Thursday, January 13, 2011

Cerpen ringkas..








'Kenapa termenung ni?' Tanya Ana pada Elya bila dia melihat rakannya itu termenung memanjang tanpa sedar kehadiran dia. Elya menoleh pada Ana sambil melemparkan senyuman ala-ala kambing yang tak pandai senyum.

'Takde apela, cuma tengah layan fikiran ni yang tiba-tiba nak fikir'. Pendek sahaja jawapan Elya tetapi penuh makna yang tersirat dan Ana tahu akan itu. Ana ambil tempat di sebelah rakannya itu dan diam, menunggu Elya teruskan perbualan kerana dia fasih akan rakannya itu yang ingin berkongsi sebenarnya.

'Saya penatla Ana, penat buat dosa dan bertaubat dan ulang semula'. Sambung Elya lagi, 'Selesai je solat Subuh, saya akan berdoa untuk satu hari saya supaya sabar dengan apa-apa ujian yang datang, tenang bila nak marah, boleh buat kerja dengan ikhlas, boleh siapkan kerja, tapi...'

'Tapi bila awak berhadapan dengan ujian, adakalanya awak boleh dan adakalanya awak jatuh?' Sampuk Ana untuk menunjukkan dia faham akan perasaan rakannya ketika ini. Elya mengangguk perlahan sambil menahan airmata yang meronta nak mengalir menunjukkan hatinya saat ini sangat kecewa dengan diri sendiri.

'Awak tahu kasih sayang Allah pada kita sangat besar? Dia yang menciptakan kita maka semestinya Dia nak yang terbaik untuk kita. Ujian dari Dia bukan suka-suka, malah ada perkara disebaliknya tetapi hanya bagi mereka yang mahu memikirkan.' Ana berhenti seketika.

'Jika nak dibandingkan ujian yang kita lalui dengan para pembesar zaman nabi dahulu, awak rasa besar sangat ke ujian kita? ' Ana lemparkan senyuman dan meneruskan perbualan berunsur tarbiah buat dirinya khususnya dan rakannya Elya yang ketandusan nasihat mungkin.

'Kebiasaan ujian kita, dengan mak ayah yang mungkin kurang perhatian kerana sibuk bekerja, jadi kita kena berdikari dan bertanggungjawab dengan diri sendiri, dengan raka-rakan yang adakalanya buat mesyuarat di belakang kita, mengumpat le tu, hehe, dan mungkin ujian dengan diri sendiri yang kadang-kadang keliru dengan keputusan dan matlamat hidup.'

Elya terus membisu kerana dia tahu dia akan dapat sesuatu dari Ana yang kalau diaju satu soalan, jawapan yang diterima boleh dibuat karangan. Desis hati kecil Elya sambil bersyukur kerana dia mempunyai rakan yang boleh diharapkan untuk menasihati dikala hatinya merintih bait kata-kata yang berhikmah.

'Kita kena bersabar yang bermaksud, kita terima dan lupakan. Terima apa jua keadaan di waktu itu, dan lupakan perbuatan orang lain yang menyakitkan hati kita. Kita kena faham erti hidup sebagai seorang Hamba, perlu memberi tapi bukan meminta imbalan semula. Bila kita beri pertolongan, jangan harapkan orang untuk membalas semula, nanti kita akan hilang sifat nak memberi itu.'

Elya mengangguk tanda setuju dan faham, 'Terima kasih Ana, kata-kata yang berhikmah ini mampu membuatkan hati saya bersemangat semula. Lain kali Ana luangkan masa dengan saya lagi ye.'

'Insyaallah.' Balas Ana ringkas sambil diri menilai semula kata-kata yang berbunyi pujukan sebenarnya buat dirinya yang juga hampir tersungkur tak mampu melawan arus. Namun, Allah Maha Penyayang dan Ana yakin akan itu. Maka dipujuk hatinya untuk kuat semula dan terus beristiqamah.






1 Kata Kita:

BUJANG SUSAH said...[Reply to comment]

Secebis Renungan

DISINI

DISINI

dan

DISINI

semoga memberi manfaat insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...