Wednesday, April 27, 2011

Mereka masih kanak-kanak..

Bercakap dan berbual dengan kanak-kanak, jujurnya boleh menampakkan siapa kita yang sebenar..

Kanak-kanak, sifatnya amat berlainan, dan kadang-kadang tanpa kita sedar, separuh dari yang ditonjolkan kanak-kanak adalah merupakan 'copy paste' dari sifat ibu bapa sendiri.

Bila kita buat, diistilahkan, TAKPE.

Bila sampai pada kanak-kanak yang buat, TAK BOLEH, JANGAN.

Kadang-kadang ianya berlaku antara saya dengan adik kecil saya. Sampai pada dia yang memperlakukan, saya mesti tegah dan marah..

Persoalan yang saya dapat dari dia.. "akak buat dulu takpe"...

....Kembali bermenung, kerana apa yang disampaikan dia merupakan pandangan dia yang jujur...

Dan kini, saya mula berhati-hati pada sesuatu perbuatan atau percakapan yang KITA sama-sama tidak boleh lakukan.. ye dik.. :)

..................................................................
Kembali pada topik atas sekali, jika anak nakal, akan terselah kurang sabarnya kita, dan amarahnya kita.. Seperti kes-kes dera yang tidak berkesudahan..

Kenapa dengan kawan-kawan, atau dengan yang sebaya, atau yang terlebih sabaya dengan kita, kita mampu untuk sabar dan tahan marah?

Sedangkan kalau benar waktu itu, mereka memang buat silap, diterjemahkan pula dengan kedewasaan mereka yang sepatutnya lebih mampu berfikir, mereka boleh ditegur dan mungkin dimarah..

Tetapi, kita masih boleh sabar.....

Bila melibatkan anak-anak kecil pula, sebagai contoh, ditumpahkan air, terus tangan kita cepat je naik nak pukul..

Itu baru satu contoh.. Kenapa ye susah waktu tu untuk kita bersabar dengan ANAK-ANAK KECIL, ditegaskan dan diulang, anak-anak kecil... yang sudah semestinya belum masih mampu berfikir sebaiknya dan membezakan mana baik dan buruk..

Amat mudah pula untuk kita marah mereka macam tu je, seolah perasaan dan kesedihan mereka amat tidak penting sekali!.. Boleh kita mereka berkata dalam hati "takpela, aku bersabar je kena marah".. Boleh ke?

Tidak.. Mereka akan terkesan dengan amarah kita atau pukulan kita, tanpa kita jelaskan pula kenapa mereka diperlakukan begitu.. Dah marah, dah pukul, kita berlalu,... tangisan mereka seolah kepuasan kita... sehinggalah kita menyesal, tapi masa tu anak-anak sudah menyimpan sedikit kecewa sebab mereka tidak tahu macam mana nak hilangkan kecewa itu... mereka masih kanak-kanak...

Walaupun saya masih belum berumahtangga dan memiliki anak, tetapi kerana saya tinggal satu bilik dengan kanak-kanak, maka ia sedikit sebanyak menguji juga saya, mengajar juga saya pada mengenali sikap saya yang sebenar...

Wassalam..

Thursday, April 21, 2011

Saya dengan dia....

Berselisih faham?..

Ye, manusia tak lari dari kesilapan samada sengaja atau tak.. saya sendiri, pernah berselisih faham dengan roomate ..

Antara kami berdua, memang tak pernah sama citarasa.. tapi kami memang sangat rapat dan akrab untuk permulaan semester..

satu hari, mungkin masing2 memendam dan hari tu, kami membuat 'mesyuarat'... maka, disitu bermula ketidak teguran.... saya menginsafi kelemahan waktu itu..

...............................................................................

Dalam hati ni, sentiasa berdoa, agar dapat kembali bertegur dan bersapa dengan dia (semester seterusnya, kami berpisah bilik) :)... kenapa saya nak sangat bertegur dan berbaik? Kerana saya tahu walau dia kearah 'kebaratan', dan tak sama cara hidup kami, namun hati dia sangat baik, saya akui tu..

