Keluh hati kecil dalam diri.
Seringkali serangkap ayat keluhan ini hadir dalam diri kita semua. mengingatkan akan situasi yang sentiasa berulang walau dah diberi teguran. Tidak kira pada sesiapa pun (khususnya pada diri yang hina ini).
Tapi, perlu kembali 'termenung' bermaksud muhasabah. Adakah benar dia 'keras kepala' sampai sudah ditegur namun masih melakukan perbuatan yang sama.
Atau diri kita yang salah cara. Atau jika sudah betul cara, mana lagi silapnya?.
>>>DIA tidak ditujukan pada sesiapa. :)
PROAKTIF
Mengubah apa yang boleh diubah. (diri kita)
Tidak terus mengubah apa yang sudah tidak boleh diubah. (perangai orang/suspek)
Mungkin ini boleh dijadikan penyelesaian. InsyaAllah. Kita bermuhasabah diri kita. Kita ubah cara kita.
Mungkin dari segi percakapan atau perbuatan kita sehinggalah kita boleh pengaruhi untuk ubah dia/ tegur.
Andai dia memang suka mengkritik, mengapa perlu tunggu dia berubah, sebaliknya kita boleh ubah cara kita sehingga hatinya lembut.
Andai dia memang tidak boleh ditegur, kenapa nak tegur dengan cara yang sama, sebaliknya boleh kita guna pakai cara yang lebih sinonim dengan fitrah dia.
Andainya dia memang agak malas nak berkemas, dan kita sudah tahu sikapnya, kenapa nak juga tunggu dia kemas bilik, sebaliknya kita boleh kemas bilik dan ajak dia sama2.
........dan terus berandaian.........
Bukanlah bermaksud mengalah yang kalah itu. Tetapi mengalah untuk mengubah keadaan.
"Andai batu yang sudah sememangnya sedia ada di tengah jalan itu, mengapa perlu dimarah pada batu itu, melainkan kita yang perlu ubah haluan supaya selamat."
Kalau kita terus tak nak mengalah malah nak juga tunggu orang ubah perangai dulu, tidak ke kita yang akan menanggung sakit hati yang berpanjangan??
....Tidaklah saya menulis ini sahaja cuma, sebaliknya mahu meletakkan diri agar sentiasa boleh terima kemarahan orang namun bukan menghamburkan kembali, agar dapat didik diri khususnya..... Wallahu'alam
".....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu......"
Al-Baqarah: 216
"........sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri......"
Ar-Ra'd: 11
Al-Baqarah: 216
"........sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri......"
Ar-Ra'd: 11
>>>>>terus menginsafi diri ini.... Allahuakbar!
5 Kata Kita:
anda penulis yang berbakat. setiap kata-kata yang ditulis menyentuh hati ana..
Mungkin hidayat Allah SWT belum sampai.
Kadang-kadang kita menegur orang lain diniatkan untuk berpesan kepada diri kita sendiri.
Jika orang tak nak berubah, kita tak pecah hati.
Semoga istiqomah di dalam penulisan.
teruskan perjuangan . and gud artikel :)
>> Bijen M. : pendapat yang benar tu :)
>>FRISZ@AZ.Com : syukran syabab..InsyaAllah
>>ymn : Alhamdulillah. masih belajar.. syukran juga.
Post a Comment