Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikum..kembali berblog semula..

Sudah hampir pertengahan bulan 4, bermaksud setengah bulan saya meninggalkan dunia blog buat seketika.. Untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru..

Pertama kali menggalas tugasan yang berat, amanah dari Allah jua..

Ye, setiap yang kita pikul ini, walaupun sebagai seorang pekerja, juga merupakan amanah.. Bagaimana kita mahu menjaga amanah ini?

Bukan senang, mahunya lagi kita bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai ragam tersendiri. Si polan suka siapkan kerja dengan cepat, maka prosedur dipintasnya supaya lebih mudah.. Si polan itu pula lambat kerjanya, betul2 mengikut prosedur, cerewet dikatakan..

Kita berada dalam situasi yang perlu menggunakan akal sebaiknya.. dan kadang-kadang Human Being itu, perlu ditolak tepi, lagi-lagi tugasan yang ada dead line..

Tidak pernah bekerja dalam industri yang besar ini, memerlukan saya berdikari kerana jawatan yang diperoleh merupakan jawatan penting dan saya tiada rujukan melainkan bertanya pada mereka dari bahagian yang lain..

.......................................................................

1. merendah diri - sangat perlu ada dalam diri saya yang masih fresh ini. sekalipun di luar sana.. kerana apabila kita sedar tahap pengalaman kita yang cetek ini, kita tahu kita perlu belajar, kita tahu kita perlu bertanya apabila sudah benar-benar buntu, maka di situ tidak ada masalah untuk menunjukkan yang kita memang tidak tahu, dan orang lebih faham dan mudah menolong kita...

2. kena bersemangat - ye...tiap-tiap hari saya mesti mulakan doa di dalam hati, agar satu hari ini yang saya lalui dipermudahkan, diberi keyakinan, diberi kesabaran..... bersemangat selalu..lawan ngantuk! :)

3. setkan minda - ye! ini pun salah satu cara saya memulakan hari saya.. bila masuk tempat kerja baru, saya tahu akan bertemu dengan pelbagai ragam yang terselindung mahupun tak. Perkara pertama, saya kata dalam diri ni, 'tak mahu dgr apa kata mereka, nak berhadapan dulu dengan org tu, baru nak buat penilaian'.. ini berlaku apabila ada pula mulut-mulut yang mula nak buka aib orang... aahhh, tak mahu dengar... ubah topik atau tak beri respon!.. hehe

4. planning.... - yup, paling penting..

..........................................................................

Ya Allah, sesungguhnya gaji yang hamba terima ini, datang dariMU Ya Rabbul Izzati.. bukan dari mereka, tetapi dariMU..

maka setiap yang diperbuat, yang telah diamanahkan, segalanya ditawakkal kan padaMU kembali..

Amanah adalah pencetus kejayaan! seandainya kita tahu apa maksud amanah itu!

........................Salam........................... >>best tak topik ni?? ^_~

4 Kata Kita:

Aina said...[Reply to comment]

salam..

selamat bekerja.sebagai org baru biarpun kita ketua mmg tpaksa merendahkan diri untk btanya kpd org bawah yg lebih senior.baik dengan semua org tetapi hati2 dalam setiap langkah.kekadang kita baik pun ada yg x suka.kekadang niat baik kita disalah ertikan.moga Allah permudahkan urusan maria..tumpang gembira tgk org dapat kerja bagusssss...walaupun dlm hati ada sikit jeles.hehe

Mariah Binti Abd Rahim said...[Reply to comment]

@Aina : syukran kak.. xpe kak, jeles tu boleh dijadikan pemangkin untuk lagi bersemangat kan.. :)

Fadzli Amir said...[Reply to comment]

Salam...selamat kembali....wah dah kerja besar....alhamdulillah....memang macam tu kalau bekerja tempat besar...memang kena banyak bertanya...kalu kita buat dengan ikhlas, insyaAllah, Allah akan memberi balasan, tak payah harapkan org lain....tapi Allah beri melalui org la...

mariah said...[Reply to comment]

@Fadzli Amir : syukran jazilan.. InsyaAllah, semoga kita sama2 dipermudahkan dalam menjalankan amanah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...