"semua pandang sini,ada org nak snap!!" |
Kenapa tiba2 saya buat post ttg unta ni? Bagi yang sudah maklum, Alhamdulillah..
Tapi..... bagaimana dengan ukhti2 yang belum mengetahui? Ada apa pula kaitannya dengan perempuan??
Umum telah mengetahui tentang fesyen bertudung kini.. yang macam di bawah ni >>>>
ini masih xnampak lagi bonggolnye.. |
emm... |
cukupla 2 contoh saja ye.. :)
Jadi...apa kaitannya dengan post kali ni "bonggol unta"~~~
Mari kita siasat ye...
Hadith Riwayat Muslim. Hadith No. 212.
<<<Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia.. Golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan seperti melenggok-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini..>>>
Hadith Riwayat Ahmad, Jilid 2, m/s 223.
<<<akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan masjid. wanita-wanita mereka (isteri/ anak perempuan), berpakaian tetapi seperti telanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul/ tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita yang terlaknat.>>>
Astaghfirullah..saya sendiri takut kerana kini hampir sudah 99% wanita yang bertudung begini.. malah ada yang mahu meninggikan lagi bonggolnya...
Percaya tak sampai ada yang pakai rambut palsu untuk tinggikan bonggol dan ada pula yang lagi 'bagus' dengan menambahkan sponge???
I'm spongedung.... |
ye.. begitu sekali penangan hebat fesyen tudung kini...
Namun, bagi kita yang sudah tahu..
Jangan buat-buat tak tahu..
Bukan tak boleh berfesyen..
Tapi kita sudah sedia maklum etika yang sebenarnya..
Jangan kata "itu x boleh, ini xboleh, xpayah pakai senang citer".......
Islam itu Syumul..
setiap permasalahan ada jawapannya..
Kita tetap cantik di mata ALLAH tanpa perlu mengikut arus fesyen yang melampau..
Biarlah...
Biar orang kata kita tidak ikut arus moden..
Orang2 tu semua tak akan tolong kita untuk jawab di Akhirat nanti..
Cukupla..
cukup sekadar kita besederhana dalam berfesyen..
Tinggalkan dan mari kita sama2 sampaikan pesan ini...
Kepada saudari2 kita yang masih belum tahu..
boleh lawan ke bonggol saya hah? ... |
ye, sayala Unta yg diorang cakapkan tu...hehe |
Bonggolku bonggolmu jua~~~ |
p/s: masih mencari kekuatan untuk tegur secara direct pada org yg dekat dgn saya........insyaallah
SKETSA :
NAK KONGSI LAGI NI.....
BERMUHASABAHLAH KITA... |
1 Kata Kita:
erm...apa yg cntik dgn tudung bonggol unta erk??..huhu... hairan sungguh knpa rmai yg suka... mngkin i2lh yg dikatakn 'pesen'...huhu^^..
mga kita ambl ibrah...
Post a Comment