Tuesday, July 26, 2011

Belajar dari sekeliling..

Assalamualaikum..

Setelah 4 bulan saya bekerja di tempat baru ini,pelbagai perkara baru yang mula berebut nak menampilkan diri pada saya..

Samada untuk saya mengambil pengajaran, atau saya berkongsi pelajaran.

Namun, sesuatu yang saya dapat lihat disini adalah berkaitan ukhuwah.. Ye, ukhuwah yang pelik bagi saya. Mungkin kerana sebelum ini saya sudah terbiasa berkawan dengan satu 'pattern' ataupun sebaya, tapi bila masuk kerja lain pula dan kadang-kadang buat saya tergelak sendiri.

Sebelum memasuki alam pekerjaan lagi, saya dah sematkan dalam fikiran, mesti ada perbezaan pendapat, mesti akan ada yang pelik sikit perangainya, mesti saya akan buat silap dan saya mesti kuat.

Dalam ukhuwah kita sendiri, perlu selalu kita mohon pada Allah agar hati kita dikuatkan untuk menghadapai pelbagai ragam agar kita tidak mudah menghukum atau dihukum apabila menghadapi masalah tertentu.

Mengetahui hak orang lain sepertimana kita tahu hak kita itu perlu. Dan saya mengambil langkah membaca dahulu sifat orang sebelum masuk campur untuk berukhuwah agar saya tidak akan berkecil hati dan tidak mengecilkan hati orang pula. Tidak terlalu rapat juga adalah cara saya, dan sedikit mementingkan diri sendiri untuk memberitahu orang bahawa saya juga berperasaan.

Jenis saya, adalah mudah memikirkan tentang orang lain sehingga boleh jadi saya pening satu hari.

Dan saat ini, saya lebih terbuka untuk menerima kekurangan masing-masing dan tidak terlalu membiarkan saya fikir tentang orang lain lagi walaupun kadang-kadang nampak macam pentingkan diri sendiri.

Wasalam..

Thursday, July 21, 2011

Penting Bagi Kita ..

Assalamualaikum..

Sila klik dan jadikan sebagai rujukan anda dimana-mana supaya kita tidak was-was..


http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Thursday, July 14, 2011

Hati perlu pujuk diri meniti duniawi dengan hati-hati...

Ye, saya memang ada masalah...

Ye, inilah kekurangan saya...

Ye, inilah situasi hari-hari saya..

Ye, inilah tanggungjawab saya..

Ye, waktu ini adalah waktu perit bagi saya dengan ujian yang berat ini..

............................................................................................................

Pertama,
Cuba kenali diri kita, pencipta kita..

Kedua,
Cuba fahami konsep kehambaan..

Ketiga,
Cuba fahami susun atur hidup yang telahpun Diaturkan ..

Keempat,
Tahu sikap-sikap orang sekeliling, gali kenapa mereka bersikap begitu sebelum meletakkan label..dan kalau boleh tak perlu berlabel pun.. ^_^

Kelima,
Terima kekurangan diri dan merendah diri selalu tetapi bukannya menghina diri..

Keenam,
Sabar di waktu ada percanggahan...sabarrrr...sabarrr... Pujuk hati "aku tidak selalu benar"......

Keseterusnya....
Hidup ini ada Qada'dan Qadar.. Berbahagialah kita kerana kita umat terpilih.. Apabila melihat mereka yang bukan islam, kasihan kerana mereka tidak tahu.. kerana itu sangat berbeza mereka yang 'tahu' dengan 'tak tahu'..

Apabila sudah yakin dan percaya pada Rukun Iman, maka kita tidak akan mudah sedih apabila kecelakaan dan tidak mudah ketawa terbahakkk apabila menerima kegembiraan... Akhirnya kita akan jumpa SYUKUR..kita akan kenal Kehambaan..Kita akan lebih Sabar.. Kita akan bertemu Taqwa..InsyaAllah...

Meluas lagi ilmu..
Maka luaskanlah akalmu..
Pujuklah hatimu agar melihat lebih dekat, setiap yang berlakuuu... :)

Allah Maha Mengetahui...
Lahaulawala quwwata illa billah!..........

Friday, July 8, 2011

Langkah Harus dimulakan!!

Berpagi-pagi kedengaran suara DJ radio yang mengulas berita yang berlaku, dan telinga menangkap satu berita yang biasa didengari tapi tidak bisa untuk dilupakan :)

Seorang suri rumah yang menolong 2 orang lelaki yang bertanya jalan rumah mungkin, tiba-tiba rantai emas dileher yang diragutnya, sambil pisau diacu.. Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku kerana suri rumah itu 'degil' untuk terus menjerit..

Semalam pula, satu muka surat akhbar tempatan berkisarkan tentang berita anak gadis yang mati dibunuh dan dibakar..

