Suami Yang Bertuah
Jika ditanya tentang sifat si isteri, maka ramai yang memuji kesopanan dan kelembutan. Malah si isteri adalah seorang yang sangat teliti,pengemas sehingga kain langsir pun diberi perhatian pada keserasian warnanya. Sungguh bertuah si suami.
Suatu hari, si suami melihat kanak-kanak girang bermain di hadapan rumahnya. Hatinya tersentuh dengan keletah anak-anak kecil yang jujur sikapnya. Maka,timbul di hati si suami untuk memperoleh cahaya mata sendiri.
Setelah berbincang dengan si isteri, maka mereka saling bersetuju untuk memperoleh anak.
Mereka sentiasa memohon doa agar dipermudahkan niat mereka oleh Allah swt. Disamping itu mereka juga minta pertolongan dari jiran-jiran dan sahabat handai untuk mendoakan mereka sama.
"Ya Allah, kurniakan kepada kami seorang anak yang akan memberi keindahan kepada isi rumah kami ini"
Perkhabaran gembira untuk mereka selepas mendapati si isteri mengandung! Ucapan syukur bertalu-talu singgah di mulut mereka. Kegembiraan ini juga turut dikongsi oleh jiran tetangga.
Anak Membesar
Setelah anak yang kecil membesar dan sudah ligat bermain, maka habis seisi rumah digundahkannya. Berkecah sana, bertaburan sampah di sini.
bersepahnyeee....penat den kemas tadi. |
Ibu yang sudah pasti tidak suka akan situasi itu, setiap hari mengajar anaknya tentang kebersihan dan ketelitian.
Sehingga apabila amarahnya menguasai, dia pernah memukul si anak dan mengajar anaknya supaya memohon maaf dan tidak mengulangi lagi perbuatan yang sama.
Namun,fitrah anak yang kecil itu, hari ini ucap maaf, esok sudah dilupa, maka kembali 'mengemas' rumah yang sentiasa bersih dek dijaga ibu yang teliti itu.
Kemuncak Ammarah
Satu hari, sahabat kepada si ibu ingin berkunjung ke rumah, barangkali ingin menziarahi sahabat lama.
Maka si ibu sibuklah satu hari itu mengemas rumah, semestinya dia tidak mahu sahabatnya datang ke rumah dengan keadaan rumah yang berkecah. Malu!
Seusai mengemas bahagian ruang tamu, si ibu membersih pula bahagian dapur dan membuat sedikit persiapan makanan.
Si ibu yang penat tadi, kembali ke ruang tamu, namun apa yang dilihat di ruangan hadapannya itu sangat menyakitkan hatinya!
"Aku sudah tidak mampu bersabar lagi dengan kamu!"
Ungkapan si ibu terhadap anaknya yang telah mengkucar-kacirkan ruang tamu, langsir yang terjatuh, kertas yang bertaburan, dinding bercontengan. Penat ditambah dengan ammarah.
Maka dikejarnya si ibu terhadap anaknya sehingga mereka keluar dari rumah. Tidak diendah lagi akan mata-mata yang memandang. Kerana ammarah menguasai sudah.
Sehingga sampai di satu 'check point', si anak yang ketakutan melangkah pagar dan 'gedebukkk'...
Si ibu yang turut terjatuh kembali bangun dan merasa seakan air hangat sedang mengalir yang rupanya adalah darah si anak yang sudah tidak sedarkan diri.
Penyesalan
"Maaf kami tidak mampu menyelamatkan anak Puan, Allah lebih menyayanginya"
Ungkapan Doktor yang menyimpulkan pembedahan yang telah dilakukan ke atas si anak. Si ibu tadi, tidak tertahan perasaan sedih, mengalir air mata yang tidak mampu diseka. Satu-satunya anak telah pergi meninggalkannya dan lagi perit kerana lari dikejar oleh ibunya sendiri!
Penyesalan yang tidak terkata. Si ibu pergi ke tong sampah dimana tempat dia telah membuang kertas yang dicarik anaknya, kemudian dia menaburkan kembali di ruang tamu. Mengimbas kembali, mengimbau kelibat arwah anaknya yang sedang bermain.
Sedarlah dia bahawa keindahan isi rumah sebenarnya adalah sifat anaknya itu sendiri.
Nikmat vs Syukur
Nikmat datang sekali sekala...
Namun bersyukur harus sentiasa...
Nikmat bahagia datang sekejap, bersilih ganti dengan keperitan dan kesabaran. Perlu kuat tika perlu sabar.
Disebalik nikmat yang bersilih ganti datang itu, kita perlu sentiasa meletakkan Kesyukuran pada Allah di tangga teratas walau sedang melalui keperitan.
Kerana apabila sifat bersyukur sudah terbiasa ada dalam diri, waktu mengalami kesusahan adalah tidak sulit lagi.
Sifat bersyukur boleh ada dalam diri yang sentiasa berprasangka baik terhadap Allah SWT.
Berprasangka baik terhadap Allah boleh disemai dalam diri yang tekun mencari ilmu untuk diamalkan.
Maka hari ini bersyukurlah kita semua dengan keadaan diri kita, sikap ahli keluarga kita, sifat sahabat handai, tempat kerja, dan lain-lainnya.
Assalamualaikum...
>>>>menginsafi dan terus menginsafi diri ini.
2 Kata Kita:
ya Allah...menitis airmata baca..jgnlah buat anak mcmtu..klu mrh skalipun..beristighfar selalu spy xmyesal...
deena baca dgn khusyuk entri kak mariah ni.. sayu..
itula, kdg2 kita marah sehingga lupa nikmat yg kita peroleh.. Marah pd adik, shingga lupa dia adik kita. marah pada kawan, shingga lupa dia kawan kita...
Post a Comment