Tuesday, January 25, 2011

Esoklah, Lusalah, Nantilah....

" kejap lagi kan boleh buat, sabarlah,.......!"

Sebaris ayat berupa alasan cuma yang singgah di mulut setiap kali malas bertandang..

" Emm, minggu depan dah nak exam ni, aku ada lagi 7 hari lagi termasuk weekend ni... kalau belajar sekarang pun, for sure nanti lupa....." Hati Diyah berkira-kira untuk menyusun perancangan. Disebabkan Diyah punya 7 hari lagi, maka sangkaannya tempoh itu cukup untuk dia membaca kesemua subjek.

Last minute adalah rakan karib Diyah. selagi ada masa, selagi punya waktu, maka tugasan atau sebarang perbuatan akan ditangguhnya sehingga di saat kemuncak, baru akan diselesaikannya.

Kesannya, hasil kerja yang tidak memuaskan. Pasti!

......................::*Satu Kisah*::..........................

PMR akan menyusul dalam 6 bulan lagi. Diyah merupakan salah seorang calon peperiksaan itu.

"Diyah, tak belajar ke? Kamu tu dahla bangun tidur pun lambat, dah bangun tengok TV pula, mak pula yang risau tengok kamu relax macam ni". Luahan hati mak Diyah yang sudah capek untuk tegur anaknya itu.

Diyah hanya tersengih sambil tahan telinganya yang saban hari disuapkan dengan kata-kata bebelan. Bagi diyah, hati kecilnya menjawab " Mak ni, orang tahulah nak susun masa, ada masa lagipun ni".

last minute tu malas ke? emm, malasla nak fikir..


Saban hari, begitulah ragam Diyah. Sehinggalah tinggal sebulan lagi untuk PMR berlangsung.

Satu hari, Diyah pulang berjalan kaki dari sekolah (rutin harian), sambil berjalan sambil dia ngetest suaranya dengan menyanyi kecil sendirian. lalalala~~~

Gedebuk! "Aduh! Sakitnya". Jerit Diyah yang rupanya kaki tersadung akar pokok yang menjalar. Diyah cuba bangun, tetapi ternyata dia tidak mampu kerana ibu jarinya sakit yang teramat sangat.

"Ibu jari adik terseliuh ni, ambil masa untuk sembuh, adik perlu rehat buat sementara". Kata doktor yang merawat kaki Diyah dan disambut dengan soalan yang pantas dari Diyah "Tapi, saya kena ambil PMR doktor, saya kena pergi sekolah, cikgu buat revision, kena pergi tuition lagi, rugi saya nanti".

Kata putus dari doktor yang menyuruh Diyah mengambil peperiksaan PMR di wad Hospital telah menyebabkan Diyah membungkam kerana, "Subjek Sejarah tak habis baca lagi, Matematik belum buat latihan dengan kawan-kawan lagi, Sains, BM, Agama... banyaknya. Takkan nak belajar dekat wad ni, mana masuk!" Rengus hati kecil Diyah.

"Kalaulah aku dah prepared awal-awal lagi, kalaulah aku tak buang masa yang banyak sebelum ni, kalaulah aku susun jadual dengan betul, kalaulah aku ikut cakap mak dulu, kalaulah..... " Kata penyesalan dari Diyah yang dia tahu sudah tidak berguna lagi penyesalannya.

Kerana dulu, dia yang memilih untuk melambatkan tindakan. Kerana dulu dia yang memilih untuk menangguhkan perbuatan.

>>>>>>>>Diyah hanya ilusi penulis<<<<<<<<

Apa yang ingin saya sampaikan bedasarkan cerita pendek yang tidak seberapa ini ialah:

"Jangan suka untuk menangguhkan atau membuat sebarang kerja di akhir masa kerana kita tidak tahu apakah masih punya masa di waktu itu"

doa hindari kemalasan. InsyaAllah



Terus menginsafi diri ini ..... Assalamu'alaikum.


1 Kata Kita:

alifzikri said...[Reply to comment]

betul2..org kata ,perkara baik jangan tangguh, perkara buruk tangguh-tangguhkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...