Thursday, December 9, 2010

Niat yang Ber'ujian'

Setiap perbuatan dengan niat``
semua sedia maklum tentang itu..
kerana ianya datang dari Sabda Baginda Rasulullah sendiri,
maka, mesti ada kepentingan yang mendalam..

Persoalan saya..
sejauh mana saya, anda semua memaknakan setiap niat kita?
memaknakan setiap niat supaya jasad akan bergerak dalam merealisasikannya..?

contohnya: saya nak jadi orang yang bersabar..
dan apa usahanya?
adakah ianya berterusan?
>tiba2 selepas 2 minit berniat,
adik kita buat perangai atau apa saja situasi yang membangkitkan kemarahan,
yang merupakan ujian pada kita,
kemana niat tadi?

Memaknakan niat kita itu
tidak kira dalam aspek apa pun
bermaksud ada kesan dan istiqamah pada niat itu,
dan jangan kita lupa,
Allah akan menguji kita untuk niat kita itu,
adakah benar atau sekadar niat yang akan tinggal niat..

selagi kita belum benar2 menguasai niat kita,
selagi itu kita akan terus diuji,

pujuklah diri bila terasa susah,
'Aku tahu Allah sedang menguji'

"Jangan salahkan soalan peperiksaan yang susah itu"
begitu juga jangan salahkan ujian yang Allah turunkan itu,
untuk kita jadikan alasan kenapa kita tidak berjaya dalam memaknakan niat,
ajukan persoalan ini,
dan jawablah sendiri,
kerana jawapannya akan membawa kita kepada tahap keimanan kita..

wallahu'alam..

0 Kata Kita:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...