post untuk waktu ni 13/12/10 berkaitan dgn pembacaan sy yg xsengaja membaca buku yg dah pun dibaca sebelum ni (ayat fenin~) .. dan di dalam buku tersebut ada tertulis sebuah pesanan Suami untuk permaisuri hatinya.. knp pula sy tiba2 nak share ttg ni? yela, hal rumahtangga bukan hanya untuk mereka yg dah berumahtangga, ianya perlu diambil kira lagi2 bagi mereka yg bakal menjadi raja sehari nanti (me? bila ye? hehe). secara serius, sy memang sgt AMBIL BERAT ttg ilmu berkaitan suami isteri.. jd, sy nak kongsi pesanan suami yg mungkin boleh(atau perlu/harus...) diambil kira oleh kaum hawa tidak kira apapun status kita ok..kerana kita sebagai manusia yang mahu memantapkan iman perlu untuk sentiasa diberi PERINGATAN..
Maafkanlah kesalahanku,
Nescaya engkau kekalkan cintaku padamu,
Dan janganlah engkau bicara,
Saat kemarahanku sedang memuncak.
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku,
Seperti engkau memukul rebana,
Kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui,
Bagaimana sikap orang yang tidak terkendali.
Jangan engkau banyak mengeluh,
Kerana ia akan mengikis cinta,
Dan hatiku ini akan berubah menolakmu,
Kerana tabiat hati itu tidak tetap.
Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini,
Bila berpadu dengan rasa benci,
Dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang..
itu sahaja.. mendalam dan penuh dengan makna andai kita sudi untuk memahami secara telus tanpa meletakkan sebarang alasan.. salam dari saya.. ~mariah
0 Kata Kita:
Post a Comment