Muhasabah |
Dia lelaki
Yang dilahirkan di dalam keadaan yang cukup mencabar
Dia lelaki
Yang dididik oleh seorang Imam
..Allah SWT telah menyusun kehidupannya seperti mana yang lainnya..
Waktu kecil menunjukkan sifat
Sifat yang berdikari pada diri
Kesusahan dan kepayahan pada memerah keringat
Mengembalikan semula hasilan
Tidak jemu berusaha
Tidak mudah berputus asa
Kerana dia lelaki
Maka dia hanya memendam
Pendam segala yang dirasa
Tanpa pernah diketahui
Kerana dia lelaki
Justeru dia sedar akan tanggungjawab
Pada kedua Ibubapa
Pada adik-adiknya
Pada seisi keluarganya
Tidak pernah mengeluh
Tidak pula membantah
Kerana dia sedar akan Taqdir Allah
Di waktu yang lain cuba menggapai cita
Dia kembali pada tanggungjawab yang lebih memerlukan
Kembali ke pangkuan si Ayah
Yang terlantar meminta bantuan
Tidak menyesal pada keputusan
Tidak menyesal meninggalkan awangan
Kerana memegang janji Allah SWT
Pada ketaatan seorang anak
Kerana dia lelaki
Jadi dia perlu berukhuwah
Tidak pernah mengira siapa
Yang baik dibalas kebaikan
Yang buruk dihadiahkan senyuman
Kerana kelembutan pada berbicara
Menarik minat si tua mahupun si muda
Untuk mengenali hatinya
Kerana dia lelaki
Yang sedar akan peranan
Maka terus memberi peranan
Tanpa meminta pengembalian haknya
ALLAH SWT tahu akan sifat hambaNya
Semoga dia terus berperanan
Semoga dia mendapat kebahagiaan yang dicari
Semoga dia terus diberi Hidayah
Pada menyelusuri hari-hari di dunia ini
Untuk dibekalkan di Akhirat nanti
Untuk dibekalkan di Akhirat nanti
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
P/S: Puisi yang direka dan diadaptasi dari diari kehidupan seorang lelaki.
::.. **~Khas untuk akhi Mohd Muin Bin Sani ~** ..::
3 Kata Kita:
Menyentuh hati.. n_n
Bermakna... ~~~
syukran : Baitil a'tiqa dan Ckin.. ",
Post a Comment