Berselisih faham?..
Ye, manusia tak lari dari kesilapan samada sengaja atau tak.. saya sendiri, pernah berselisih faham dengan roomate ..
Antara kami berdua, memang tak pernah sama citarasa.. tapi kami memang sangat rapat dan akrab untuk permulaan semester..
satu hari, mungkin masing2 memendam dan hari tu, kami membuat 'mesyuarat'... maka, disitu bermula ketidak teguran.... saya menginsafi kelemahan waktu itu..
...............................................................................
Dalam hati ni, sentiasa berdoa, agar dapat kembali bertegur dan bersapa dengan dia (semester seterusnya, kami berpisah bilik) :)... kenapa saya nak sangat bertegur dan berbaik? Kerana saya tahu walau dia kearah 'kebaratan', dan tak sama cara hidup kami, namun hati dia sangat baik, saya akui tu..
"mariah, Aina (bukan nama sebenar) kena sengat lebah!"... kata kawan saya dibalik pintu tentang kejadian yang menimpa Aina (ex-roomate tadi) selepas dia mandi..
terkocoh-kocoh saya keluar bilik dan tanya Aina mandi dekat bilik mandi mana.. Sampai sahaja di bilik mandi tu, saya terus nampak lebah yang dah mati, dan tanpa fikir panjang, "ini kot lebahnya"..
Saya menuju ke bilik Aina dengan kawan tadi..
Tangan menggigil, hati berdebar..yela, nak berhadapan dengan Aina setelah dah lama tak bertegur..
"mana ye tangan yang kena tu?"... konon2 confident saya ni..
Aina : "ni ha".. bila dia nampak je saya nak tenyeh belakang lebah tu dekat jari dia, dia pun tanya "eh, awak nak buat apa ni?"
Konon2 yakin lagi, saya jawab " saya nak tenyeh belakang lebah ni dekat tempat awak kena sengat, supaya dapat kurgkan sengatan sebab ada penawar"... macam tulah agaknya ayat saya..
Muka dia berkedut... muka saya berkerut.. :)
Lepas dah habis bagi rawatan, dia agak meraung sikit, "takpe, mula2 ni pedih sikit, lepas ni InsyaAllah dah baik".. doktor mariah kata..
..............................................dia ucap terima kasih dan saya pun berlalu.....................
Dalam 15 minit kemudian, dia lalu depan pintu bilik saya, dia nak keluar kot, sambil lalu, kebetulan pintu bilik saya terbuka, dengan senyuman, dia lambai saya dan cakap "hai"........
Alhamdulillah, Allah dengar doa saya..
Sejak hari tu, kami dah berbaik semula... dan saya tersangatlah gembira...
Dan dia merupakan salah satu kenangan terbaik saya di kolej.. Salah seorang kawan yang sangat menghargai persahabatan dengan saya.. Dan kawan pertama yang saya kenal semasa interview lagi...
Assalamualaikum...
Thursday, April 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Coretan Ilmu Kita~
Blog Archive
-
►
2012
(1)
- ► April 2012 (1)
-
▼
2011
(67)
- ► September 2011 (2)
- ► August 2011 (5)
- ▼ April 2011 (4)
- ► March 2011 (22)
- ► February 2011 (7)
- ► January 2011 (17)
-
►
2010
(18)
- ► December 2010 (18)
5 Kata Kita:
alhamdulillah..(^^!
SenyumSOYA : Alhamdulillah juga, itulah, tak suka bila tak bertegur sapa ni kan.. jadi susah hati je
Tenyeh lebah tempat kena sengat tu petua ke apa. xpernah dengar lagi setakap nie
AL-QASSAM : cubelah, nanti tahu kesannya mcm mana :). InsyaAllah.. saya tahu ttg ni pun waktu masa di asrama dulu2.. selalu sgt lebah masuk asrama.. petua? mungkin juga la.. secara saintifik, sy tak pasti..
AL-QASSAM : cubelah, nanti tahu kesannya mcm mana :). InsyaAllah.. saya tahu ttg ni pun waktu masa di asrama dulu2.. selalu sgt lebah masuk asrama.. petua? mungkin juga la.. secara saintifik, sy tak pasti..
Post a Comment