan.

Saya tak suka bila ditipu!! sebaliknya mungkin dia terdesak kerana mahu menjaga hati saya..

saya tak suka bila kena ulang perkara yang sama!! sebaliknya mungkin cara penyampaian saya kurang berkesan..

saya tak suka bila orang menjawab tatkala saya tengah marah!! sebaliknya mungkin saya salah faham dan dia nak perbetulkan..

saya tak suka bila diketepikan!! sebaliknya mungkin sikap saya yang sebelumnya yang tidak menjaga hatinya..

saya tak suka bila orang buat muka!! sebaliknya mungkin cara saya tegur tidak sesuai dengan kehendak hatinya.

saya tak suka bila orang yang sama buat silap yang sama!! sebaliknya mungkin dia terlalu berhati-hati supaya saya tak marah.

saya tak suka orang yang penuh alasan bila minta buat kerja!! sebaliknya saya mungkin perlu bersama-sama dengannya membuat kerja itu..


glitter-graphics.com

>>>>kata-kata ini adalah sebahagian dari kehidupan kita yang bila saja amarah datang, maka dengan cepat kita menunding jari pada yang membuat kesilapan tanpa kita sedar salah itu mungkin datang dari kita.

>>>>MUHASABAH adalah kuncinya. Sekurangnya kita perlu meletakkan 70 alasan kenapa orang membuat kesilapan pada kita sebelum kita marah dengan melulu..(agaknya memang tak sempat marah kan? >< )

p/s : mendidik hati itu perlu untuk setiap saat..Lidah yang keji lebih hanya memberikan kesan buruk kepada pelakunya daripada yang diterima oleh mangsanya~~

Wallahu'alam

5 Kata Kita:

eizan0406 said...[Reply to comment]

manusia itu unik dan sukar dijangka...adakalanya dia akan rasional tetapi ada ketikanya dia akan emosional

NaDiaH aBd RaH!M said...[Reply to comment]

helehh . cm knal ayat nie? tapi , msti org tu buzy en . bnyk keje nk kne buat . lmbt2 nnti dy buat jgak . sabar2 la sikit . . hishhh !

NaDiaH aBd RaH!M said...[Reply to comment]

helehh . cm knal ayat nie? tapi , msti org tu buzy en . bnyk keje nk kne buat . lmbt2 nnti dy buat jgak . sabar2 la sikit . . hishhh !

BUJANG SUSAH said...[Reply to comment]

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan .. tengok jgn x tengok.. sila klik disini dan klik disini. Juga tutor 4 the latest read more klik disini.
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

alifzikri said...[Reply to comment]

susah didik hati ni..sebab tu ganjaran pahala besar Allah beri,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...