Friday, April 13, 2012

Mengetahui Hak

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat kembali menulis dalam blog ini sambil membersihkan spider web!

Hampir 6 bulan juga saya tidak dapat menulis, menginsafi diri yang tidak dapat beristiqamah. -___-

Kembali pada tajuk diatas, mengenai hak kita yang kadang-kadang kita pandang remeh, mungkin ini terjadi salah satu sebabnya kerana didikan yang kita terima dari kecil, yang mana kita tidak diberi pendedahan tentang sifat yang perlu ada dalam diri sebagai prinsip serta tidak diberi peluang untuk bersuara sehingga kita memendam rasa dan seterusnya memberi kesan kepada keyakinan diri kita.

Contoh yang paling mudah dan pada skala yang kecil:

Kita pesan air jus limau, kemudian pelayan menghantar air seperti yang dipesan. Tiba-tiba, kita perasan dalam air jus yang sangat sedap tu, ada pula En. Lalat salah landing dalam air itu. Saya hentikan cerita ini sampai sini dahulu dan mahu bertanya;

Apakah yang akan anda lakukan?

Bersambung......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...