Tuesday, August 23, 2011

Ini Bahagian Saya!!

Pernah tak anda mengalami situasi yang teramat marah?
Sama ada marah yang mencabar kemarahan, atau marah yang apabila sesuatu tidak sempurna..
Kita kerja, masing2 ada time frame kan.. atau deadline la.. dan dalam nak maintain kan perjalanan mengikut time frame tu, TAK MUNGKIN perjalanan itu smooth yang disangka  atau yang telah dirangka dalam time frame..
PASTI, ada sesuatu masalah yang berlaku WALAUPUN masalah itu kita dah cuba tangani, mungkin juga masalah itu datangnya dari pihak lain.. biasalah kan..
Tambah berdebar lagi bila kita bukanlah BOSS, tetapi orang kecil sahaja yang PERLU siapkan tugasan mengikut time frame/ ARAHAN.. bila tak dapat sharp to deadline, makanya kita akan buka MEETING table..dan yang seronoknya masa meeting ini adalah anak-anak buah, yang tidak perlu menjawab apa-apa .. masa untuk bagi peluang pada bossy untuk jawab ‘kenapa tak dapat catch deadline’!!..hehe.. J (termasuk saya ni)..

******************** ironinya
Macam mana kita boleh jangka bahawa perjalanan seharian kita di muka bumi ini boleh smooth.. boleh ikut apa sahaja yang kita nak.. boleh berlaku seperti yang kita rancang..

Sedangkan..
Skop kerja yang kecil itu pun sudah pelbagai masalah diantara starting date dengan deadline itu sendiri (itupun duration yang bukanlah bertahun-tahun)..
**********************
Dalam kita memulakan perjalanan seharian dan seterusnya,
Perlu ada perancangan, dan laluilah perancangan itu dengan MENJANGKAKAN bahawa akan ada UJIAN untuk setiap kita ini.. dan UJIAN tersebut TIDAK sama diantara kita.. kita punya bahagian masing-masing… DITEKANKAN, kita punya bahagian masing-masing..
MEMANG, bila melihat pada orang lain, mudah untuk kita mengeluh dan cemburu ..kadang-kadang kita taknak bertemu dengan orang tersebut hanya kerana cemburu.. itu REALITI..
CEMBURULAH.. tak mengapa.. asalkan jangan sampai kita tak boleh STEP FORWARD untuk terus menggapai bahagian kita pula walaupun lambat dari yang lain..
JADI, tak kisahlah dalam skop apa sekalipun, JANGANLAH kita mudah hemburkan marah, SABAR sangat-sangat ye.. kalau tak, lidah kita ini akan buat hati orang lain terluka yang takde ubatnya..
Katakan : INI BAHAGIAN SAYA!!

4 Kata Kita:

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Bercakap tentang marah, memang terkadang saya ni akan marah, walaupun selalunya tak, kepada kontraktor cina ni...macam biasalah..kita hanya merancang...tak dapat ikut time frame yg ditetapkan...
masa mula2 memang takut sangat sampai terbawa2 dalam tidur...
tapi pengalaman mematangkan kita, sekarang bila bangun tidur terasa dah bersedia tuk menghadapi apa jugak masalah pada hari tu, sebab memang hidup ni banyak masalah, hanya bagaimana kita tanganinya disamping berdoa pada Allah moga segalanya berjalan dgn lancar....

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

lupa nak tanya...betoi ka ada dalam kad tu yg mana satu???

mariah said...[Reply to comment]

@Fadzli Amir : begitulah.. sy sendiri pun melalui perkara hmpir srupa.. mula2 mmg jd fobia sgt lagi2 tgk muka boss yg dah pnjg.. akhirnya, sy memilih untuk tenang, even dlm bekerja pun islam ada caranya.. kan islam itu syumul..
apepun, supplier atau customer, dua2 boleh bawa kemarahan.. :)

mariah said...[Reply to comment]

@Fadzli Amir : saya bergurau.. maaf .. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...