Sebelumnya pula, menceritakan tentang seorang isteri yang telah diselamatkan anak-anaknya dari terus menjadi mangsa deraan seksual suami dengan melaporkan pada pihak polis..
Bayangkan perasaan anak-anaknya..bertahun di dalam rumah, melihat sendiri ibunya dibelasah... Astaghfirullah..

Lain pula dijalanan, didepan mata kepala akal sendiri.. disajikan dengan budaya anak muda yang nak lari dari kecelaruan di rumah.. Kawanlah penenang, kawanlah pendengar yang baik, lagu-lagu yang memang akal tak dapat tafsirkan lirik dan maksudnya, tetapi itu yang menjadi santapan telinga mereka dek kerana kebuntuan pada masalah di rumah mungkin..

Melihat mereka, bagaikan melihat adik sendiri, tiada kebencian malah kasihan pada mereka..kasihan pada hati kecil mereka yang seringkali berbisik yang kita tidak dapat faham.. Subang bertindik di telinga, mungkin meluahkan rasa kurang didengari suara mereka oleh ibubapa.. balik rumah mungkin subang itu dah tak dipakai.. Muka yang menggambarkan kemurungan, seolah memperlihatkan hati mereka yang menjerit memanggil amanah dari ibubapa..

Komunikasi yang tidak lancar antara anak muda dengan para ibubapa sangatlah memberi impak kepada satu saat pun kehidupan anak muda.. Ye, betul, apabila ibubapa sibuk kerana mencari duit untuk memenuhi tuntutan dunia yang dimanipulasi material ini, kerana itulah amanah mendidik dan duduk bersama anak-anak untuk memeluk mereka dan mendengar kata hati mereka, AMAT KURANG dan mungkin menjadi satu perkara yang janggal.. amat janggal..

Susah dan amat sederhana tetapi penuh kasih sayang, ibubapa dapat sendiri hantar dan ambil anak-anak, dapat makan bersama, dapat bertentang mata, salah faham antara ibubapa 'disembunyikan' hanya antara mereka, ibu hormat ayah, ayah perihatin tentang ibu, tiada kata-kata kasar, tiada mencela sikap masing-masing, itulah Baiti jannanti..

Itulah mungkin bisikan hati kecil yang dilindungi egois dalam diri anak-anak muda yang tidak rela sebenarnya memilih untuk melepak bersama kawan-kawan.... yang tidak membenarkan mungkin diri mereka melawan ibubapa, atau lewat pagi baru balik dari rumah..

Tetapi, kerana kebuntuan dan tiada perubahan dari yang lebih senior, maka terus membisu dan memberontak di luar rumah, atau memperlihatkan kebolehan di luar rumah, atau dikagumi di luar rumah, atau mungkin mereka baru sedar mereka ada kebolehan itupun lepas kawan-kawan atau cikgu menghargai, tetapi bila pulang ke rumah, mungkin kembali senyap, dan terus 'sudi' menerima kritikan..

"kamu ni, apa nak jadi ni....."

............................................

Dari corong radio, akal berputar memaksa mata hati melihat keadaan sekeliling, membawa diri termenung seketika... langkah harus dimulakan!!

Syukran sudi baca ye..

Wednesday, July 6, 2011

Perlu sabar dan tolak tambahkan ansur...

"Pinn!!"

Begitulah seolahnya bunyi hon saya yang jarang sekali saya nak tekan.. >_<

Bukan apa, pemandu seorang ni, dia nak masuk simpang dimana saya nak keluar dari simpang itu, kemain lagi saya dengan seorang penunggang motosikal menunggu dia yang hampir kerana kami rasa dia nak jalan terus sebab takde signal dari dia pun..

Tapi, dengan muka yang penat agaknya baru balik dari kerja, terus masuk kekiri simpang, saya pun tertekan hon tanda teguran mungkin..

Takkanlah awak tak nampak ada pemandu atau penunggang menunggu untuk beri awak jalan, tiba-tiba awak nak masuk simpang tanpa signal..

yeee.... ini memang perkara biasa bagi kita yang memandu atau menumpang..

Sebelum-sebelum ni pun pernah berlaku tapi saya masih belum beri hon saya berbunyi..

Tapi yang semalam mungkin kerana penunggang dihadapan saya seolah nak keluar simpang tapi berhenti mengejut sebab dia baru perasan kereta tadi tu... jadi penunggang tu pun beri lah laluan terus pada kereta tadi.... alih-alih lain pula jadinya..

.................................................................................
Menyenangkan pemandu atau penunggang lain di jalanraya juga salah satu tindakan mulia dan pekerti yang tinggi..

InsyaAllah, jika kita mudahkan orang lain di jalanraya, kemudian nanti apabila kita berhadapan situasi sama, kita juga akan dipermudahkan..

P/S : Betul ke tindakan saya dengan membunyikan hon tu????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...