"mariah, Aina (bukan nama sebenar) kena sengat lebah!"... kata kawan saya dibalik pintu tentang kejadian yang menimpa Aina (ex-roomate tadi) selepas dia mandi..

terkocoh-kocoh saya keluar bilik dan tanya Aina mandi dekat bilik mandi mana.. Sampai sahaja di bilik mandi tu, saya terus nampak lebah yang dah mati, dan tanpa fikir panjang, "ini kot lebahnya"..

Saya menuju ke bilik Aina dengan kawan tadi..

Tangan menggigil, hati berdebar..yela, nak berhadapan dengan Aina setelah dah lama tak bertegur..

"mana ye tangan yang kena tu?"... konon2 confident saya ni..

Aina : "ni ha".. bila dia nampak je saya nak tenyeh belakang lebah tu dekat jari dia, dia pun tanya "eh, awak nak buat apa ni?"

Konon2 yakin lagi, saya jawab " saya nak tenyeh belakang lebah ni dekat tempat awak kena sengat, supaya dapat kurgkan sengatan sebab ada penawar"... macam tulah agaknya ayat saya..

Muka dia berkedut... muka saya berkerut.. :)

Lepas dah habis bagi rawatan, dia agak meraung sikit, "takpe, mula2 ni pedih sikit, lepas ni InsyaAllah dah baik".. doktor mariah kata..

..............................................dia ucap terima kasih dan saya pun berlalu.....................

Dalam 15 minit kemudian, dia lalu depan pintu bilik saya, dia nak keluar kot, sambil lalu, kebetulan pintu bilik saya terbuka, dengan senyuman, dia lambai saya dan cakap "hai"........

Alhamdulillah, Allah dengar doa saya..

Sejak hari tu, kami dah berbaik semula... dan saya tersangatlah gembira...

Dan dia merupakan salah satu kenangan terbaik saya di kolej.. Salah seorang kawan yang sangat menghargai persahabatan dengan saya.. Dan kawan pertama yang saya kenal semasa interview lagi...

Assalamualaikum...

Tuesday, April 19, 2011

Pandangan Hati, Tangan Berkata

Merasai ketenangan pada kita melakukan rutin harian, tidak cukup sekadar mampu menyelesaikan amanah di tempat kerja, tetapi mampu pada memberi kesenangan dan pertolongan pada sekeliling kita.

Suka untuk merasa susah dahulu, membuatkan kita lebih yakin pada kejayaan yang akan digapai esok hari. Apabila minda sudah set untuk melalui kesusahan, maka satu anggota badan InsyaAllah akan mudah untuk menghadapi liku-liku keperitan dahulu.

Beranggapan baik sentiasa, walaupun di'cop' lurus, itu lebih baik dari ada sedikit anggapan buruk yang akan menyebabkan kita menghukum sebelum waktunya. Manusia tidak selalunya buruk, di suatu sudut yang lain dia masih ada kemampuan. Maka, luaskan pandangan dan anggapan.

Bersabar tika tengah marah teramat sangat lebih baik dari kita mengeluarkan logik dan fakta yang akan hanya membangkitkan pergaduhan. Ketahuilah, fakta dan logik itu akan sendirinya keluar suatu ketika nanti.

Melihat setiap yang berlaku disekeliling, seperti baru-baru ini saya melihat pergaduhan sepasang manusia yang telahpun bercerai, mengeluarkan kata-kata hamun dan carut dihadapan anak-anak mereka, satu kawasan rumah kami dengar pertengkaran mereka itu... bagaimana agaknya rasa hati anak-anak mereka?? Semoga kita dijauhkan ..

