Wednesday, February 2, 2011

MATI





Assalamualaikum kepada semua hamba Allah yang diberkati. Pada hari terakhir pekerjaan
(esok lusa cuti dah), saya nak sampaikan puisi   kata-kata
yang terlintas dari akal fikiran sewaktu tengah driving pagi tadi.

Saya menjemput anda semua membacanya ye..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Pada melangkah kaki untuk setiap saat
Waktu itu jantung masih bergerak memberi nafas
Menandakan diri masih bernyawa
Memberi peringatan mati ada dimana-mana

Pada ketajaman mata melihat
Jalan-jalan diselusuri dengan masa silih berganti
Disekeliling memberi tanda
Mati menjadi peneman pada saat 

Jangan diri berlebihan pada kegembiraan
Kerana sudah diketahui
Dunia hanya satu permainan

Jangan diri terlalu suka berderai ketawa
Ingatkan selalu bahawa
Dunia hanya tahu bersenda gurau

Letakkan sempadan dan sekatan
Agar akal dapat mengimbangi
kedegilan si nafsu

Pada setiap harta dan kemewahan di sini
Lihatlah sekadar melihat
Tanpa perlu berlumba memilikinya

Jangankan malu pada besederhana
Jangan pula segan pada kemiskinan
Dan jangan kata tidak pada keselesaan

Susun atur hidup
Bukan letaknya pada peningkatan zaman
Tetapi letaknya pada keteguhan pendirian
Dikukuhkan pula dengan ilmu dan amal

'Bukan aku tidak mahu bercantik'
'Tetapi aku risau pada mata yang hatinya berkata'

'Bukan aku tidak mahu bermewah dengan penjenamaan'
'Tetapi kasihan pada yang masih kais pagi dan petang'

'Bukan aku tidak mahu bersosial'
'Tetapi aku risau pada dosa yang belum mungkin diampunkan Allah'

'Bukan aku tidak mahu mengumpul harta sebanyaknya'
'Tetapi aku risau pada pemberian yang masih kecil cuma'

Pada sisi diri, ada mati yang tidak diketahui tetapi pasti,
Maka hal dunia yang permainan cuma, diambil hanya sekadar perlu,
Perlu bukan pada mahunya nafsu,
Tetapi kehendaknya pada kata akal yang datang dari keimanan.

Ya Allah, 
Ampuni setiap satu dosa diri yang dalam sedar mahupun tidak,
Ampuni dosa diri yang sering diulang,
Ampuni pendosa ini yang sudah tahu akan dosa.

Hanya mati di sisi yang mengingatkan,
Tentang amal yang perlu dipertingkatkan,
Tentang hal dunia yang perlu dikurangkan ditinggalkan.
ALLAHUAKBAR!


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Disertakan sekali video kegemaran saya dari kumpulan FAR-EAST
(DEKAT ATAS YE)


Assalamu'alaikum w.b.k


1 Kata Kita:

izuan said...[Reply to comment]

tulisan yang baik ;)
teruskan ya.. kita saling mengingatkan dalam cara tersendiri.
em, tahniah kerana dapat idea di mana-mana ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...