Menghadkan membeli yang dikehendaki. Itu dah dikira membazir. Sedangkan pada pengambilan wuduk itu sendiri, ada pembaziran jika tidak menghadkan, apatah lagi pada pembelian barang yang kita suka semata.. melainkan suka tetapi barang itu kita nak hadiahkan pada orang lain..itu lebih baik.. :)

Senyum sentiasa, tidak bermasam muka dengan orang sekeliling, dengan orang bawahan, dengan mak cik yang tolong sapu ofis, nanti kita akan beri semangat pada mereka pula.. Alhamdulillah..sebarkan senyuman, sorok sedihmu, ALLAH yang berhak tahu kesedihan itu, disitu pengaduan kita.

Sentiasa motivasi diri pada setiap pagi..

Sentiasa muhasabah diri..

Sentiasa termenung setiapkali melihat atau melalui sesuatu, supaya kita dapat lihat disebalik tabir sesuatu kejadian itu...

Itu sahaja motivasi pagi saya untuk saya dan anda semua..

Terus memperbetul kesilapan diri dan terus Bersyukur..... Alhamdulillah..

Thursday, April 14, 2011

Assalamualaikum..kembali berblog semula..

Sudah hampir pertengahan bulan 4, bermaksud setengah bulan saya meninggalkan dunia blog buat seketika.. Untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru..

Pertama kali menggalas tugasan yang berat, amanah dari Allah jua..

Ye, setiap yang kita pikul ini, walaupun sebagai seorang pekerja, juga merupakan amanah.. Bagaimana kita mahu menjaga amanah ini?

Bukan senang, mahunya lagi kita bekerja dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai ragam tersendiri. Si polan suka siapkan kerja dengan cepat, maka prosedur dipintasnya supaya lebih mudah.. Si polan itu pula lambat kerjanya, betul2 mengikut prosedur, cerewet dikatakan..

Kita berada dalam situasi yang perlu menggunakan akal sebaiknya.. dan kadang-kadang Human Being itu, perlu ditolak tepi, lagi-lagi tugasan yang ada dead line..

Tidak pernah bekerja dalam industri yang besar ini, memerlukan saya berdikari kerana jawatan yang diperoleh merupakan jawatan penting dan saya tiada rujukan melainkan bertanya pada mereka dari bahagian yang lain..

.......................................................................

1. merendah diri - sangat perlu ada dalam diri saya yang masih fresh ini. sekalipun di luar sana.. kerana apabila kita sedar tahap pengalaman kita yang cetek ini, kita tahu kita perlu belajar, kita tahu kita perlu bertanya apabila sudah benar-benar buntu, maka di situ tidak ada masalah untuk menunjukkan yang kita memang tidak tahu, dan orang lebih faham dan mudah menolong kita...

2. kena bersemangat - ye...tiap-tiap hari saya mesti mulakan doa di dalam hati, agar satu hari ini yang saya lalui dipermudahkan, diberi keyakinan, diberi kesabaran..... bersemangat selalu..lawan ngantuk! :)

3. setkan minda - ye! ini pun salah satu cara saya memulakan hari saya.. bila masuk tempat kerja baru, saya tahu akan bertemu dengan pelbagai ragam yang terselindung mahupun tak. Perkara pertama, saya kata dalam diri ni, 'tak mahu dgr apa kata mereka, nak berhadapan dulu dengan org tu, baru nak buat penilaian'.. ini berlaku apabila ada pula mulut-mulut yang mula nak buka aib orang... aahhh, tak mahu dengar... ubah topik atau tak beri respon!.. hehe

4. planning.... - yup, paling penting..

..........................................................................

Ya Allah, sesungguhnya gaji yang hamba terima ini, datang dariMU Ya Rabbul Izzati.. bukan dari mereka, tetapi dariMU..

maka setiap yang diperbuat, yang telah diamanahkan, segalanya ditawakkal kan padaMU kembali..

Amanah adalah pencetus kejayaan! seandainya kita tahu apa maksud amanah itu!

........................Salam........................... >>best tak topik ni?? ^_~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...